Weekend yang sangat sibuk diteruskan dengan kunjungan saya dan team ke Utara. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk menyertai Festival Kedah Sejahtera, namun dengan jadual yang agak ketat kami terpaksa membahagi dan merancang untuk ke USM Penang untuk event Heboh Buku yang dijangkakan tidak kurang menariknya. Perjalanan ke USM dari Sungai Petani hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Hanya 4 orang yang ditugaskan ke sini dan selebihnya terpaksa berkampung di Sungai Petani untuk Festival Kedah Sejahtera. Kemudian nanti saya akan ceritakan dengan terperinci mengenai event Kedah Sejahtera.
Berbalik kepada event Heboh Buku ini, kami terpaksa bermalam di USM terlebih dahulu kerana event ini akan bermula pada awal pagi keesokkan harinya. Ditempatkan di rumah tamu yang antik ini macam-macam yang bermain difikiran pada waktu malam hari. Seperti di dalam set lokasi filem Histeria, kesemua barang di dalam rumah ini sungguh antik dan lama. Tiada gambar yang diambil ketika waktu malam untuk tujuan keselamatan (hehe). Kami bergerak ke Dewan Utama Pelajar pada awal pagi untuk memulakan kerja.
Program Heboh Buku ini merupakan penganjuran pertama kali Penerbit USM dengan bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai jenis buku di bawah satu bumbung. Konsep yang lebih luas dari buku rujukan pelajar ini termasuklah majalah illmiah dan pelbagai jenis buku risalah dan macam-macam lagi. Selain buku, program ini juga turut dimeriahkan dengan jualan barangan lain seperti camera, komputer dan macam-macam lagi (ala2 pc fair mini). Kemunculan kali ke 2 maskot Upin & Ipin di USM ini memang ditunggu-tunggu sebaik awal pagi lagi. Team Upin & Ipin yang sangat mudah dikenalpasti dengan masing-masing berpakaian t-shirt Upin & Ipin kerap kali ditanyakan mengenai penampilan maskot.
Upin & Ipin mempromosikan beberapa buku penerbit USM
p/s : Heboh Buku ni serentak dengan acara Festival Kedah Sejahtera.
2,140 total views, 1 views today













