Last weekend saya berkesempatan untuk join event yang dilangsungkan di PKNS, Shah Alam. Event yang diberi nama Jualan Hartanah ni sebenarnya telah berlangsung hampir 1 minggu lebih dan kedatangan krew Upin & Ipin ni ke sini merupakan sebahagian daripada aktiviti sampingan untuk memeriahkan event ni. Bertempat di pentas utama, kemunculan Upin & Ipin ini boleh dikatakan ditunggu2 oleh warga Shah Alam kerana iklan mengenainya telah diedarkan melalui poster serta flyers sejak awal event ini bermula.

Ketika jualan barangan Upin & Ipin

Aktiviti utama ini ialah aktiviti jualan barangan original Upin & Ipin. Walaupun tempat jualan tu berdekatan dengan tempat jualan barangan cetak rompak namun ianya tidak mengganggu aktiviti jualan kami. Malahan, kebanyakkan barangan Upin & Ipin habis dijual kerana sambutan yang amat menggalakan. Selain dari itu, aktiviti utama pada event ini ialah pertandingan mewarna kanak-kanak. Saya diberitahu penyertaan pertandingan pada kali ini sungguh memberansangkan dengan lebih 70 penyertaan diterima pada hari tersebut. Kebanyakkan adik-adik yang memasuki pertandingan ini merupakan peminat setia Upin & Ipin.

Suasana ketika pertandingan mewarna diadakan

Acara kemuncak sudah tentulah kemunculan maskot Upin & Ipin yang dinanti2kan. Ini merupakan kali pertama maskot Upin & Ipin menjejakkan kaki di sini dan respon dari orang ramai amatlah memuaskan. Seperti biasa, peluang ini diambil oleh pengunjung untuk bergambar dan beramah mesra bersama maskot kesayangan mereka. Kali ini saya tidak akan memaparkan banyak gambar maskot Upin & Ipin kerana saya ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat kecil Upin & Ipin.

Kemunculan maskot Upin & Ipin di pentas

Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin

Kemunculan peminat kecil yang sangat comel

Adik comel yang berumur 2 tahun lebih ini datang dengan berpakaian Ipin yang dibelinya sejak beberapa bulan lepas. Oleh kerana terlalu minat dengan Upin & Ipin dia masih memakai baju tersebut walaupun baju tersebut bukan sahaja sudah ketat malahan sudahpun lusuh. Kemunculan adik Ipin ini di kawasan pentas bukan sahaja menarik perhatian pengunjung malahan emcee majlis sendiri yang secara spontan memanggilnya sebagai Ipin yang sebenar. Adik Ipin ini bukan sahaja agak aktif malahan kerap kali naik ke pentas sehingga terpaksa ditarik oleh krew terlibat. Bukan itu saja, adik Ipin ini juga banyak kali cuba melibatkan diri di dalam pertandingan mewarna yang sedang dijalankan dengan memerhatikan peserta lain yang sedang mewarna dari jarak dekat.

Ipin sehingga terpaksa ditarik turun pentas

Tak sempat bergambar dengan Ipin ni kerana dia sangat bergerak aktif

Memerhatikan dari dekat peserta sedang mewarna

Event yang tamat sekitar pukul 5 petang ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk beramah mesra dengan Upin & Ipin malahan juga dapat membuktikan bahawa sebenarnya ramai peminat yang berminat dan menyokonh dengan barangan original Upin & Ipin.

p/s : sedang sibuk merancang untuk big event next week…


 931 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.