
Majlis ni basically ialah perjanjian diantara Les’ Copaque dengan Telekom Malaysia untuk tujuan penaajan siri Upin & Ipin, dengan TV9 sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Malaysia, dengan TPI sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Indonesia, serta Bliztmegaplex sebagai pengedar filem GENG di rantau Indonesia. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, lokasi event pada kali ini pasti menarik dengan berkonsepkan ala2 casual campur formal sikit (sebab ada orang besar). Sehari sebelum majlis ni, semua orang yang bertanggungjawab dikenakan hadir untuk raptai dan sesi persiapan. Semuanya memastikan bahagian masing2 seperti teknikal, backdrop, event flow dan sebagainya tiada masalah pada hari event tu nanti. Ini merupakan pertama saya menjalankan event di Menara KL, jadi masih banyak prosedur dan perkara yang harus dibelajar.
Baby Eilham pun nak join raptai
Tuan Haji Burhanuddin ketika berucap
Selain dari menyaksikan majlis menandatangani, tetamu yang hadir juga ditontonkan dengan siri animasi Upin & Ipin yang baru serta trailer filem akan datang iaitu Upin & Ipin : Angkasa. Kebanyakkan tetamu begitu kagum dengan trailer terbaru ini. Kepada siapa2 yang ingin menonton trailer terbaru ni, kenalah tunggu sehingga laman webnya siap nanti.3,125 total views, 2 views today











da lama tak gi menara kuala lumpur nih…