Sememangnya salah satu weekend yang sangat memenatkan. Ada 3 event serentak berlangsung pada weekend ni namun agenda di dalam SHOUT! Awards lah yang paling menyerlah. Oleh kerana terlalu excited, saya postkan dulu mengenai SHOUT! Awards dan mengenai event2 serentak yang berlaku tu kemudianlah baru saya post.
Oklah, bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil memang perjalanan nak ke sana sudah dijangkakan akan jem, lebih2 lagi pada hari yang sama Manchester United sedang berlatih untuk Asia Tour menentang Malaysia pada keesokkan harinya. Buat pertama kalinya, maskot Upin & Ipin di bawa berjalan di kapet merah. Memang dah lama saya nak tengok macam mana suasana Upin & Ipin kalau berjalan kat kapet merah. Hasilnya memang lain dari yang lain. Dengan jeritan dan peminat yang terlalu excited, keselamatan maskot seolah-olah berada dalam bahaya untuk setiap masa.
Fathiah ketika diinterview oleh hos SHOUT! Awards
Sekejap sahaja sebenarnya proses di kapet merah tu tambahan pula saya tidak berbekalkan DSLR jadi tidak banyak gambar menarik yang saya sempat amik. Bila kami beredar saja dari karpet merah sememangnya debaran dan hype awards sebentar nanti amat terasa. Persembahan SHOUT! Awards bermula tepat pada pukul 8.30malam. Saya bersama team maskot boleh dikatakan mendapat layanan istimewa bila kami dibenarkan makan bersama artis-artis yang lain. Selain tu kami juga terpaksa duduk di belakang back stage namun itu merupakan salah satu kelebihan yang kami terima pada malam tersebut. Masuk dan keluar tanpa had membolehkan kami, melihat persembahan dari jarak dekat.
Suasana di dalam SHOUT! Awards
Sebaik sahaja Upin & Ipin diumumkan sebagai pemenang Stadium Putra bergema dengan jeritan peminat yang keseluruhan memang menyokong Upin & Ipin pada malam tersebut. Bangga dan terharu lebih-lebih lagi pada malam tersebut saya boleh dikatakan sedang “bekerja” untuk menjayakan program malam tersebut. Kebanyakkan amat teruja dengan ucapan Fathiah yang ringkas, pendek tetapi comel. Pada malam tu juga, SHOUT! Awards diakhiri dengan persembahan bertenaga dari Sean Kingston.
dengan orang ramai yang tak dikenali
Oklah, saya katakan hari ni memenatkan sebab seharian saya bergegas untuk 2 event. Nantikan post mengenai event yang lain selepas ini.
p/s : Buat masa ni setiap perjalanan event setiap minggu bagi saya sudah dilock. Nampaknya saya tak boleh pergi ke mana-mana.
Advertisements
845 total views, 1 views today
Advertisements










Tahniah….. team Upin Ipin….. lepas nih kena lebarkan lagi sayap 😀