Author - Mohd Zarin

World Of Geng versi Baru!

Oklah, akhirnya siap jugak website World Of Geng yang telah diperam agak lama sebab perlu mengemaskini contents yang agak lain. Major part seperti script, layout sebenarnya dah lama siap. Website yang baru ni walaupun masih baru, tapi dari semasa ke semasa akan diupdate dengan features terkini ataupun sebarang java script mana2 yang boleh diselitkan sekali.

p/s : dulu masa student semangat nak buat website sendiri.. tapi sekarang dah malas. Blog pun oklah


 745 total views

Karnival Bank Rakyat, Tanjung Karang

Ini merupakan event yang dikatakan berlaku serentak dengan event Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Hari Keluarga Petronas. Team event ke-3 ini, tiba di Tanjung Karang seawal hari Jumaat walaupun event sebenarnya hanya akan bermula pada hari Sabtu. Saya bersama team maskot pula tiba pada hari Ahad kerana pada hari ini sahaja maskot Upin & Ipin akan membuat kemunculan. Pertama kali menyertai event bersama Bank Rakyat memang pengalaman pertama bagi semua krew. Lokasinya terletak ditapak permainan (kalau tak salah) lengkap dengan pentas utama serta booth2 jualan disekitar tapak acara.

Tapak jualan Upin & Ipin

Seperti yang dimaklumkan, tugas saya membawa maskot Upin & Ipin bermula sebaik sahaja saya sampai di tapak jualan sekitar pukul 10 pagi. Maskot Upin & Ipin terus sahaja dibawa berjalan2 ditapak jualan sebelum dikumpulkan di tapak “Kelab Nuri”(kalau tak salah). Di kawasan Kelab Nuri inilah di mana semua kanak2 berkumpul untuk pelbagai acara. Selain maskot Upin & Ipin maskot Nuri juga berkesempatan untuk membuat persembahan. 2 maskot Nuri yang berpakaian angkasawan bersama maskot Upin & Ipin menghiburkan semua peminat kecil dengan tarian “cheeky dance”. Walaupun pertama kali Upin & Ipin membuat tarian ni, tapi semua aksi yang dilakukan nampak sangat comel.

Upin & Ipin di tapak jualan

Upin & Ipin bersama maskot Nuri

Baju angkasawan Nuri

Peminat kecil yang menonton persembahan

Upin & Ipin bersama maskot Nuri ketika majlis penyampaian hadiah

Selain membuat persembahan tarian, kesemua maskot ini sempat bergambar dengan peminat sebaik sahaja selepas tamat sesi menyampaikan hadiah untuk pertandingan yang telah diadakan pada awal acara. Di dalam acara kali ini, sesuatu yang menarik untuk dikongsi ialah ketika sesi bergambar di dalam gelanggang bola jaring. Selepas sesi bergambar, secara spontan maskot Upin & Ipin sempat bermain bola jaring+keranjang. Walaupun penglihatan maskot Upin & Ipin ini terhad, namun aksi comel mereka bermain menerima sorakan dari pemain yang berada di gelanggang ketika itu.

Bergambar bersama pemain bola jaring

Ipin dan Upin berlawan bola jaring+keranjang

Selain dari itu, cerita yang menarik berlaku apabila peminat kecil yang sangat setia iaitu Iman tiba-tiba muncul di tapak jualan. Iman yang pernah muncul di PKNS Shah Alam tempoh hari muncul sekali lagi dengan berpakaian Ipin. Iman yang sangat meminat Ipin bukan sahaja berebut ingin bergambar bahkan mengikut ke mana sahaja maskot Ipin berada. Melihatkan aksi dan telatah Iman ini, kebanyakkan pengunjung di situ sangat teruja dan seronok melihat aksi Iman.

Iman bersama Ipin

Iman hanya mengikut ke mana saja Ipin pergi

Bergambar bersama keluarga Iman serta beberapa krew yang terlibat

Sempat menculik Iman untuk bergambar

Maskot yang muncul 2 kali di Tanjung Karang ini menamatkan sesi terakhir pada sekitar pukul 2 tghari. Saya dan team maskot sekali lagi, terus bergegas ke KLCC di mana Ekspo Beli Barangan Malaysia sedang berlangsung. InsyaAllah sekira bersesuaian Iman akan muncul lagi bersama Ipin di dalam acara yang lain.

p/s : Siapa yang tak geram tengok Iman macam ni.. huhuh


 1,956 total views

Hari Keluarga Petronas, Bangi

Assalamualaikum. Event kali ini sebenarnya merupakan event ke dua yang berlaku pada minggu yang sama dengan Ekspo Beli Barangan Malaysia. Event yang berlaku pada bulan Jun lepas ni hanya sempat saya postkan pada bulan ni. Sedang saya sibuk menguruskan event ini, pada masa yang sama 2 lagi event serentak sedang berlangsung. Event Hari Keluarga Petronas ni merupakan susulan sambutan tayangan GENG di Petronas beberapa hari sebelum ni. Walaupun Upin & Ipin tiada kaitan dengan Petronas namun jemputan Upin & Ipin ke event seperti ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi suasana.

Pentas Utama
Suasana di tapak jualan

Aksi clown melayan kanak2

Berbekalkan googlemap versi cetak, saya dan team mencari tapak acara seawal pagi lagi. Bertempat di Bangi, tapak hari keluarga ni memang besar dan meriah. Macam-macam acara yang diadakan seperti permainan futsal, gokart, pertanding menyanyi dan macam2 lagi. Kerancakkan dan kemeriahan event ini terus terasa sebaik sahaja memandu masuk ke tapak letak kereta. Jualan barangan Upin & Ipin kali ini berkonsepkan gerai pondok seperti yang disediakan oleh penganjur. Pengunjung yang datang membeli boleh dikatakan tidak putus dari mula memulakan jualan sehinggalah tamat acara.

Antara krew yang sedang sibuk melayan pengunjung

Diskaun baju GENG yang sangat murah

Saya seperti biasa tidak akan melupakan maskot Upin & Ipin. Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan ditapak acara sekitar pukul 10 pagi. Walaupun, terdapat beberapa maskot lain yang berkeliaran di tapak acara namun maskot Upin & Ipin memang tidak lengang tangan melayan peminat. Maskot Upin & Ipin ini sempat berjalan hampir semua kawasan tapak acara walaupun kawasannya sungguh luas. Tambahan dengan cuaca yang sudah mula panas, kemunculan maskot pada peringkat awal cukup untuk memberi sedikit hint kepada orang ramai mengenai kehadiran mereka. Maskot direhatkan dan disimpan untuk acara persembahan selepas itu.

Suasana ketika bergambar

Maskot Barney pun ada

Persembahan maskot Upin & Ipin dipentas utama sememangnya tidak dirancang. Maskot Upin & Ipin diberitahu ketika itu akan membuat kemunculan bersama dengan maskot Petrosains. Mereka diminta untuk menari mengikut lagu yang telah disedikan oleh pihak Petrosains. Saya bersama team maskot agak risau pada peringkat awal kerana sudah pasti maskot Upin & Ipin tidak tahu mengenai langkah tarian berbanding dengan maskot Petrosains yang sudah lama berlatih. Sementara menunggu masa persembahan, peminat di luar khemah persalinan sudah mula menunggu di luar pintu khemas selepas sebaik saja terperasan kelibat Upin & Ipin.
“Ipin” sempat berehat ketika menunggu untuk membuat persembahan

Ipin serta Upin yang bersedia untuk membuat persembahan

Setelah lama menunggu di dalam bilik persalinan, akhirnya masa untuk membuat persembahan pun tiba. Maskot Upin & Ipin naik ke pentas utama bersama 3 lagi maskot Petrosains. Pengacara yang telah sedia ada di pentas ketika itu Johan dan Zizan memanggil-manggil nama Upin & Ipin untuk menaikkan semangat pengunjung ketika itu. Selepas Johan dan Zizan berborak dan memperkenalkan maskot persembahan tarian pun bermula. Sebaik saja mendengar lagu yang dipasang maskot Upin & Ipin pun dengan spontan memulakan tarian kecil. Rupanya lagu tersebut ialah lagu dari Amy Mastura- Sha Na Na yang telah beberapa kali dijadikan lagu latar tarian untuk maskot Upin & Ipin. Tarian2 comel yang dihasilkan oleh mereka berdua memang berjaya membuatkan pengunjung tersenyum termasuklah saya sendiri. Sambil berfikir (sapalah yang ajar dorang ni nari) saya berasa lega sedikit kerana persembahan tarian mereka berjalan lancar bahkan lebih baik dari apa yang saya bayangkan.

Upin & Ipin ketika acara pentas

Bergambar bersama semua yang terlibat dengan acara pentas

Faris, Juan, Shary, Iqbal dan Zarin

Walaupun acara ini tamat sekitar pukul 2 tengahari namun dengan pelbagai aktiviti serta acara yang telah berlangsung bagaikan sudah melengkapkan agenda acara di sini. Mengikut pihak penganjur, mereka akan mengadakan konsert pada malam hari yang akan dihadiri oleh penyanyi terkenal seperti Mawi dan Faizal Tahir. Walaupun pada ketika itu ada kemungkinan untuk saya berpeluang untuk menyelitkan diri untuk menyaksikan konsert tersebut, tapi bila difikirkan team event yang lain sedang berhempas pulas di KLCC jadi saya membatalkan niat saya itu. Sebaik sahaja selesai berkemas, saya dan beberapa orang team event meneruskan perjalanan ke KLCC untuk event Ekspo Beli Barangan Malaysia.

 1,600 total views

Plush Toys Upin & Ipin!

Yay, plush toys Upin & Ipin akhirnya dah pun siap dan dah mula di jual di World Of Geng. Walaupun menunggu agak lama, tapi penantian ni akhirnya berakhir… hehe. Suarasa di Muar weekend ni merupakan percubaan perjualan plush toy Upin Ipin ni. Nak tau lebih lanjut nanti tunggu updates dari website World Of Geng.



 1,987 total views

Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia, KLCC

Yeah, hujung minggu yang sibuk akhirnya bermula. Seperti yang diberitahu, hujung minggu ni sahaja saya akan menghadiri 3 event dalam masa 2 hari (Sabtu dan Ahad). Walaupun ketiga-tiga event ni berjalan serentak namun sempat lagi untuk saya menyelitkan diri sendiri untuk menjejakkan kaki di ketiga-tiga event ni. Event pertama ialah event di Kuala Lumpur Convention Centre. Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan oleh KPDNKK ni merupakan 1 platform di mana semua barangan buatan Malaysia digabungkan di bawah satu bumbung.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Saya bersama team saya sudah pasti berada di event ini untuk membuat jualan barangan Upin & Ipin. Pada event ni seingat saya barangan Upin & Ipin dijual pada harga yang sangat murah. Tak pernah barangan Upin & Ipin dijual pada harga serendah kat sini. Ekspo ni walaupun berlangsung selama lebih kurang 5 hari, namun maskot Upin & Ipin hanya sempat diturunkan pada 1 hari saja. Kemunculan maskot Upin & Ipin secara terus ditampilkan di atas pentas walaupun pada sebelum itu tiada perancangan mengenainya diberitahu. Yang menariknya, di pentas itu juga pada waktu itu sedang ada seorang adik kecil bernama Krisha sedang menghiburkan orang ramai. Adik Krisha yang dikatakan baru berumur 5 tahun ni, amat pandai menyanyi dan lagu Amy Mastura menjadi pilihan Krisha untuk dinyanyikan bersama Upin & Ipin. Semua penonton amat terhibur dengan nyanyi lagu adik Krisha sambil Upin & Ipin menjadi penari latar secara spontan.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Selain acara pentas sudah tentulah Upin & Ipin berjalan2 disetiap booth pameran yang ada kat situ. Tapi oleh kerana jumlah booth dan hall terlalu besar, jadi Upin & Ipin tak sempatlah nak luangkan masa kat semua booth. Hampir semua booth yang disinggah Upin & Ipin pasti akan ada orang yang tarik untuk diambil gambarnya. Selain ada yang berebut nak amik gambar, pasti tak kurang adik kecil yang menangis. Samada menangis sebab takut ataupun mungkin menangis kegembiraan dapat berjumpa maskot.

Upin & Ipin di booth Modenas

Adik yang menangis kegembiraan (agaknya)

Secara keseluruhan saya boleh katakan ekspo ni agak berjaya dari segi menarik peminat pengunjung untuk datang. Dalam tempoh 5 hari begitu banyak orang yang datang nak sokong serta beli barangan Malaysia lebih-lebih lagi pada hari-hari terakhir ekspo ni berlangsung. Bayangkan pada hari terakhir ada kedai yang tutup lebih awal sebab dah kehabisan stok barang. Begitu hebat sekali sambutan sampai kena bungkus awal.

Saya suka kedai ni… huhuh

Boonga Studio yang menawarkan rekaan kasut lain dari lain

Suasana semasa jualan

Saya sungguh suka event ni sebab selain dapat mempromosikan produk sendiri, tapi secara tak langsung barulah kita nampak produk2 buatan Malaysia yang lain yang sebelum ni kita tak pernah amik kisah. Kakitangan serta pemamer lain pun sangat supportive dan sempoi. Selain tu jugak, di event ni jugak banyak makanan sample yang saya dapat makan secara percuma.. hehe.

Bergambar bersama maskot Air Asia.. Comelkan. Kesiannya org kat dalam tu

Antara krew yang sempat bergambar.
Nurul, Ida Rahayu, Shima, Zarin, Faris

p/s : Mencari gadis “Jasma”… haih

 1,200 total views

GENG di SIRIM

Actually event ni boleh dikatakan serentak ataupun berlaku sebaik saja selesai event Kejohanan Rowing di Putrajaya. Bayangkan kitaorg tutup booth di Putrajaya lebih kurang pukul 4.30pm dan lebih kurang pukul 5 lebih dah kena berada di SIRIM pulak untuk tayangan GENG yang akan diadakan pada malam tu. SIRIM ni terletak kat Shah Alam aje, jadi lebih kurang macam kena balik opis la balik. Selain dari tayangan tugas kami jugak time ni kena standby jualan barangan Upin & Ipin serta maskot Upin & Ipin. Jadi orang yang jadi maskot time ni kiranya kena straight terus la dari Putrajaya sampai ke SIRIM jadi maskot.


Suasana ketika bergambar bersama Upin & Ipin

Walaupun tayangan GENG ni bermula time malam, tapi ramai kakitangan SIRIM dah mula memenuhi tempat tayangan ni seawal petang. Selain sebab nak chop tempat duduk, dorang semua berkesempatan untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Kiranya macam sementara menunggu ni, kemunculan maskot Upin & Ipin sedikit sebanyak dapatlah jugak menghiburkan semua orang. Tak sangkalah ramai jugak yang nak bergambar. Nasib baik staff SIRIM banyak membantu mengawal semasa proses orang nak bergambar.

Pada masa yang sama jugak, “booth” kami sedang sibuk diserang orang ramai. Booth yang ditempatkan betul2 dibawah tiang gol ni menjadi sasaran utama kakitangan SIRIM sebaik tiba di kawasan ni. Walaupun simple aje dan jualan pun dibuat dalam masa yang singkat, tapi tetap mendapat sambutan orang ramai. Semakin lama hari pun kian menjadi gelap. Tumpuan pun beralih arah untuk tayangan filem GENG. Tayangan ni berkonsepkan wayang pacak iaitu orang ramai bebas untuk duduk di mana2 di dalam kawasan padang yang disediakan. Tapi sebelum boleh tengok wayang, semuanya kena makan dulu. Boleh dikatakan sasaran kali ni berubah ke kaunter makanan yang menawarkan makanan seperti kambing bakar, ayam BBQ, sosej2 dan macam2 lagi.

Ketika sesi jualan Upin & Ipin

Hampir senja

Sempat jugak dorang bergambar. (Tak panggil pun)
Afiq, Nad, Nurul dan Shima

Walaupun wayang pacak ala moden, tapi sistem bunyi dan visual boleh dikatakan boleh tahan dan memuashkan. Cuma oleh kerana kawasannya terbuka, jadi agak kurang dengar respon orang ramai kalau ada part kelakar. Menurut sumber yang boleh dipercayai, lebih 1000 kakitangan SIRIM yang join tengok filem GENG ni lebih2 lagi semasa ni DVD GENG masih belum dijual dipasaran.

Beratur panjang untuk makanan

Persiapan terakhir sebelum tayangan

Selepas tamat tayangan sekitar pukul 11mlm, maskot Upin & Ipin muncul buat kali terakhir untuk sesi bergambar. Walaupun dah lewat malam, tapi nampaknya kakitangan SIRIM tak ngangtuk lagi dan masih ramai yang ingin bergambar dengan maskot Upin & Ipin ni. Rata2 kakitangan SIRIM berpuas hati dengan tayangan filem GENG ni walaupun kebanyakkan dari dorang dah pernah tengok GENG ni kat wayang sebelum ni. Tapi atleast moment tengok filem GENG di padang bola ala2 begini memang susah nak dapat. Saya pun pertama kali menyaksikan tayangan dalam bentuk sebegini. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan perjalanan proses tayangan serta layanan yang diberikan oleh kakitangan SIRIM.

Sesi bergambar kali terakhir pada waktu malam

Walaupun pada hari tersebut saya kena menghadiri 2 event serentak pada hari yang sama tapi apa yang sebenarnya membuatkan saya tak penat langsung ialah keseronokan yang saya dapat berikan pada orang ramai. Seronok tengok ramai orang dapat berjumpa dengan maskot Upin & Ipin dan sekurang2 nya respon serta pujian yang diajukan terus kepada saya ini dapat membakar semangat untuk meneruskan usaha saya ini.

p/s: Walaupun weekend ni ada 2 event, tapi next weekend ada 3 event serentak. Nantikan post mengenainya


 1,052 total views

Kejohanan Rowing JPM, Putrajaya

Alhamdullillah setelah lama kumpul stock blog ni akhirnya sempat juga nak tulis pasal event yang ni pulak. Event kali ni dekat saje, iaitu di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. Saya pun kalau nak ikutkan memang tak pernah menjejakkan kaki kat sini… yela, kalau pergi pun nak buatkan.. takkan la nak berenang pulak kat sini. Anway, event ni ialah event anjuran JPM untuk Kejohanan Rowing. Rowing ni ala2 macam kayak tapi lagi besar dan ramai yang mendayungnya.

Di perkarangan kompleks sukan air
Banner Kejohanan Rowing


Antara pasukan yang sedang ber-rowing


Event yang berlangsung selama dua hari ni, bermula dengan agak kurang baik. Maklumlah, awal2 pagi lagi dah hujan. Jadi kami terpaksa mengalami sedikit kepayahan sebab boothnya semua outdoor. Walaupun macam tu, keseluruhan event ni boleh dikatakan sangat meriah. Selain dari kejohanan rowing ni sendiri, acara ni turut diceriakan dengan persembahan beberapa orang artis AF dan pertandingan lain seperti pertandingan mewarna dan sebagainya. Lokasi dan kawasan sekeliling kat sini sangat cantik. Jadi memang tak hairan la di sekitar kawasan ni dipenuhi dengan orang ramai yang membawa DSLR masing-masing.


Penonton sedang menyaksikan pasukan masing2 bertanding


Pasukan sorak sedang memberi semangat


Selain tu, peserta yang join ni pun memang semangat2. Tak perlu ada pasukan sorak sebab dorang sendiri yang akan sorakkan untuk pasukan masing2. Tapi last2 tak sure la yang mana menang.. sebab tak pay attention sangat.. hehe. Ok, di booth kami sudah tentulah jualan barangan Upin & Ipin. Sambutan boleh dikatakan mengalakan lebih-lebih lagi pada hari Ahad kerana pada hari tersebut terdapat pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Afiq,Fuad, Ida Rahayu, Zarin, Ezuan

Shima & Me

Maskot Upin & Ipin mesti tak boleh tinggal. Kebanyakkan pengunjung untuk acara ni pada peringkat awalnya tak tau mengenai maskot Upin & Ipin akan muncul sebab dorang tak pernah dibagitau. Jadi bila 1st time maskot muncul lebih2 lagi pada masa launching ramailah yang terkejut dan menjerit Upin & Ipin. Lepas2 tu makin lama lepas orang dah tau, ramai pulak la standby bila maskot nak keluar.

Peminat bergambar dengan Upin & Ipin

Seronok jugak dapat amik gambar environment sekitar event ni. Walaupun berbekalkan camera pinjam tapi atleast dapatlah jugak ambik gambar yang konon2nya cantik ni. (haih, bila la nak beli camera ni)

Peminat bergambar dengan Upin & Ipin

Ketika pertandingan mewarna diadakan

Adik ni nangis sebab tak dpt amik gambar Upin Ipin

Jelingan manja adik comel

Last day event ni, TPM ki Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin pun ada datang untuk menyampaikan hadiah sekali gus menutup acara ni. Saya semasa penyampaian hadiah tu pun tak lepaskan peluang untuk berebut amik gambar bersama2 dengan press2 yang lain. Dah boleh dikatakan macam rupa press la jugak. Cuma gambar yang saya amik tak kluar paper je la.

Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin bersama pemenang

Disebelah petangnya jugak, terdapat pertunjukan oleh pasukan penyelamat udara (kot) yang menunjukkan demostrasi menyelamat di dalam tasik tu sendiri. Pertunjukkan ni boleh dikatakan berjaya mengagumkan pengunjung yang ada masa tu. Sehingga Upin & Ipin yang sepatutnya kena standby dalam bilik persalinan pun keluar untuk tengok pertunjukkan tu.

Demostransi pasukan penyelamat


Ipin kagum dengan pertunjukkan yang diadakan

Terima kasih kepada pihak2 yang membantu teruma sekali Cik Yanti selaku wakil dari JPM yang banyak membantu. Sekiranya anda membaca blog saya ni, silalah tinggalkan komen anda ye. Selain tu jugak, tak lupa kepada En. Ramli dari TM yang saya rasa dia takkan baca blog ni pun. Apa2 pun hopefully selepas ni akan ada lagi event seperti ni di Putrajaya sebab semua orang kat Putrajaya memang best!.


 1,242 total views

Mediaprima Screening Raya

Ye, walaupun kita masih belum mula berpuasa tapi Mediaprima telahpun menganjurkan screening sempena Raya. Screening ni bertujuan untuk menayangkan program-program menarik yang akan disiarkan di stesyen TV di bawah Mediaprima seperti TV3, TV9, 8TV dan NTV7. Bertempat di Sunway Hotel, lokasi screening ini berkonsepkan raya. Bermulalah sehingga pakaian, makanan, musik dan segala2nya berkonsepkan raya.

Program bermula dengan presentation oleh Dato Seri Farid mengenai rancangan2 yang bakal ditayangkan nanti. Upin & Ipin akan ditayangkan di TV9 sempena raya nanti. Selepas lebih kurang 30 minit, majlis diteruskan dengan persembahan artis sambil tetamu dibenarkan menjamu selera.

Fabolous Cat ketika membuat persembahan

Upin & Ipin juga tidak terlepas memeriahkan majlis ini

Tomok bersama Upin & Ipin

Sebaik sahaja selesai majlis termasuklah tugas maskot Upin & Ipin saya bergambar dengan artis takat mana yang sempat. Tapi sebenarnya lebih banyak artis yang hadir cuma tak sempat nak amik gambar.

Bersama Ally Iskandar

Bersama Lisdawati

Oklah, simple event.. so simple writeup aje. So, lepas ni ialah event di Putrajaya. Nantikan updatesnya ye.

 992 total views

Read Malaysia 09

Oklah, walaupun event ni sebenarnya dah lama lepas, tapi saya takkan lupa untuk post mengenai event ni. Pameran buku terbesar yang dipanggil Read Malaysia ni telah berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Mei – 7 Jun 2009 di MIECC, Mines. Ini merupakan kali pertama Upin & Ipin dijadikan duta untuk sesebuah event. Tugas saya pula sudah bermula 2-3 minggu awal lagi semasa sesi perbincangan dan perancangan untuk menjadikan Upin & Ipin duta program ini menjadi 1 realiti.

Dalam tempoh 10 hari event ini bolehlah dikatakan berjaya walaupun pada masa akan sekiranya diteliti dan merancang dengan lebih baik mungkin dapat menarik lebih lagi pengunjung. Maskot Upin & Ipin telah turun padang selama 3 hari yang berlainan untuk memeriahkan acara. Maskot Upin & Ipin juga turut membuat persembahan pentas pada hari Sabtu dan Rabu sambil diacarakan oleh saya dan dibantu oleh Kak Ros. Walaupun terdapat banyak slot pentas yang dijalankan setiap hari, namun begitu slot pentas kami iaitu bersama Upin & Ipin telah menjadi satu2nya slot pentas yang menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai. Boleh dikatakan pengunjung yang datang terpaksa berdiri dan berebut semata-mata untuk bergambar dengan maskot serta pelakon suara Upin & Ipin.

Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin

Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin


Ketika acara pentas berlangsung

Jualan barangan Upin & Ipin diteruskan seperti biasa walaupun kebanyakkan booth menjual buku. Di dalam Read Malaysia ini sahaja pihak penganjur berjaya mengabungkan 20,000 jenis buku pelbagai bahasa serta lebih 500 kiosk di bawah satu bumbung. Secara keseluruhan pesta buku ini boleh dikatakan berjaya untuk tahun pertama percubaan. Di bawah ini ialah orang kuat sebalik Read Malaysia yang berhempas pulas menjayakan acara ini sepanjang 10 hari.

Staff MIECC bergambar bersama Upin & Ipin

Sempat menyelit bersama Upin & Ipin

p/s : tau tak kalau tak duta Read Malaysia ni ialah Aznil

 932 total views

FesSTIS, Kompleks PKNS

Update pada kali ini yang ingin dikongsi ialah mengenai event yang dipanggil FesSTIS ataupun Festival Sains Teknologi dan Inonasi Selangor. FesSTIS yang dianjurkan oleh negeri Selangor sendiri ini merupakan pertama kali diadakan dan merupakan salah satu langkah untuk menaikkan teknologi dan Inovasi di dalam negeri Selangor khususnya. Les’ Copaque tidak ketinggalan dijemput untuk memeriahkan acara ini memandangkan Les’ Copaque sememangnya ditubuhkan di dalam negeri Selangor.

Ketika upacara perasmian berlangsung


Acara pembukaan ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dipentas utama di Komples PKNS. Walaupun, dirasakan lokasi event yang dipilih agak kurang sesuai namun perjalanan acara ini berjalan lancar dan teratur. FesSTIS ini berlangsung sepanjang 3 hari dan seminggu sebelum acara ini berlangsung bunting serta poster mengenai acara ini telah memenuhi jalan-jalan di sekitar Shah Alam.

Suasana di atas pentas ketika sesi saya

Saya pula diamanahkan untuk mengadakan acara pentas pada sebelah petangnya. Pengunjung yang menantikan acara pentas ini memanglah ramai, lebih-lebih apabila dijadualkan akan ada kemunculan maskot Upin & Ipin pada akhir slot saya. Kebanyakkan pengunjung yang setia mendengar persembahan saya ialah adik-adik kecil serta bersama keluarga masing-masing. Oleh disebabkan itu, kebanyakkan dari persembahan saya diselitkan dengan screening Upin & Ipin dan juga kuiz Upin Ipin bagi memeriahkan suasana (kononnyala).

Ye, adik di belakang itu lah kita cari

2 + 5 berapa? tak tau kan?

Selain dari itu saya juga berkesempatan untuk berjumpa dengan finalis Raja Lawak Astro iaitu Syem. Dia ada juga membuat persembahan pentas tetapi pada hari sebelum saya. Actually, ni kali kedua saya berjumpa dengan Syem selain di program Read Malaysia tempoh hari. Syem ni memang sempoi dan kebolehan beliau ialah boleh membuat pelbagai bunyi karakter kartun seperti Donald Duck dan macam2 lagi.

Bersama Syem (Finalis Raja Lawak Astro)

Antara team yang menjayakan program pada hari terakhir.
Saya, Juan, Nad, Nurul (Shima takde dalam gambar)

Seperti biasa selepas ini saya akan update mengenai event yang akan berlaku pada hujung minggu nanti. Banyak jugak event yang telah dilockkan setiap hujung minggu. Nampaknya hujung minggu saya akan dipenuhi dengan event. Tapi, takpe saya suka… selagi mampu buat, kita teruskan saja. Yang penting pandai nak hiburkan diri.


 848 total views