Post kali ni saya akan berkongsi sedikit maklumat mengenai software yang paling kerap saya pakai semenjak dua menjak ni iaitu Picasa. Software dalam kategori Images Viewer ini bukan sahaja mudah digunakan malahan sekiranya pandai ianya akan jadi lebih menarik dan tidak pernah puas menggunakannya. Berikut ialah 10 sebab mengapa saya suka menggunakan Picasa.
1. Fungsi Image Viewer
Fungsi utama Picasa sudah tentulah sebagai software melihat gambar. Tetapi apa yang hebat sangat? Picasa bukan sahaja mampu menyusun gambar mengikut folder dan tarikh malahan Picasa juga mampu mengupdate folder gambar yang dishare melalui sesebuah sistem network. Interface yang simple dan menarik juga merupakan salah satu ciri tambahan untuk software ini. Editing serentak ataupun batch editing seperti rename, color contast dan sebagainya juga amat mudah dilakukan.
Interface Picasa 3
2. Carian gambar
Terlalu banyak gambar memang kadang-kala memeningkan kepala. Lebih-lebih lagi di saat-saat memerlukan carian gambar dengan kadar segera. Picasa membolehkan kita mencari sebarang gambar melalui nama fail ataupun tag yang telah disetkan terlebih awal. Kalau rajin buat tag, akan memudahkan bila nak pakai nanti.
Interface meletakkan tag pada gambar
2. Auto rotate
Kadang – kala kita pasti akan mengambil gambar berformat potrait. Picasa dapat mengenal pasti format ini dan secara automatic akan menayangkan secara betul kepada pengguna. Walaupun, ini bukanlah salah satu features utama, kadang-kala ianya agak berguna.
Gambar Zizan ketika di Hari Keluarga Petronas, Bangi
3. Zoom extra close up
Salah satu features yang amat saya suka ialah kemampuan Picasa untuk zoom melebihi dari had biasa. Kadar zoom kadang-kala mampu melangkau sehingga 5000%. Tetapi buat apalah kita nak zoom sedekat itu kan, cukupkan sekadar 500% sekiranya perlu. Zoom ini kadang kala saya guna untuk memeriksa kualiti gambar ataupun details sesebuah objek.
Zoom 100%
Zoom 500%
4. Upload ke Picasa Web Album
Software Picasa juga mempunyai versi web sebenarnya. Web Album yang bertindak seperti flickr dan fotopages ini sedikit unik kerana boleh diupdate terus melalui software Picasa sendiri. Ini bermakna sekira anda mempunyai gambar yang banyak di dalam PC, anda boleh menguploadnya di dalam web album tanpa perlu membuka browser sekali pun. Untuk pengguna blogspot yang menggunakan emel gmail, sebenarnya anda secara tak sedar sudahpun mengupload gambar di dalam web album setiap kali anda mengupload gambar menggunakan blogspot. Saya sendiri rupanya sudah mempunyai lebih 200 gambar di dalam web album tanpa saya sedari.
Interface Picasa Web Album
5. Menghasilkan Collage
Walaupun rata-rata tak ramai orang yang akan menghasilkan collage untuk gambar kenangan masing-masing, namun features ini merupakan features kegemaran saya. Amat mudah menghasilkan gambar collage sebegini dan hasilnya boleh dipelbagaikan dengan menukar cara susunan ataupun layout. Hanya perlu memilih beberapa gambar yang dikehendaki dan tekan button Create Collage untuk menghasilkan output seperti di bawah. Gambar collage ini juga kemudiannya boleh diguna sebagai desktop wallpaper.
Penghasilan collage yang begitu mudah dan menarik
6. Mengupdate Blog
Software Picasa yang juga dibangunkan oleh Google ini mempunyai ciri yang mampu mengupdate Blog yang berasaskan Blogspot secara terus menggunakan Picasa. Bayangkan anda hanya perlu memilih beberapa gambar yang berkenan di hati dan tekan butang Blog This!. Semua proses dan page Blog akan dibuka secara terus menggunakan Picasa. Walaupun features ini dilihat agak cool, namun saya rasa kebanyakkan user akan masih memilih untuk menggunakan browser biasa kerana sudah terbiasa termasuklah saya sendiri.
Contoh screen ketika proses blog mengunakan Picasa
7. Cropping Gambar
Nak crop gambar pun pakai Picasa? Kenapa malas sangat ni? Bukan malas, tapi sebenarnya Picasa selain mampu mencrop gambar ianya mempunyai system yang akan mencadangkan bagaimana gambar itu nak dicrop. Setiap gambar yang diambil kadang kala composition serta framing gambar agak lari dan kurang cantik. Di sini Picasa mampu mencadangkan beberapa pilihan croping mengikut kehendak objek yang kita ingin focuskan.
Cropping gambar dengan pelbagai cadangan untuk memperbaiki composition gambar
8. Melihat Video
Melihat video kecil seperti klip pendek juga mudah dan sesuai digunakan dengan Picasa. Selagi anda tidak memilih Picasa untuk menonton filem berdurasi 1 jam 30 minit ianya boleh dianggap masih ringan dan berupaya. Picasa juga mampu digunakan untuk mengedit video-video pendek selain menggunakan software editing video yang utama seperti Adobe Premiere.
Picasa mampu memainkan video
9. Editing Ringkas
Di dalam saya sedang mencari-cari untuk melengkapkan juga, 10 sebab menggunakan Picasa ini terfikir juga features mudah iaitu Tuning Color. Tuning Color seperti menambah shadows, highlight atau filllight ini bukan sahaja dapat dilakukan dengan cepat malahan hasilnya dapat dilihat secara interaktif. Outputnya pula sememangnya sangat menawan dan gambarnya pasti nampak lebih cantik. Namun bagi pengguna yang lebih mahir pasti Adobe Photoshop menjadi pilihan pertama untuk tujuan ini. Saya tidak salahkan anda.
Editing gambar menjadi lebih mudah
10. Timeline View
Features terakhir ini sebenarnya bukanlah terlalu penting bagi membuatkan saya teruja dengan Picasa. Namun untuk melengkapkan sebanyak 10 sebab, saya masukkan juga features ini sebagai yang terakhir. Timeline View ini membolehkan kita melihat folder-folder images yang disusun mengikut timeline atau tarikh. Menggunakan layout yang berbeza, Timeline View ini nampak sangat menarik dan cantik. Namun begitu terdapat software lain yang juga mempunyai features yang hampir sama tetapi lebih baik dan ringan.
Interface Timeline View
Ok, lengkaplah sudah 10 sebab mengapa saya menggunakan Picasa. Kepada yang masih belum dan ingin mencuba software ini bolehlah download di laman web Picasa. Sejak beberapa tahun yang lepas saya sebenarnya pengemar software Image Viewer. Software pertama sekali yang agak terkenal beberapa tahun dulu ialah ACDSee dan kemudiannya diikuti oleh Ifran Viewer dan beberapa lagi. Mungkin beberapa orang menganggap software untuk melihat gambar sesuatu yang agak remeh tetapi saya amat cerewet di dalam hal ini. Sekian~
Sama Tapi Tak Serupa, sebenarnya bermaksud Suarasa kali ini pernah dilangsungkan di Ipoh pada kurang setahun sebelum ini di tempat yang sama. Semuanya nampak sama, kecuali pengalaman serta team yang turun kali ini sememangnya lain dan berbeza. Suarasa Ipoh sebelum ini merupakan Suarasa pertama yang disertai. Ketika itu saya langsung tidak tahu menahu flow serta cara mengendalikan event sebesar Suarasa ini.
Dengan persediaan yang lengkap Suarasa kali ini boleh dikatakan cukup sempurna. Menggunakan gandingan baru dan lama, team kali ini nampak lebih bersedia dan bersatu. Bekerjasama dan yang penting seronok semasa bekerja amat diamalkan di dalam semua event yang disertai. Beberapa ahli team juga sanggup berkorban untuk datang ke Ipoh semata-mata untuk memeriahkan event bulanan Suarasa yang menjanjikan kesibukan yang sungguh meriah ini.
Menara jam yang terletak di tengah-tengah Dataran Ipoh
Antara team yang bergambar pada malam sebelum Suarasa bermula
Pengunjung menyerbu booth
Seperti yang diberitahu pada perenggan ke dua tadi, persediaan ke Suarasa kali ini memangnya lengkap. Persediaan rapi bukan sahaja dari segi pakaian yang seragam malahan yang ketara kali ini ialah dari segi aspek persediaan kamera. Kamera digital SLR iaitu Sony Alpha yang dilengkapi dengan zoom lens 70-300mm lengkap dengan speedlight dan Nikon D80 yang mengunakan lens 18-70mm (kalau tak salah) bagaikan 2 senjata terhebat yang masing-masing digunakan untuk tujuan berbeza. Sony yang dilengkapi zoom lens jauh ini digunakan untuk mengambil gambar jarak jauh manakala Nikon pula digunakan untuk mengambil gambar jarak dekat dan biasa. Dengan gabungan 2 kamera canggih ini, setiap penampilan Upin & Ipin berjaya diabadikan dengan baik. Untuk 2 hari di Suarasa Ipoh ini sahaja lebih 1,600 gambar telah diambil tak kira siang dan malam.
Juan dan Zarin bersedia untuk membawa Upin & Ipin
Juan bersama kamera Sony Alpha
Zarin bersama Nikon D80
Operasi bergambar sememangnya tidak mengira waktu dan tempat. Baik sewaktu aktiviti jualan ataupun sedang sibuk membantu maskot Upin & Ipin. Masing – masing yang seperti mengalahkan model itu, tidak akan lenguh gusi tersenyum apabila gambar masing-masing diambil. Pada post selepas ini saya akan berkongsi lebih banyak gambar yang menarik dan unik. Sekurang-kurangnya dapat menggunakan kamera digital SLR ini sedikit sebanyak dapat merapatkan diri saya untuk membeli untuk kegunaan sendiri nanti.
Bergambar tak kira masa…
ataupun cara…
ataupun sesiapa
Selain aktiviti bergambar secara bebas, sudah tentulah aktiviti di booth Adik di 9 menjadi tumpuan utama pengunjung. Untuk Suarasa kali ini, booth Adik di 9 hanya dikendalikan oleh adik Fimi sahaja. Dalam keadaan terpaksa, kadang kala booth Adik di 9 dengan tidak semena-menanya akan bertukar kepada Abang di 9. Pengacara berpangkat abang yang diimport khas dari Shah Alam ini berjaya membuatkan booth ini hidup dan ceria dengan kuiz serta gurau senda yang tidaklah berapa kelakar itu. Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin juga berlangsung seperti biasa. Sambutan hangat dari warga Ipoh ini membolehkan kami membungkus barang lebih awal dari waktu yang diberikan.
Segmen Abang di 9 yang berjaya memukau 5000 orang penonton
Salina sedang promote patung Ipin ek?
Jualan barangan Upin & IpinAdik- adik menonton siri Upin & Ipin di booth Adik di 9
Rutin biasa maskot Upin & Ipin seperti di Suarasa yang lain ialah untuk memeriahkan booth Adik di 9. Seperti biasa, Upin & Ipin akan dikerumuni peminat dan tugas saya ialah untuk membantu di dalam penampilan maskot. Untuk post Suarasa kali ini saya akan mengurangkan bercerita mengenai maskot di Adik di 9 kerana apa yang berlaku ialah sama sahaja untuk Suarasa yang lain. Lawatan demi lawatan dari ketua dan orang besar TV9 memenuhi jadual penampilan maskot pada kedua-dua hari Suarasa.
Penampilan maskot Upin & Ipin
Bersama orang besar TV9
Upin & Ipin bersama wakil TV9
Selepas ini, saya akan lebih berkongsi mengenai aktiviti yang berlaku di booth-booth yang lain pula. Apa yang dapat diperhatikan kali ini Kerajaan Perak benar-benar membuat persiapan rapi dan Suarasa Ipoh kali ini nampak lebih terancang dan kemas. Tidak pernah lengang dengan aktiviti serta acara yang dianjurkan di pentas utama. Saya percaya Suarasa kali ini dari sudut peribadi boleh dikatakan paling lengkap dan sempurna berdasarkan pelbagai faktor. Namun disebabkan 1 sebab saya rasa Suarasa kali ini agak kekurangan. Nak tau apa dia? Tunggu selepas ini.
Nurul, Awal, Shima, Zarin, Salena, Juan dan Afiq
p/s : Sedang cuba mencari contents blog selain pasal event… uhuh. Apa ek?
Sebelum sambung part 2 untuk Kedah Sejahtera ni, saya nak berkongsi sedikit video semasa detik-detik penampilan maskot di sini. Video ni dirakam oleh salah seorang assitant maskot time tu dalam keadaan handheld. Suasana time ni tidaklah begitu ramai, kerana Upin & Ipin baru sahaja berehat. Namun, lebih kurang mcam ni lah suasananya di sana.
Sedikit babak penampilan maskot Upin & Ipin di Kedah Sejahtera
Okay, sambungan dari Part 1. Kali ni kunjungan ke Utara lebih menceritakan bab makan di sana. Yela, tak sah kalau tak makan betul-betul kalau singgah di Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Destinasi ke sini dari Sungai Petani hanya mengambil masa 30 minit dengan kelajuan 120km/j. Lokasi makannya ialah di Padang Kota Lama di mana kat sini banyaklah jenis2 makanan yang meamng khususnya ada di Pulau Pinang ni. Antaranya ialah Pesembur, Rojak Kangkung dan macam-macam lagi. Bolehlah dikatakan malam yang untuk memenuhkan perut masing-masing. So, layan je lah.
Antara kedai di Padang Kota Lama
Kerang rebus yang menjadi pujaan hati Shima
Pesembur makan sampai tersembur tengok harga dia
Sotong kangkung yang sedap
Makan sampai panggilan pulau
Aktiviti makan tidak berhenti di situ apabila rezeki datang lagi, pada malam yang lain pula. Hotel yang kami menginap iaitu SP Inn menganjurkan makan malam untuk semua staff TV9 termasuklah Upin & Ipin. Berbekalkan dengan perut yang kosong, masing memang tidak menolak rezeki menambah berulang kali. SP Inn sebenarnya menganjurkan makan malam ini sebagai tanda berterima kasih serta salah satu bentuk penghargaan kepada semua staff kerana menjayakan Festival Kedah Sejahtera. Banyak pilihan makanan yang dihidang diantaranya ialah sate, char kuew tiaw, rojak dan banyak lagi yang saya sendiri tak tau nak sebut.
Antara makanan yang ada
Juan, Zarin dan Nell makan sepuasnya
Shima dan Nurul
Selain makan-makan, pada malam tersebut juga kami menganjurkan penampilan istimewa maskot Upin & Ipin. Pemakai maskot yang jarang diturunkan ini bukan sahaja lebih comel malah nampak original. Secara kebetulan juga, pada malam tersebut dianjurkan majlis pemotongan kek khas dari SP Inn kepada TV9. TV9 yang masih meraikan ulang tahun ke 3 ini turut memberikan cenderahati kepada SP Inn sebagai tanda terima kasih. Upin & Ipin turut memeriahkan malam tersebut dengan beramah mesra dengan semua kakitangan SP Inn yang tidak berkesempatan untuk berjumpa pada siang hari di Festival Kedah Sejahtera.
Antara staff SP Inn yang gembira bertemu dengan Upin & Ipin
Kek istimewa TV9
Pemberian cenderahati kepada SP Inn
Upin & Ipin yang juga ingin menjamu selera
Penampilan Istimewa Upin & Ipin
Tiga hari berada di Utara dengan 8 orang team member memang seronok campur penat. Di hari terakhir masing-masing sudah kelihatan basi seperti kari seminggu punya. Namun masing-masing akur dan tahu yang event di Kedah Sejahtera ini berbaloi-baloi dan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Keseluruhannya misi ke Utara ni dikategorikan sebagai berjaya malahan yang paling berjaya setakat ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki akan ke Utara lagi dalam event yang berlainan pula.
p/s : Tak sabar nak menempuh bulan Ramadhan yang akan datang. Puasa semasa ada event, hmm…. mesti mencabar.
Selain saya ni selalu keluar-keluar event, kadang-kadang saya akan update website Upin & Ipin. Jadi seperti yang kita tau tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan dan kebiasaannya website Upin & Ipin ni hits sepanjang bulan puasa ni. Selain pengunjung nak tengok episod baru, kebiasaanya jugak nak dapatkan maklumat terkini seperti merchandise dan lain2. Jadi sebagai persediaan awal, ni merupakan layout Upin & Ipin yang baru siap dengan sponsor utama iaitu TM. InsyaAllah selepas ini akan ditambah dengan macam-macam benda lagi. Tunggu je lah
Layout website baru yang dikemas kini
Website yang pernah diguna untuk tahun lepas
p/s : dari time belajar dulu, saya start dengan buka webserver dikolej, serve movies, mp3 etc.. sampai sekarang ni buat website pula… tapi, takpe.. memang saya suka.. hehe
Selamat Hari Jadi kepada semua Leo. Saya begitu teruja dengan Leo mungkin sebab saya pun salah seorang dari kumpulan Leo. Leo ni dilahirkan dalam lingkungan 23 Julai hingga 22 Ogos. Orang yang berhoroscopekan Leo ni biasanya panas baran, great leader, good business minded, creative, travel a lot dan ada la beberapa lagi kriteria yang lain. Namun, semua ni bergantung jugak dengan cara hidup dan social masing2. Berubah dan tak sama mengikut tarikh lahir dan jantina. Leo sangat suka ataupun sesuai dengan warna gold dan kuning ataupun apa-apa warna yang berada di dalam range tu (saya suka warna oren ye). Kalau bunga pula, Leo sangat menyukai bunga Sunflower dan Celandine mungkin kerana ianya berwarna ala-ala keemasan atau kekuningan (tapi saya tak suka bunga la.. sebab bukan mat bunga). Leo biasanya agak sukar nak menerima teguran orang lain dan jarang Leo boleh bekerja sama-sama disebabkan ego masing-masing yang tinggi. Namun sekiranya Leo pandai mencari cara untuk bekerjasama memang akan menjadi pasukan yang sangat mantap.
Patung singa yang sentiasa berada di atas meja
Leo juga dikategorikan sebagai yang suka bersosial dan suka mengarah orang (bossy). Panas baran sememangnya sudah pasti dan mengikut maklumat yang biasa saya dapat sememangnya hampir semua Leo begitu. Leo sangat suka menjadi ketua dan juga suka dibelai. Suka menjadi tumpuan orang ramai dan terkenal (fame). Kebiasaanya Leo akan cenderung dalam bidang kreatif tak kiralah lakonan, nyanyian, lukisan ataupun sebagainya. Saya memang mengenali beberapa designer terkenal yang berbintang Leo. Di Les’ Copaque sahaja memang ramai yang lahir dalam bulan Julai dan Ogos.
Kek semasa birthday Yuki
Sambutan mini birthday Yuki bersama – sama beberapa staff LCP
Adam sehingga menjilat jari
Saya sangat suka membuat kajian mengenai horoskop dan boleh kata semua website dan buku saya akan baca. Bukanlah nak terlalu percaya atau berharap tetapi boleh dikatakan kebanyakkan fakta yang dinyatakan boleh diterima pakai dan hanya segelintir sahaja yang lari sikit. Pada 5 Ogos yang lepas iaitu tarikh lahir saya sempat juga beberapa kawan pejabat yang rapat mengadakan jamuan makan di dataran Shah Alam. Berkonsepkan santai dan ringkas namun begitu bermakna lebih-lebih lagi pada hari ini merupakan hari yang besar bagi saya. Jutaan terima kasih kepada semua yang mengadakan jamuan ini kerana tanpa mereka mungkin saya sudah tiada lagi hari ini.
Bersama Juan, Syazuan, Yus dan Kek
p/s : tak banyak gambar dan source camera yang berbeza
Event ke Kedah ini merupakan sebahagian dari misi utama rombongan ke Utara yang juga sempat ke Penang untuk event Heboh Buku dengan perancangan yang telah dilakukan lebih awal. Event Festival Kedah Sejahtera yang mengunakan tagline “Berbaloi – Baloi Nak Habaq Mai” ni sememangnya tepat dan sesuai di guna pakai kerana pelbagai perkara yang berbaloi – baloi berjaya didapati disepanjang acara ini berlangsung. Bertempat di Sungai Petani, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam ini tidaklah memenatkan memandangkan rata-rata dari kami sudah agak lama tidak berjalan jauh. Sudah tidak sabar untuk menempuh acara pada keesokkan harinya, tapak festival merupakan tempat pertama dikunjungi sebaik sahaja menjejakkan kaki di Sungai Petani.
Shima (Masam pulak), Faris, Afiq, Juan dan Zarin berehat di R&R Tapah
Menara jam mini di tengah-tengah tapak festival
Festival dalam taman
Juan, Nurul, Shima, Nell, Zarin dan Faris bersedia untuk menempuh hari esok
Sememangnya berkonsepkan festival dalam taman, event ini dilakukan di kawasan yang sangat luas. Lengkap dengan pentas utama, dewan booth berhawa dingin, taman bunga dan macam-macam lagi. Dari gambaran kasar suasana sekeliling sudah dapat mengambarkan bertapa sibuknya event esok hari nanti. Sungai Petani Inn lokasi penginapan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari tapak festival menjadi tempat berehat untuk tempoh lebih 3 hari kami di utara.
Penglibatan Upin & Ipin bermula pada hari Jumaat lagi iaitu hari cuti umum bagi warga Kedah sehinggalah pada hari Ahad. Kemeriahan serta kesibukan telahpun mula terasa seawal pagi lagi apabila maskot Upin & Ipin diserang pengunjung sebaik sahaja selesai lintas langsung untuk program Nasi Lemak Kopi O. Program yang khususnya disiarkan di TV9 pada waktu pagi ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan dari dekat cara siaran langsung dilakukan. Sebenarnya ini pertama kali maskot Upin & Ipin menjejakkan kami di Kedah dan pengalaman di sini amat berbeza dengan tempat-tempat lain. Festival Kedah Sejahtera yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri ini sememangnya dirancang dan dianjurkan dengan teliti dan rapi. Banyak banner, bunting dan pelbagai kemudahan dapat disaksikan disekitar festival ini.
Upin & Ipin di banner Festival Kedah Sejahtera
Ketika siaran langsung Nasi Lemak Kopi O
Upin bersalam dengan peminat
Sememangnya sambutan dari peminat dan pengunjung dari Sungai Petani ini sungguh luar biasa. Maskot Upin & Ipin bukan sahaja menjadi buruan orang ramai, namun boleh dikatakan buat beberapa ketika pengunjung berada diluar kawalan dengan jumlah yang terlalu ramai. Maskot Upin & Ipin bukan sahaja terpaksa berpanas di bawah terik mentari namun kadangkala juga terpaksa menahan rempuhan dan asakan pengunjung. Bantuan kawalan dari pihak penganjur sedikit sebanyak berjaya menahan dan mengurangkan risiko masalah keselamatan.
Upin & Ipin sibuk ketika diasak peminat
Bersama – sama Upin & Ipin
Upin sempat bergambar bersama peminat diluar khemas urus setia
Upin membantu mengumpulkan derma
Sekitar kawasan festival pula turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta booth jualan. Buat pertama kali saya melihat terdapat sekurang-kurangnya 4 khemah besar berhawa dingin yang memuatkan sekurang-kurangnya 25 booth di dalam setiap satu khemah. Aktiviti lain seperti persembahan kereta antik, permainan tradisional, autoshow walaupun nampak remeh tapi sememangnya menarik perhatian pengunjung. Saya sendiri sedikit teruja apabila terperasan sebuah vespa yang menyerupai di dalam filem GENG. Vespa yang diwarnakan seperti harimau ini, seakan-akan dengan vespa yang dinaiki Lim di dalam sebuah adegan filem GENG.
Kereta mini antik turut dipamerkan
Upin & Ipin sempat bergambar dengan vespa harimau
Saya pun sempat nyelit bergambar
Keadaan semasa kurang sibuk
Ketika keadaan sedang sibuk dengan pengunjung menyerbu maskot Upin & Ipin, keadaan dibooth jualan agak tidak kurang hebatnya. Pengunjung datang dari pelbagai arah dan sudut. Keadaan seperti kapal karam atau tongkah pecah saja yang dapat mengambarkan keadaan sebenar stok dan barang-barang yang dijual. Untuk hari pertama sahaja boleh dikatakan tak lengang tangan dan kaki sehinggalah booth jualan ditutup sekitar pukul 7pm. Keadaan berterusan selama baki 2 hari event sehingga event ini mencatatkan rekod jualan terbanyak buat masa ini.
OK, insyaAllah selepas ini saya akan sambung mengenai aktiviti lain yang dilakukan di utara ni. Teruskan membaca blog ni.. hehe
p/s: Bulan Ogos selain bulan kemerdekaan dan bulan menyambut puasa, bulan ni jugak bulan paling ramai staff LCP menyambut birthday. Mudah-mudahan murah rezeki.
Pesta Buku Selangor yang baru sahaja selesai selain dimeriahkan dengan pelbagai jenis buku di Kompleks PKNS Shah Alam tempoh hari, ianya juga dimeriahkan dengan penganjuran pertandingan bercerita bagi kanak-kanak peringkat daerah. Saya bersama maskot Upin & Ipin diamanahkan untuk membuat kemunculan dan bersama-sama memeriahkan pertandingan tersebut. Secara kebetulan, Teah juga rupanya finalis peserta untuk pertandingan bercerita. Tidak dirancang sama sekali, jadi aktiviti pada hari tersebut selain untuk memeriahkan acara, kunjungan saya secara tak langsung memberi semangat dan melihat sendiri bakat bercerita Teah.
Backdrop Pesta Buku Selangor
Teah yang separuh bertenaga kerana demam itu, tetap mengagahkan diri untuk memberi persembahan yang terbaik pada hari tersebut. Tajuk cerita si Tanggang, cukup menarik disampaikan oleh Teah dengan diselitkan sedikit nyanyian dan beberapa props yang begitu teruja saya melihatnya. Hanya beberapa minit Teah membuka mulut, kebanyakkan penonton sudah mula sedar yang sedang bercerita itu rupanya suara latar bagi Upin & Ipin. Berbaju koyak rabak, bermuka comot, bersos cili di dahi merupakan sebahagian dari gimik yang disampaikan oleh Teah pada hari tersebut. Dialog “Betul, betul, betul” tidak ketinggalan diselit rapi dalam bentuk penceritaannya yang tidak keterlaluan.
Teah sedang membuat persembahan bercerita di atas pentas
Antara juri pertandingan bercerita
Saya sendiri begitu terhibur dengan persembahan Teah dan percaya boleh dia boleh memenangi sekurang-kurang tempat ke-3 pada masa tersebut. Juri-jurinya pula terdiri dari wakil PPAS sendiri dan salah seorangnya ialah Syem Finalis Raja Lawak Astro yang sudah kali keberapa saya bertemu pun tak ingat. Syem yang pernah bersua dengan Teah sebelum ini memuji persembahan Teah yang tidak menyangka bakatnya juga ada di dalam pertandingan bercerita.
Teah bersos cili di dahi selepas selesai membuat persembahan
Antara hadiah pertandingan
Akhirya pemenang pun diumumkan. Teah berjaya mendapat tempat ke 2 secara keseluruhannya. Walaupun gagal mendapat juara, namun hadiah tempat ke 2 sudah cukup bermakna dan memberi semangat untuk meneruskan minatnya itu. Teah yang sangat lemah kerana demam pada hari tersebut sempat bergambar dengan kesemua peserta pertandingan bercerita pada hari tersebut.
Peserta yang memenangi tempat pertama
Teah bersama hadiah dan Upin & Ipin
Bersama semua peserta dan penganjur
Saya bersama Teah
Tahniah kepada Teah kerana berjaya mendapat tempat ke 2. Sebaik sahaja selesai bergambar Teah pun kelihatan terbaring di sisi ibunya kerana keletihan bercampur demam. Namun begitu masih sayup-sayup kedengaran suaranya yang meminta sesuatu dari ibunya walaupun matanya sedang tertutup.
“Ibuu.. nak beli bukuuu~”
Terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali Pengarah PPAS, Puan Mastura kerana menganjurkan acara yang berkonsepkan memupuk semangat membaca seperti ini. InsyaAllah kita akan bekerjasama di masa hadapan dengan perancanganan yang lebih perinci dan menarik.
p/s : Terima kasih kepada Afiq kerana telah menyediakan kamera di saat2 genting.
Wow, rasa macam tak percaya pula bila tiba2 terperasan link blog ni di Bloghiburan yang sememangnya sudah dikenali ramai. Blog saya diletakkan di dalam kategori Rakan Media yang mana link blog lain2 tu sememangnya blog yang dihasilkan khas untuk perkembangan artis2 tanah air. Walaupun konsep blog saya berbeza sedikit dan lebih personal, namun rasa terharu kerana blog yang tak seberapa ni diletak juga di link tersebut. Terima kasih kepada Nazrin yang begitu komited dengan kerjanya tu.. hehe. Apa2 nanti insyaAllah kita akan update sama2 lagi. Thanks.
Weekend yang sangat sibuk diteruskan dengan kunjungan saya dan team ke Utara. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk menyertai Festival Kedah Sejahtera, namun dengan jadual yang agak ketat kami terpaksa membahagi dan merancang untuk ke USM Penang untuk event Heboh Buku yang dijangkakan tidak kurang menariknya. Perjalanan ke USM dari Sungai Petani hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Hanya 4 orang yang ditugaskan ke sini dan selebihnya terpaksa berkampung di Sungai Petani untuk Festival Kedah Sejahtera. Kemudian nanti saya akan ceritakan dengan terperinci mengenai event Kedah Sejahtera.
Rumah tamu yang agak antik
Okla, takut sikit
Nell, Faris dan Juan yang bersiap sedia untuk memulakan acara pada pagi hari
Berbalik kepada event Heboh Buku ini, kami terpaksa bermalam di USM terlebih dahulu kerana event ini akan bermula pada awal pagi keesokkan harinya. Ditempatkan di rumah tamu yang antik ini macam-macam yang bermain difikiran pada waktu malam hari. Seperti di dalam set lokasi filem Histeria, kesemua barang di dalam rumah ini sungguh antik dan lama. Tiada gambar yang diambil ketika waktu malam untuk tujuan keselamatan (hehe). Kami bergerak ke Dewan Utama Pelajar pada awal pagi untuk memulakan kerja.
Dewan Utama Pelajar USM
Banner Heboh Buku
Pelbagai produk elektronik yang dijual
Program Heboh Buku ini merupakan penganjuran pertama kali Penerbit USM dengan bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai jenis buku di bawah satu bumbung. Konsep yang lebih luas dari buku rujukan pelajar ini termasuklah majalah illmiah dan pelbagai jenis buku risalah dan macam-macam lagi. Selain buku, program ini juga turut dimeriahkan dengan jualan barangan lain seperti camera, komputer dan macam-macam lagi (ala2 pc fair mini). Kemunculan kali ke 2 maskot Upin & Ipin di USM ini memang ditunggu-tunggu sebaik awal pagi lagi. Team Upin & Ipin yang sangat mudah dikenalpasti dengan masing-masing berpakaian t-shirt Upin & Ipin kerap kali ditanyakan mengenai penampilan maskot.
Maskot Upin & Ipin ditempat salinan baju yang sungguh happening
Maskot Upin & Ipin bersedia membuat penampilan istimewa
Upin & Ipin mempromosikan beberapa buku penerbit USM
Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disekitar tapak booth Heboh Buku bermula dari awal pagi. Kesempatan untuk beramah mesra, bergambar memang tidak dilepaskan oleh warga USM dan peserta acara. Hampir di setiap booth Upin & Ipin melawat, pasti akan diminta untuk mempromosikan buku masing-masing. Boleh dikatakan jumlah dan tahap pengunjung masih di dalam level terkawal dan maskot Upin & Ipin dibiarkan beramah mesra dengan peminat untuk lebih 30 minit untuk setiap kali kemunculan.
Upin & Ipin di banner besar Heboh Buku
Upin & Ipin bersalam dengan peminat
Juan sedang sibuk merakam video
Program Heboh Buku yang dianjurkan selama 2 hari ini, hanya disertai oleh Upin & Ipin selama 1 hari sahaja. Ini adalah kerana kami terpaksa kembali ke Sungai Petani untuk menyambung semula program Kedah Sejahtera yang sedang berlangsung. Terima kasih kepada kakitangan USM yang memberi layanan istimewa kepada kami disepanjang acara ini berlangsung. InsyaAllah kami akan ke utara dan USM khususnya sekiranya bersempatan.
Sebahagian kakitangan USM bergambar bersama Upin & Ipin
Bersama peminat kecil yang comel
p/s : Heboh Buku ni serentak dengan acara Festival Kedah Sejahtera.
Karnival Ampang Jaya ni sebenarnya telah berlangsung pada hari Sabtu 18 Julai iaitu sehari selepas Upin & Ipin dinobatkan sebagai Best Chemistry di SHOUT! Awards. Nurfathiah atau Teah ni pada malam sebelum event ni berlangsung pun sudah boleh dikatakan telah bekerja overtime dan balik lebih kurang 12am selepas selesai SHOUT! Awards di Bukit Jalil. Jadi event pada hari ini, boleh dikatakan Teah di dalam keadaan yang penat dan letih. Tanpa pengawasan parents Teah, saya dipertanggungjawabkan untuk ambik dan hantar Teah selepas selesai event ini. Walaupun sepatutnya Teah penat kerana kurang tidur, tetapi semangat kanak-kanak normalnya begitu kuat untuk menempuh 1 hari di event ini.
Teah bermain permainan belon
Bermula dengan penampilan istimewa Teah bersama Kak Ros di pentas utama sudah mula mengambarkan kesibukan event ini. Dorang berdua selain mendemo suara masing-masing, aktiviti seperti kuiz dan games turut dipersembahkan. Maskot Upin & Ipin juga sudah tentu tidak terlepas dari menjadi tumpuan orang ramai. Begitu ramai peminat Upin & Ipin mengerumuni pentas utama dan bantuan pegawai MPAJ langsung tidak berjaya mengawal penonton yang menyerang pentas utama. Bimbang dengan keselamatan 2 orang pelakon suara Upin & Ipin ini saya terpaksa masuk campur.
Ketika aktiviti pentas
Teah bersama maskot Upin & Ipin
Ketika ramai mengerumuni pentas
Pada masa yang sama, beberapa orang staff yang lain sedang sibuk “berperang” di booth jualan. (tiada dalam gambar).Walaupun begitu ramai pengunjung sedang berpusu-pusu di pentas, namun jumlah pengunjung yang sedang membeli di booth jualan juga tidak putus-putus. Plush toys Upin & Ipin boleh dikatakan terus kehabisan stok dan kami terpaksa restock pada sebelah tengaharinya pula. Begitu hebat sambutan warga Ampang Jaya walaupun booth jualan sebenarnya ditempatkan bawah khemah di padang yang berdebu. Pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada hari yang sama oleh pihak penganjur seperti pertandingan futsal, persembahan, jualan dan macam-macam lagi.
Aktiviti jualan diadakan seperti biasa
Walaupun jadual Teah hanya untuk penampilan pentas yang tamat sekitar pukul 11am, namun oleh kerana Teah terpaksa menunggu saya jadi Teah terpaksa memenuhkan masa sepanjang hari di booth jualan. Selain bergambar dengan peminat, Teah juga rajin membantu jualan. Walaupun rajin tak disuruh namun itulah yang suka dilakukannya. Bagaikan permainan jual beli, Teah melayan setiap pelanggan yang rata-rata gemar dengan layanan Teah. Seharian di sini, pasti bosan sekiranya tidak berjalan. Teah selepas menghabiskan masa dengan permainan belon besar, dia pula menghabiskan duit penjaganya pula dengan makanan-makanan yang dibeli. Saya pula yang kerap dimarah kerana suka menghabiskan makanannya.
Teah bergambar dengan peminat
Teah rajin menjual
Selain itu, Teah juga kerap menghabiskan masa dengan ular dari booth Zoo Negara yang berjiran dengan booth Upin & Ipin. Lebih 10 kali dia situ, membolehkan Teah bergambar secara percuma dengan ular sawa yang turut dipamerkan di situ. Sungguh teruja dengan ular yang dipegangnya sehingga dia tak sedar yang dia sedang memegang tangan orang lain sebenarnya. Fun time Teah diteruskan dengan kunjungan di booth abang Syem iaitu kartunis yang juga finalis Raja Lawak Astro. Telah berjumpa dengan Syem beberapa kali dan beliau sebenarnya begitu meminati Upin & Ipin. Tawaran lukisan karikatur secara percuma sememangnya sesuatu yang pasti tidak ditolak. Mengambil masa sekitar 30 minit, booth Syem ini tiba-tiba dikunjungi ramai peminat yang mula sedar kehadiran pelakon suara Upin & Ipin.
Teah bersama ular sawa
Abang Syem sedang melukis wajah Teah
Abg Syem bersama Teah dan hasil lakaran karikaturnya
Selain maskot membuat kemunculan di pentas, di sebelah petangnya pula maskot sekali lagi muncul dan kali ini berjalan-jalan di sekitar tapak jualan. Oleh kerana cuaca agak panas dan padang berdebu jadi kemunculan kali ini dilakukan secara ringkas dan cukup syarat. Keseluruhan akhirnya event tamat sekitar pukul 7ptg. Selepas saja selesai, saya pula bergegas ke Klang untuk menghantar Teah. Tiba di perkarangan rumah parents Teah sekitar pukul 10 malam kerana campur sesat dan isi minyak cukup sudah pasti membuatkan Teah takut nak berjumpa dengan parentsnya. Antara ayat yang sering diulang-ulang ketika di dalam perjalanan balik ialah ;
Cepat abang.. bawak laju lagi… Teah tahu bahaya.. tapi kita terpaksa. Nanti Mama marah!
.
Dan ayat bila terlepas simpang ; Ish, abang jangan borak dengan Teah., kan kita dah salah jalan ni.. kita kena focus.. focus.. focus...
Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin di ruang jualan
Senyum ada makna
Bersama semua orang yang terlibat dengan event ni
p/s : Selepas ini pula ialah post mengenai Festival Kedah Sejahtera yang begitu lain dari yang lain. Pelbagai pengalaman baru yang nak dikongsi.