Author - Mohd Zarin

Majlis Aidilfitri Upin & Ipin – Bah. 1 (Suasana Hari Raya)

Assalamualaikum, kalau orang lain buat open house sudah tentu Upin & Ipin sendiri tak nak melepaskan peluang nak buat jugak. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi semasa sejak proses persediaan awal lagi, namun keseluruhan Majlis Aidilfitri ni berjalan dengan lancar. Bukan mudah nak tetapkan tarikh yang sesuai kerana kesibukkan kerja dan jadual staff yang ketat. Saya yang bersedia seawal 8 pagi di tempat letak kereta mula risau dengan awan mendung yang perlahan-lahan menutup sinaran matahari yang baru mula ingin menerangi kawasan khemah yang separuh siap.

Antara penyambut tetamu pada hari tersebut

Shahmi bersama Juan


Awan mendung akhirnya menurunkan muatannya sekitar pukul 9pagi dan menyebabkan persiapan tergendala seketika. Berkat kesabaran wargakerja LCP, hujanpun semakin reda sekitar pukul 10pagi dan bermulalah kerja-kerja pengurusan majlis. Rata-rata tetamu yang datang dengan meriahnya mengenakan pakaian raya yang sudah tentunya ceria dan menawan. Walaupun majlis bermula agak lewat dari jadual, namun rata-rata tetamu berpuas hati dengan persembahan yang telah disediakan. Gandingan hos yang pertama kali diketemukan, nampak sedondon memilih pakaian merah sebagai penyeri majlis. Afiq dan Kak Ros bukan sahaja mengendalikan keseluruhan majlis namun sempat juga bergurau senda dengan tetamu sambil berborak santai. Selain itu, penampilan pelakon suara seperti Fizi, Ehsan serta Upin & Ipin sememangnya antara aktiviti pembuka acara yang dinanti. Antara permainan yang sempat diselitkan ialah “makan batang buruk tanpa menggunakan tangan”. Bagaikan sukaneka, kebanyakkan tetamu bersorak semasa pertandingan dilangsungkan.

Fathiah, Shahmi bersama Afiq antara hos utama
Suasana ketika aktiviti diadakan

Permainan mendapat perhatian adik-adik

Unik makan batang buruk tanpa
menggunakan tangan

Menu makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga merupakan antara yang istimewa. Selain hidangan utama hari raya seperti ketupat dan rendang, roti jala serta cucur istimewa lawang menjadi pembuka selera. Tetamu selain dikumpulkan dari kelab peminat , tetamu juga kebanyakkannya datang dari rakan media. Media seperti TV9, Utusan, Metro dan lain-lain selain dapat bersama-sama bergembira dapatlah juga mencari isi untuk penulisan terkini.

Lemang antara hidangan utama

Faiz sedang berborak dengan Opah

Team berbaju merah… Go Red!


Abang cameraman begitu komited dengan kerjanya


Kevin dan Yuki, bagai limau mandarin dibelah dua


Izdiany dan Kila dari design team
berseri berbaju raya

Seperti biasa penampilan maskot menjadi acara klimaks di mana-mana event. Maskot Upin & Ipin yang pertama kali dipersembahkan dengan baju raya masing-masing ni bagaikan pengantin yang diserbu orang ramai. Baru sahaja menjejakkan kaki dan tak sempat lagi melangkah ramai adik-adik yang sudah mula menerjah maskot kembar ini. Ada juga yang keliru antara Upin & Ipin kerana jambul Upin sudah pula tertutup dengan songkok. Upin dapat dikenal pasti dengan warna baju kegemarannya iaitu kuning dan manakala Ipin disebaliknya. Mungkin ramai yang tidak tahu di mana, maskot Upin & Ipin yang berbaju melayu ini lebih sukar dipakai kerana peralatan seperti songkok yang berat serta baju melayunya yang sangat tebal. Tapi bak orang tua-tua selalu berkata, “biarkan panas, asalkan bergaya”.


Nell sedang membantu Upin

Atok bergambar bersama Upin & Ipin

Faiz dan Zaid

Majlis yang tamat sekitar pukul 2 t/hari ini secara keseluruhannya berjaya membuat peminat Upin & Ipin terhibur. Walaupun begitu, sudah pasti masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kelab peminat Upin & Ipin yang hadir walaupun berlaku kelewatan sedikit dalam permulaan majlis. InsyaAllah di masa akan datang kita akan memperbanyakkan lagi aktiviti bersama kelab peminat Upin & Ipin.

Shima dan Nurul

Fazidah dan Nell

Semua staff LCP yang telah bekerja keras untuk majlis aidilfitri ini

Terima kasih juga kepada semua staff LCP kerana telah turun untuk memberi sokongan terhadap majlis ini. Selepas ini saya akan sambung bahagian ke 2 topik ini tetapi akan lebih memfokus kepada isu lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri~

 1,515 total views

Berpesta di Pesta Konvo UTeM

Saya sangat suka bertandang ke Pesta Konvo, bukannya apa cuma setiap kali nampak pelajar berjubah konvo teringat masa belajar dulu. Memang seronok masa zaman belajar dan tak perlu fikir pasal masalah kerja ataupun duit. hehe… Pesta Konvo UTeM ni pula antara Konvo yang sememangnya saya nantikan. Antara sebab utamanya ialah lebih kurang 5-6 staff LCP sendiri merupakan graduan UTeM dan akan berkonvo masa tu. Jadi, selain berevent di situ idea asalnya dapatlah tengok mereka ni berkonvo. Namun oleh kerana hari event kami dan konvo mereka ni berbeza, jadi hajat tercapai.

Maskot Upin & Ipin di banner besar Pesta Konvo

Kakak polis pun nak bergambar dengan Upin & Ipin

Walaupun Pesta Konvo ini tidaklah sebesar konvo UTM yang saya pernah pergi dulu, tetapi sebagai permulaan ianya boleh dikatakan berjaya. Lebih-lebih lagi lokasi konvo UTeM ni merupakan kawasan baru dan ini merupakan batch pertama yang berkonvo di sini. AJK Pesta Konvo UTeM yang membantu kami iaitu Taufiq, dengan tabahnya melayan kami sejak dari malam sebelum mulanya konvo lagi. Sememangnya ketabahan saudara Taufiq ni terserlah dengan kerenah kami yang ingin menukar-nukar masa penampilan maskot.

Adik-adik tadika yang gembira berjumpa maskot

Bergambar dengan Upin & Ipin

Walaupun, perjalanan Pesta Konvo sedikit diganggu dengan sedikit hujan namun semuanya berjaya diubah dari idea asal mengikut kesesuaian. Penampilan maskot muncul di dalam tapak Pesta Konvo buat beberapa kali dan kemunculannya disambut dengan riang termasuklah dari AJK Pesta Konvo sendiri. Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disamping tampil di dalam sesi kuiz yang berjaya mengumpulkan ramai peminat walaupun di dalam hujan renyai-renyai.

Afiq, Taufiq (AJK Pesta Konvo) dan Zarin

Bergambar dengan semua AJK Pesta Konvo UTeM

Terima kasih daun keladi kepada semua AJK Pesta Konvo UTeM yang kebanyakkannya saya rasa pertama kali menguruskan event sebegini. Jangan takut dan segan kerana ianya barulah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar. Terima kasih kepada Taufiq dan Topo kerana membantu kami semasa di sana. InsyaAllah jumpa lagi nanti.

p/s : teringat pernah berkenalan dengan seorang AJK Pesta Konvo di UTM dulu dan sekarang dia dah jadi rakan sekerja. Menarik bukan~

 1,935 total views

Fake Maybank2u Alert

Tak sangka tiba-tiba saya mendapat emel dari maybank2u.com mengenai kegagalan database dan memerlukan saya login kepada link yang disediakan. Dalam hati tiba-tiba terfikir, “bila masa pula pakai maybank2u ni”. Bila dikaji, rupanya ini lah emel yang dikata-katakan yang menipu ramai orang tu. Sebenarnya link yang diberikan tu langsung tidak ditujukan kepada laman web utama maybank2u. Jadi, rakan-rakan sekalian hati-hati ye.

 1,999 total views

Mascot Class 101

Wow, sangat teruja nak post mengenai topik kali ni. Class mengenai maskot yang sebenarnya tak pernah diadakan ni bertujuan memberi pendedahan kepada staff LCP mengenai pengurusan dan penampilan maskot di dalam mana-mana event. Kebanyakkan staff LCP sebenarnya agak jarang atau tidak pernah terlibat di dalam penampilan maskot Upin & Ipin kerana kebanyakkannya staff di dalam event team sahaja yang biasanya akan mempunyai peluang sedemikian.

Saya menerangkan kepada staff LCP mengenai maskot

Antara staff LCP yang hadir

Class yang tidak wajib ni merupakan class pertama yang dimulakan di dalam sesi memperkenalkan setiap department kepada semua staff. Kebanyakkan staff yang hadir agak gembira dan teruja kerana class yang berkonsep terbuka dan santai ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada semua orang mencuba atau mendekati diri dengan maskot Upin & Ipin. Semua staff sebenarnya mestilah mencuba memakai maskot ini lebih-lebih lagi animator kerana merekalah yang mengerakkan watak Upin & Ipin di dalam komputer.

Berkongsi pengalaman

Antara staff yang mencuba maskot Upin & Ipin

Sesi memakai maskot Upin & Ipin ini pula merupakan aktiviti terakhir di dalam class ini selepas masing-masing didedahkan serta dikongsikan mengenai pengalaman sebagai maskot. Sebenarnya walaupun nampak mudah, tetapi seseorang pemakai maskot perlulah mengetahui beberapa perkara asas sebelum dibenarkan membuat sebarang penampilan. Class yang mengambil sekitar 30 minit ini diakhiri juga dengan sesi bergambar dan aktiviti bebas bersama maskot.

Antara staff yang berkelakuan comel
bergambar bersama maskot

Semua staff LCP yang hadir ketika Mascot Class 101

Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada class ini. Diharapkan ianya sedikit sebanyak telah berjaya membuka minda dan memberi idea baru mengenai maskot Upin & Ipin. Kepada pembaca blog saya, jangan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin di lokasi event akan datang. InsyaAllah.

 1,077 total views

Open House di rumah Salina Ek

Maklumlah, rumah terbuka ni sentiasa menyeru kita datang. Tahun ni boleh tahan banyak juga rumah terbuka sampai tak sempat nak pergi. Rumah terbuka officemate LCP ni iaitu Salina kalau nak ikutkan tak sempat juga nak singgah kerana pada hari yang sama saya terpaksa membantu urusan event di tempat lain. Tapi, oleh kerana lokasinya tak berapa jauh dari rumah Salina yang terletak di area Kota Damasara ni jadi sempatlah juga saya singgah.

Bergambar bersama tuan rumah, Salina

Bergambar bersama tuan khemah,
eh kawan Salina aka officemate juga; Fila

Bagi saya yang menariknya open house di rumah Salina ni ialah menu makanannya (ialah kalau tak makan apa lagi kan). Menu utamanya iaitu laksa johor dan mee bandung muar ni memang melambangkan dia ni orang Johor. Semuanya homemade dan tiada langsung khidmat catering. Memang sedaplah sampai bermangkuk-mangkuk ditambah.


Aen dan Yuki menjamu selera

Antara staff yang hadir ke rumah Salina

Oleh kerana saya tiba lewat sedikit pada masa tu jadi saya tak sempat menjamu selera bersama rakan-rakan office yang lain. Tapi apa-apa pun open house tersebut memang best dan sekurang-kurang kenal la juga famili Salina. Huhu..

 1,230 total views

Carian Terkini


Salam, post kali ini saya sekadar berkongsi mengenai keyword yang digunakan oleh pengunjung di google.com sehingga menyebabkan terjumpanya blog saya ini. Saya menggunakan FEEDJIT untuk mengesan keyword ini.

1. Atok Ranggi
2. Upin & Ipin Toys 3. Penganjur Karnival Suarasa 4. Program Suarasa Bulan November
5. Aida dari Kipsas
6. Mediahorizon
7. mediahorizon.blogspot.com
8. Menarik di Muar
9. Gambar Siti Nurhaliza di Majlis penutup Hari Raya
10. Gambar mewarna Upin & Ipin

 893 total views

Portluck Raya Les’ Copaque 2009

Oklah sambung bercerita mengenai makan-makan raya lagi. Kali ni portluck raya yang dianjurkan sendiri oleh staff-staff Les Copaque. Bukan senang sebenarnya nak anjurkan sendiri makan-makan ni sebab kebanyakkan dari kami reti makan aje.. anjur-anjurkan ni tak reti. Berkonsepkan portluck, setiap individu atau kumpulan dikehendaki membawa juadah makanan masing-masing selepas office hour.

Announcement board yang masih mengekalkan mood raya

Antara makanan pada portluck raya

Antara menu makanan yang dibeli dari Tesco sebelah termasuklah Pizza, KFC, satay, sandwich, buah-buahan dan macam-macam lagi. Walaupun berkonsep ringkas dan santai tetapi sesi portluck pada hari tersebut amatlah bermakna. Mengunakan ruang lobby Les’ Copaque sebagai tempat makan masing-masing terus mengubah suasana kepada ala-ala picnic. Masing-masing juga turut mempromosikan makanan yang dibawa agar cepat laku.

Ruang lobby dijadikan tempat makan

Juan mempromosikan Sushi Mumu

Masing-masing bergambar sebelum menjamu selera


Ee dan Muaz

Faizu

Kak Ros makan sikit je
Aen posing sebelum makan

Antara staff LCP selepas selesai makan

Nampaknya portluck sebegini haruslah diadakan dari semasa ke semasa kerana bukan sahaja boleh merapatkan silatuhrahim malahan juga memberi pilhan makanan yang banyak tanpa berbelanja lebih. InsyaAllah hajat saya untuk membawa Lontong ke office sempena Raya akan saya tunaikan dalam masa terdekat ini.

 1,552 total views

Rumah Terbuka di rumah Atok Ranggi

Alhamdullillah, walaupun seperti begitu lama tak update blog ni dah nampak sarang labah2 sikit ni, namun hari ni sempatlah jugak saya meluangkan sedikit masa. Boleh dikatakan open house pertama yang pergi tahun ni oleh kerana raya tahun ni tak sempat nak berjalan ke mana sangat. Open house di rumah Atok Ranggi aka Tn Hj Burhanuddin ni menjadi pembuka segala open house yang lain saya sertai. Dilangsungkan pada hari berkerja, kunjungan semua staff LCP ke rumah besar ni dimulakan seawal 5 petang.

Antara jejaka kacak LCP

Akob dengan pilihan hatinya

Antara 2

Gadis Melayu termasuk gadis-gadis lain di LCP

Menu makanan yang pasti sedap ni merupakan contact catering lama yang sememangnya telah diperakui kesedapannya. Menu utama seperti kambing panggang ni, membuatkan masing-masing tak senang duduk. Oleh kerana pada bahagian petang merupakan segmen khusus untuk staff LCP saja jadi sesi makan pun begitu santai dan tidak perlu berebut. Jadi sambil makan, sambil bergambar. Masing-masing yang turut hadir dengan baju raya masing-masing sedikit sebanyak menambah mood hari raya. Bayangkan kebanyakkan staff LCP ni sanggup membawa baju raya masing-masing dan bertukar semata-mata untuk ke open house rumah atok ni.

Ketika sesi makan

Yuki dengan pose “cute”nya

Faizu dan Haris beradu kekuatan

Saya dan Salina baju macam sama Ek!

Bersama Kak Ijan pula

Awei bersama makanannya

Oklah, saya simpan post yang lain untuk post Majlis Aidilfitri yang telah dilangsungkan sempena Kelab Upin & Ipin. Tapi apa-apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Atok dan Opah kerana telah mengadakan rumah terbuka sebegini. Pertama kali diadakan di rumah baru ni, sememangnya memberi suasana yang best dan santai. Kalau tahun-tahun lepas Atok hanya buka khemah di depan rumah iaitu di kaki jalan rumah Atok, tapi kali ni khemah tu sendiri di dalam halaman rumah Atok. InsyaAllah rezeki Atok akan bertambah lagi. Saya pun akan buat macam tu satu masa nanti bila dah ada halaman yang luas sikit.

 1,545 total views

Original VS Cetak Rompak

Wow, nampaknya sebaik sahaja DVD Geng Original berada dipasaran ianya terus mendapat sambutan hangat dari peminat filem ini. Boleh dikatakan ianya merupakan masa yang sesuai untuk mengeluarkan DVD ini lebih-lebih lagi untuk tayangan pada cuti raya nanti. Tapi ramai yang tak tau sebenarnya cetak rompak filem ini telah berada dipasaran lebih kurang selepas 2 hari selepas DVD ini dijual. Wah, sungguh berdedikasi nampaknya pencetak rompak semua bekerja. Memang sedia maklum di Malaysia isu cetak rompak memang sudah diketengahkan untuk sekian lama dan nampaknya sampai sekarang tiada apa-apa yang berubah. Sebelum ini kalau kita perasan jangan katakan CD dan baju malahan benda sekecik selipar pun boleh dicetak rompak dengan begitu mudah sekali. Ini sebenarnya kerana faktor tiada kesedaran dan tidak faham atau pura-pura tidak faham dengan apa itu Harta Intelek ataupun IP ni. Kebanyakan dari mereka menganggap mereka yang mengeluarkan kos penghasilan produk berkenanan dan tiada kesalahan langsung di sisi undang-undang. Di Malaysia pula hak Harta Intelek juga agak baru dan kebanyakkan pihak agak kabur-kabur dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bayangkan Upin & Ipin sendiri sebenarnya telah ditrademark sebelum keluarnya siri Upin & Ipin dipasaran lagi.
Cover DVD Geng Cetak Rompak

Tak cukup dengan DVD cetak rompak yang banyak di pasaran sekarang, muncul pula video DVD Rip yang sangat mudah didapati di laman web torrent tempatan. Bagaikan bangga dengan hasil rip video berkenanan sesetengah laman web mengendaki pemuat turun untuk meletakkan watermark laman web torrent tersebut sebagai tanda dari mana sumber tersebut boleh didapati. Sekiranya anda google sekarang saya pasti sekurang-kurangnya 10 laman web torrent menawarkan perkhidmatan ini.

Screenshot hasil DVD RIP

Bersesuaian dengan cuti hari raya, DVD Geng cetak rompak sememangnya telah dijual berleluasa di seluruh negara. Saya sendiri dapat menyaksikan DVD Geng cetak rompak dijual di Batu Pahat dengan begitu terbuka. Tidak kurang juga beberapa kedai video yang menjual DVD Original tetapi pada masa yang sama juga turut mempromosikan DVD cetak rompak. Mereka memperlekehkan DVD Original dan memberitahu sudah cukup sekadar membeli DVD cetak rompak. Seperti musuh dalam selimut sebenarnya sikap segelintir orang sebeginilah yang menjatuhkan industri kita.

Ramai juga yang tidak tahu DVD Geng Original Disk 1 yang mengandungi keseluruhan filem dilengkapi dengan sistem anti cetak rompak. Disk 1 ini tidak boleh di “copy” terus seperti DVD yang biasa kita lihat dipasaran. Itulah janji pengedar DVD Geng dan lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Ah Wei memeriksa DVD cetak rompak

Namun begitu tidak juga dinafikan ramai peminat setia yang menyokong dan membeli DVD Original GENG. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menonton berkali-kali filem Geng semasa di pawagam beberapa bulan lalu dan ingin menjadikan DVD Geng Original ini sebagai koleksi peribadi. Terima kasih kepada peminat yang sanggup membeli DVD Original ini yang sekarang ini begitu mudah didapati di mana-mana ccawangan Music Valley, Tesco, Giant serta Jusco. Kepada pembaca blog saya yang sudah membeli DVD Geng, apa kata anda tulis sedikit review atau komen di blog anda untuk dikongsi bersama-sama.

Kebanyakkan peminat yang membeli DVD Geng ini semestinya untuk tayangan bersama keluarga semasa cuti hari raya. Saya juga ada mendapat maklumat di mana ada beberapa peminat yang menyaksikan Geng di dalam kenderaan masing-masing semasa di dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang menayangkan filem Geng semasa menyambut kunjungan sanak saudara beraya ke rumah.


Staff Les’ Copaque harap peminat menyokong DVD Original

Terima kasih sekali kepada yang telah membeli DVD Geng Original dan teruskan menyokong industri animasi tempatan. Berikut ialah diantara blog yang ada menulis mengenai DVD Geng ini:

http://zimieizmel.blogspot.com/
http://blog.exjam.net/
http://afiqludin.blogspot.com/
http://papysnow.blogspot.com/


 3,541 total views

Upin Ipin Beraya dengan baju baru

Ha, sehari sebelum masing-masing bercuti sempatlah juga bergambar bersama maskot Upin & Ipin dengan baju melayu mereka yang baru. Akhirnya tahun ni dapatlah jugak Upin & Ipin beraya dengan baju baru. Walaupun tidak merancang sesi bergambar bersama-sama di hadapan studio Les’ Copaque namun suasananya tetap ceria. Sesi bergambar yang mengambil masa lebih kurang 30 minit ini tidak kurang juga mengundang pengunjung dari luar yang secara kebetulan lalu di situ untuk turut bergambar.

Jalan-jalan depan office pun kena serbu

Memandangkan sesi bergambar ini berlaku pada hari Jumaat jadi memang sesuai sangatlah kebanyakkan staff LCP pada masa tersebut telah merancang untuk berbaju melayu dan baju kurung. Dapat tak bezakan mana satu Upin dan mana satu Ipin? Ipin mestilah yang berbaju biru manakala Upin yang lebih comel pula berbaju kuning. Kalau tak percaya nanti kita buka songkok dia.

Upin dan Ipin bersedia untuk bergambar

Ni gelpren Upin & Ipin rupanya

Ni pula antara anak-anak dara Les’ Copaque

Oleh kerana ini merupakan kali pertama Upin & Ipin berbaju melayu jadi kebanyakkan staff memang tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai aksi dan camera angle. Tak kurang juga yang ingin mencuba sendiri songkok Upin & Ipin yang bersaiz 3XXL tu. Aksi masing-masing yang bagaikan kanak-kanak 10 tahun ini hanya dapat disaksikan di dalam sesi ini sahaja. Kesian maskot kat dalam tu, tentu penat maklum la masa ni masih dalam bulan puasa. Namun oleh kerana inginkan masing-masing bergembira saya pasti orang di dalam maskot tersebut mampu bertahan lama.

Upin bersama staff LCP

Hasan dan Adam mencuba songkok Upin & Ipin

Bergambarlah lagi

Melawan perut siapa lagi buncit

Tak kurang juga beberapa pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Yelah, bukan senang nak berjumpa dengan maskot ni. Memang langkah kanan betul bila kebanyakkan pengunjung yang sebenarnya nak ke World Of Geng terserempak dengan maskot Upin & Ipin. Apa lagi peluang datang hanya sekali.

Pengunjung sanggup memberhentikan kereta untuk bersalam

Wow, lompat sudah.

Semua staff LCP bergambar di hadapan studio

Malang kepada staff LCP yang sudahpun balik ke kampung halaman pada masa ni. Melihat gambar-gambar ni di blog dan facebook pasti menambahkan lagi kekecewaan mereka. Tapi takpe, sebab InsyaAllah nanti kita akan anjurkan Rumah Terbuka Upin & Ipin. Bila tu? Tunggu la ye…

 1,744 total views