Alhamdullilah, bersambung semula dengan kisah di Suarasa Ipoh untuk bahagian ke 2. Seperti yang ditulis pada bahagian sebelum ini Suarasa kali ini walaupun hampir sama dengan Suarasa yang lain namun yang membezakannya ialah memori bergambar yang tidak dapat dilupakan. Suarasa Ipoh dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta persembahan yang tidak putus-putus. Warga Ipoh pula boleh dikatakan amat menghargai karnival sebegini dan setia menanti sebarang aktiviti yang telah dijanjikan. Kali ini saya kongsikan lebih banyak gambar yang bolehlah dikatakan menarik dan unik.
Aktiviti yang berlangsung di booth TV9 sendiri tidak kurang meriahnya juga. Disamping diceriakan oleh pengacara TV9, booth TV9 kali ini dimeriahkan juga dengan kemunculan pertama Gadis Melayu Musim ke 2. Peserta program Gadis Melayu 2 ini di dalam tempoh promosi siaran itu yang baru sahaja ditayangkan di TV9. Gadis Melayu 2 yang rata-rata agak berbeza dengan musim pertama ini masing-masing diberi peluang untuk beramah mesra serta memperkenalkan diri dengan pengunjung.
Antara Gadis Melayu 2 yang sedangmembuat persembahan pentas
Selain itu juga kemunculan pelakon drama bersiri Ceplos sememangnya menarik perhatian. Dengan gaya bersahaja dan unik, rata-rata pengunjung amat teruja dapat berjumpa dengan Ceplos yang jarang-jarang membuat kemunculan di mana-mana Suarasa. Ceplos yang berkonsepkan hantu baik ini, selain memberi peluang bergambar dia juga amat terkenal dengan taglinenya iaitu “Allrighttt”.
Disamping kemeriahan Suarasa Ipoh kali ini, saya juga dapat melihat kekurangan personaliti TV9 yang turun padang kali ini. Mungkin disebabkan kesibukkan beberapa orang personaliti yang lain, kali ini peluang diberikan kepada wajah-wajah baru. Di acara penutup Suarasa kali ini dipenuhi dengan wajah-wajah baru termasuklah peserta akhir Gadis Melayu 2, pengacara Tv9 seperti Azean, Aziz Desa, Farrah Debba dan Khusna. Acara penutup yang walaupun hanya 5 minit ke udara ini seperti biasa mendapat sambutan ramai pengunjung.
Azean sedang bersedia untuk penutup
Aksi Ceplos yang membuat Fimi tergamam
Pengacara TV9 iaitu Khusna boleh dikatakan berada disetiap booth untuk lintas langsung. Ini pertama kali saya melihat Khusna begitu sibuk. Selain itu, Khusna yang mempunyai ramai adik serta anak buah ini sempat membeli beberapa lagi barangan Upin & Ipin termasuklah sepasang plush toys. Kali terakhir Khusna memborong barangan Upin & Ipin ialah ketika di Suarasa Terengganu.
Khusna yang sudah mula aktif dengan pengacaraan TV9
Selain rutin biasa Suarasa, saya juga sempat mengabadikan gambar lain disepanjang Suarasa ini berlangsung. Diantaranya ialah sudah tentulah penyanyi pujaan saya iaitu Noh (Hujan). Walaupun sebenarnya sudah beberapa kali berjumpa, namun kali ini sahajalah dapat peluang bergambar. Noh yang bersahaja dan ringkas sempat melahirkan rasa kagum dengan populariti Upin & Ipin yang telah sampai ke Indonesia.
Post ke 2 kali ini hanya saya penuhi dengan gambar yang cukup meriah ini. Untuk post bahagian ke 3 dan terakhir nanti barulah saya berkongsi mengenai acara yang dilakukan selepas selesai Suarasa.
p/s : dah banyak sangat gambar sampai tak tau nak tulis apa.. huhu
1,970 total views, 1 views today
Advertisements






























hahah..gambar “abang sazali merenung masa depan” tuh x leh blah!!ahahah..=))
gm 2 tu muke iras2 ikon gm1
suarase kali ni kak aida tak de sedih…dah pkat dgn kwn2 dtg nak jmp kak aida….alih2 datang akak aida tak de…sedih