Pada tahun ini McDoland’s Malaysia memperkenalkan 2 menu baru yang diinovasikan mengikut selera orang Malaysia berdasarkan dari menu utama makanan mereka. Seperti yang kita tahu, bila sebut pasal McDoland’s je kita mesti terbayangkan burger Big Mac ataupun McChickennya. Kali ini McDoland’s Malaysia membawakan menu baharu iaitu Burger Nasi Lemak dan Nasi McD yang sebaik saja dilancarkan terus mendapat sambutan luar biasa. Yela, ramai orang excite dan nak tahu sendiri macam manalah rasa Burger Nasi Lemak dan Nasi McD tu lebih-lebih lagi ianya diviralkan sebaik sahaja dilancarkan pada hari pertama.
Saya terus ke McD terdekat dan mencuba kedua-dua menu ini sendiri dan ini komen saya.
Pilihan nasi set nasi McD
Harga Nasi McD
Nasi McD
Nasi McD dijual mengikut beberapa pilihan set yang terdiri dari pilihan Set A : Nasi McD + Egg, Set B: Nasi McD + Ayam Goreng McD dan Set C: Nasi McD + Ayam Goreng + Telur. Kesemua set ini dijual bermula dari harga RM5.95 sehinggalah kepada set lengkap yang berharga RM12.95. Namun begitu, kesemua set ini tidak didatangkan dengan air minuman. Jadi kalau nak beli air, kenalah tambah duit lain. Read More
Selama ni saya tak sangka ubi kentang merupakan salah satu makanan sihat dan sesuai untuk diet. Entah kenapa selama ni dalam pemikiran saya ubi kentang adalah makanan yang mengemukkan dan tak sihat. Kita selalu terbayangkan kentang goreng segera yang sedap di makan tetapi tidak sihat. Baru-baru ni saya didedahkan tentang kebaikkan ubi kentang dari Amerika Syarikat USA yang diyakini berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga. Satu sesi bersama fitness blogger dan media telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby iaitu POWER UP WITH POTATOES.
Saya bersama beberapa orang rakan fitness blogger dan influencer yang lain disambut oleh jurulatih sukan dan kecergasan terkenal iaitu Noel Chelliah dan Kimbely Yap dari DailyMuscle Light House. Kimbely sendiri merupakan pemenang pingat emas triatlon dan bersetuju tentang khasiat ubi kentang di dalam diet dan kecergasan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok apakah yang mereka ingin kongsikan berkaitan tentang khasiat ubi kentang.
Mr Noel dari DailyMuscle excited mengedarkan ubi kentang
Saya bersama Potatoes USA
POWER UP WITH US POTATOES USA
Secara asasnya Potatoes USA sendiri mempunyai khasiat lebih banyak dari makanan harian lain yang kita sangka lebih baik. Ianya mengandungi lebih banyak potassium dari pisang dan Potatoes USA mengandungi 0% fat. Ini bermakna ubi kentang sendiri tidak menggemukkan kerana tidak mempunyai kandungan lemak. Walau bagaimanapun, sebiji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 100 kalori dan 26g karbohidrat. Namun begitu badan kita masih perlukan karbohidrat dan ubi kentang menjadi sumber yang terbaik kerana ianya tanpa lemak, tinggi dengan serat, membantu fungsi otot, kardiovaskular dan disamping khasiat yang lain. Read More
Selepas saya berkongsi mengenai Poke Bowl Kurin beberapa bulan yang lepas, beberapa orang pembaca setia blog saya mencadangkan agar saya mencuba satu lagi menu sihat berkonsepkan poke bowl iaitu Paperfish. Terletak di TTDI, Restoran Paperfish ni berhampiran dengan kawasan perumahan dan tak jauh dari One Utama. Mencari Restoran Paperfish ni tidaklah begitu susah kerana ianya terletak berhampiran jalan utama dan aplikasi waze terus membawa saya ke lokasi makan-makan sihat saya kali ni.
Saya sendiri sebenarnya dah banyak kali mendengar mengenai Paperfish dan baru sekarang saya berpeluang merasainya sendiri. Jom kita masuk ke dalam restoran ni dan tengok apakah menu yang menanti saya di dalam.
Restoran Paperfish yang terletak di TTDI
Ruang di dalam restoran
Suasana di dalam restoran ni sangat selesa dengan ruang sekitarnya yang berkonsepkan “wood” dan “green”. Terasa sejuk je ketika berada di dalam restoran ni. Kat sini konsep self service digunakan jadi saya kena order makanan di kaunter di bahagian belakang restoran ini. Langkah pertama adalah dengan memilih jenis “base” yang diingini samada brown rice, white rice, sayur-sayuran ataupun quinoa. Kemudian kita boleh memilih 4 jenis side dish yang diantaranya adalah edamame, tomato, broccoli dan banyak lagi. Read More
Apabila NIKE mengumumkan bakal melancarkan NIKE PRO Hijab pada penghujung tahun lalu, pelbagai respon dan feedback dikongsi oleh ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Walau bagaimanapun NIKE Malaysia memerlukan beberapa bulan sebelum produk muslimah itu dipasarkan di Malaysia. Akhirnya pada 15 Februari yang lalu, secara rasminya NIKE PRO Hijab telah mula dijual di semua cawangan NIKE seluruh Malaysia. NIKE PRO Hijab terus hangat diperkatakan dan menjadi di antara produk sukan yang dicari-cari pada minggu tersebut. Dengan harga jualan bernilai RM99 adakah NIKE PRO Hijab sesuatu yang anda perlukan? Adakah ianya berbaloi untuk wang anda?
Saya mendapatkan respon dari Triathlete dan Ironman finisher iaitu Hafiza Othman yang sudah menggunakan NIKE PRO Hijab di dalam aktiviti sukannya. Teruskan membaca sekiranya inginkan jawapannya.
Hafiza, menggayakan NIKE PRo Hijab
Design / Rekaan
Sekali pandang NIKE PRO Hijab mungkin agak berbeza dari hijab sukan yang lain. Ianya nampak sangat simple dan tak complicated. Ianya boleh terus dipakai tanpa memerlukan aksesori tambahan ataupun pin. Rekaannya dikemaskan dengan logo NIKE pada sebelah kiri hijab bagi memberikan rupa premium. Bahagian hadapannya direka bagi memenuhi lilit muka yang mungkin membuatkan sesetengah orang kelihatan nampak “bulat” sekiranya bentuk muka kurang sesuai. Tapi jangan risau kerana terdapat 2 saiz yang boleh disesuaikan dengan bentuk muka iaitu saiz XS/S dan M/L. Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak bercuti-cuti dan melancong. Alang-alang saya berada di Bandung untuk Tahura Trail Run 2018, jadi saya luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam di Bandung. Tak jauh dari Taman Hutan Raya Bandung, The Lodge Maribaya Bandung ni terletak di Jalan Maribaya, Bandung Barat. Saya memilih untuk ke sini kerana tempatnya yang sungguh cantik dan orang kata sungguh “Instagramable”. Saya ke sini menaiki kereta sewa kerana lokasinya yang agak dalam menyebabkan tiada perkhidmatan Grab ataupun Uber.
Tak sangka saya rasa sungguh bertuah pada hari tu sebab keadaan di sini tidak terlalu sesak dan ramai orang. Saya dimaklumkan The Lodge Maribaya Bandung ini kebiasaanya sesak pada hari minggu dan cuti. Nasib baiklah saya datang pada hari Isnin.
Kaunter pembelian tiket
TIket masuk berupa akses kad
Tiket Masuk The Lodge Maribaya
Tiket masuk tidaklah terlalu mahal, hanyalah 20 ribu rupiah (~RM5) seorang pada hari biasa, 25 ribu rupiah (~RM7) seorang pada hujung minggu dan 35 ribu rupiah (~RM10) pada hari cuti umum. Jadi kalau nak datang tu memang kena rancang betul-betul supaya dapatkan harga termurah sekali. Tapi kalau nak difikirkan apalah beza sangat RM5 dan RM10 tu kan? Kalau nak tahu kenapa, teruskan baca sehingga habis artikel ini.
Saya menerima tiket berupa akses kad yang hanya digunakan sekali sahaja untuk masuk dipintu utama The Lodge Bandung ni. Ohya sebelum saya terlupa, drone tidak dibenarkan digunakan di kawasan ni. Amaran ini jelas dipaparkan dipintu masuk utama. Read More
Walaupun ada beberapa bulan lagi untuk SCORE RUN Series 2018 akan bermula tetapi debaran menantikan detik flag off semakin terasa. Apa tah lagi SCORE RUN Series 2018 kali ini menawarkan sepasang medal yang cantik yang merupakan versi gabungan dari larian edisi Malam dan Siang. Baru-baru ni SCORE telah mengadakan acara bersama media bagi mengumumkan beberapa informasi penting diantaranya adalah pelantikan Duta ataupun Ambassador bagi SCORE RUN Series 2018. Acara ini telah berlangsung di Runners Cafe di Bukit Jalil. Sebelum kita berkenalan dengan ambassador SCORE RUN Series ni jom kita tengok apa yang menarik di Runners Cafe.
Runners Cafe
Pertama kali saya masuk ke dalam Runners Cafe saya dah boleh nampak banyak dekorasi dalam yang berunsurkan running. Medal dan piala running dijadikan sebagai sebahagian dari elemen penarik disetiap sudut cafe. Medal yang digantung kat sini pun bukan calang-calang tau. Kebanyakkannya adalah dari acara larian terkenal tempatan dan luar negara. Dari medal fun run sehinggalah kepada medal Ultra Run serta Trail Run. Kagum saya tengok medal-medal larian sebanyak ni. Saya dimaklumkan pemilik cafe ni adalah seorang runner yang gemar mengumpul medal larian dan menjadikan cafenya sebagai tempat untuk runner bersantai sambil bertukar-tukar cerita.
Siapa sangka saya ke Bandung kali ni bukan untuk bershopping atau berjalan-jalan, tetapi semata-mata untuk menyertai acara trail run terhebat Indonesia iaitu Tahura Trail Run 2018. Sejak saya mengetahui tentang acara ini pada tahun lepas saya dah mula menanam hasrat untuk menjejakkan kaki di Bandung untuk merasai sendiri kemeriahannya. Tahura Trail Run ini merupakan penganjuran kali ke 6 dan ianya diadakan di Tahura iaitu nama pendek bagi Taman Hutan Raya yang terletak di daerah Dago Pakar. Terdapat 5 kategori jarak larian yang ditawarkan iaitu 42KM, 21KM, 17km, 10km dan kategori keluarga.
Bagi 42KM & 21KM acara trail run diadakan pada 20 Jan 2018 dan manakala bagi kategori 17KM, 10km dan keluarga pula dilangsungkan pada keesokkan harinya. Saya sendiri pertama kali menyertai larian sejauh 21KM dan pertama kali juga bagi acara trail run. Bagi saya alang-alang dah datang jauh-jauh tu baik ambil jarak yang lebih mencabar dari biasa. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman sebenar saya disepanjang acara Tahura Trail 2018.
Race Kit Collection
Suasana ketika race kit collection
Race Kit yang saya dapat
Race kit collection diadakan sehari sebelum acara bermula dan lokasinya adalah di Tahura sendiri. Saya pun beli flight ticket ke Bandung sehari lebih awal untuk tujuan berehat dan proses pengambilan race kit. Sekurang-kurangnya dapatlah saya survey jarak dari hotel ke Tahura untuk acara keesokkan harinya. Alhamdullilah, suasana pengambilan race kit tidaklah begitu ramai dan tak perlu terlalu lama menunggu. Saya dimaklumkan pengambilan race kit juga telah dibuat di Jakarta seminggu lebih awal pada peserta yang berasal dari Indonesia.
Proses pengambilan race kit sama je seperti acara larian yang lain. Namun begitu apa yang berbeza adalah Tahura Trail Run menawarkan 4 pilihan warna baju iaitu Pink, Kuning, Biru dan Purple. Saya pilih warna biru sebab tu warna paling selamat (hehe). Masa ni saya dah rasa macam berdebar-debar nak tunggu keesokan harinya sebab masa ni dah boleh nampak wajah-wajah peserta yang bakal lari sama-sama esok. Tak kurang juga ramai yang first time macam saya dan sempat juga saya bertukar-tukar info. Kebanyakkan dari peserta adalah dari luar Bandung seperti dari Jakarta dan Jogja. Beberapa peserta agak teruja bila saya cakap saya dari Malaysia dan datang ke Bandung semata-mata untuk acara Tahura. Read More
Walaupun baru masuk bulan Jan pada tahun 2018 tapi saya pasti kebanyakkan runner dah mula beraksi semula dengan mendaftar acara larian kegemaran masing-masing. Saya sendiri dah daftar beberapa acara larian sebab takut penuh dan tak sempat nak masuk. Dalam banyak-banyak larian pada tahun ni, salah satu acara larian yang pasti saya takkan lepaskan adalah SCORE Run Series 2018. Popular dengan tagline CONQUER THE CITY, Score Run pada tahun ni diadakan dalam 2 versi sekali gus iaitu versi malam dan siang. Saya teruja sangat nak join SCORE Run pada tahun ni sebab tahun lepas saya tak sempat masuk dan pada tahun ni nampaknya penganjuran lebih besar diadakan.
SCORE RUN SERIES 2018 NIGHT EDITION
SCORE RUN SERIES 2018 Night Edition ataupun edisi malam ni bakal diadakan pada 5 Mei 2018 di Anjung Floria Putrajaya. Peserta boleh memilih untuk lari sejauh 5KM, 13KM ataupun 21KM. Larian malam ni bagi saya sangat fun sebab kurang rasa panas dan agak lambat untuk penat. Walau bagaimanapun, berlari waktu malam haruslah lebih berhati-hati kerana kekurangan cahaya. Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya menonton filem pembukaan tahun 2018 secara eksklusif di malam perdana filem Busker terbitan Astro Shaw. Sekali pandang poster filem ni saya dah tertarik nak tonton sebab posternya dah melambangkan kisah cinta tiga segi dalam dunia muzikal. Saya sendiri mempunyai harapan yang tinggi untuk filem berkonsepkan muzikal lebih-lebih lagi beberapa filem kegemaran saya adalah menggunakan konsep yang sama. Dilakonkan oleh barisan pelakon baru, saya nampak pihak produksi sememangnya ingin menarik generasi muda untuk menonton filem ni.
Diadakan di MMCineplex, malam perdana ni dihadiri oleh kesemua barisan pelakon utama filem ini seperti Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.Filem ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz iaitu pengarah yang terkenal dengan drama Keluarga Iskandar. Pada malam tersebut tema pakaian “Jeans” ditengahkan bagi menyesuaikan bersama penaja mereka iaitu Levis.
Selain ingin kelihatan tampan dan kemas sepanjang hari, bau juga memainkan peranan dan menjadi kepentingan bagi diri saya. Setiap hari saya akan berjumpa dengan orang dan aktiviti seharian saya membuatkan saya tak sempat untuk memastikan saya sentiasa berbau wangi. Oleh itu wangian Dashing Anytime EDT membantu masalah saya. Ianya sangat kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan yang penting baunya sangat wangi dan mampu membuatkan orang disekeliling tertarik dengan bau wangian yang saya gunakan.
DASHING Anytime EDT
Dashing Anytime EDT ni sebenarnya adalah produk wangian terbaru oleh DASHING yang bersaiz kecil dan trendy. Ianya sesuai dibawa ke mana-mana kerana ianya muat dimasukkan di dalam poket. Terdapat 4 jenis pilihan wangian yang sangat harum dan sesuai buat jejaka moden yang mementingkan imej. Saya sendiri menggunakan produk DASHING seperti talkum dan deodorant jadi bau DASHING Anytime EDT ni sudah sebati dengan diri saya.
Apa yang menariknya, kesemua wangian yang disediakan sangat bersesuaian dengan mood dan situasi kita bagi menyesuaikan dengan keadaan badan.
COOL
Wangian gabungan Bergamot dan Galbanum, dilapisi dengan Amber dan Kasturi, variasi wangian ini direka khas untuk membangkitkan personaliti maskulin yang ‘cool’ secara semulajadi. Sesuai dipakai untuk urusan kerjaya terutama yang melibatkan temujanji, mesyuarat mahu pun temuduga.
ACTIVE
Khas untuk lelaki lasak sesuai dengan namanya, adunan haruman Fougere digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Ia membangkitkan aura maskulin aktif dengan personaliti berkeyakinan. Pilihan terbaik untuk aktiviti-aktiviti riadah dan bersukan.
ULTIMATE KICK
Bagi anda yang sering terlibat dalam urusan ‘outdoor’. Ultimate Kick adalah pilihan terbaik. Berkonsepkan ala musim panas yang aktif, ia mengadunkan citrus lemon dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan haruman kayuan serta rempah.
HATTRICK
Gabungan unik kesegaran Epal sitrus yang diadun bersama aroma bunga dan calitan Amber, Hattrick menyemarakkan personaliti seorang pemenang. Pilihan terbaik untuk ke majlis-majlis rasmi dan keramaian, tetapi hati-hati… khuatir ramai gadis-gadis yang terpikat nanti :).
Dengan hanya berharga RM7 sahaja, DASHING Anytime EDT sememangnya diantara produk wangian wajib dimiliki oleh setiap jejaka. Tak kira masa dan tempat, ianya mampu memberikan kesegaran dan wangian segera yang optimum.