Category - Foods & Restaurants

Ayam Goreng Korea di Pelicana Chicken

Salah satu makanan yang terkenal di Korea selain Kimchi adalah ayam gorengnya yang unik dan sedap. Dikatakan ayam goreng Korea ni menggunakan rempah dan perapan istimewa sehingga ayamnya berwarna merah kemerahan. Oleh kerana saya teringin sangat nak rasa sedap sangat ke ayam goreng ni, jadi saya pun ke restoran makanan korea iaitu Pelicana Chicken yang terletak di Atria Mall.

Ayam Goreng Korea ataupun Yangnyeom Chicken merupakan menu utama kat sini sehingga ada macam-macam jenis perisa ayam goreng dari yang pedas, biasa, BBQ hinggalah Bawang Putih. Sebelum makan kat sini saya dah pastikan Pelicana Chicken ni adalah HALAL dan menggunakan bahan-bahan yang Halal. Info ni dimaklumkan sendiri oleh pemilik Pelicana Chicken cawangan Atria Mall. Walau bagaimanapun, sijil Halal masih belum dikeluarkan kerana masih di dalam proses permohonan.

Pelicana Chicken Malaysia

Set menu Ramen

Pelicana Chicken Malaysia

Set Peli Jumbo Fillet Burger

Read More

 10,835 total views

Chiba Sweet Potato is now in Malaysia

Hi! Today I’m really excited to share with you guys one of the unique food from Japan and it’s the Chiba Sweet Potato. Chiba is actually located just right next to Tokyo and the home to Narita International Airport and Tokyo Disneyland. Because of the perfect weather and nature, Chiba main sector is agriculture and plantation. They produced lots of quality fruits and vegetables such as carrots, corns, watermelons and of course Sweet Potatoes.

Today, we are very lucky because we can get to taste Chiba Sweet Potato here in Malaysia. Chiba Prefecture start to market this potatoes this year and it already available in several supermarket such as Village Grocer in Bangsar. But how it really taste?  Read more to find out.

Chiba Sweet Potato

At Village Grocer Bangsar

chibakun

Did you know CHI-BA+KUN is the mascot of Chiba and its actually come from the shape of Chiba Prefecture. It’s really cute isn’t it? Read More

 8,412 total views

Makan Sedap dengan Rapid Cuisine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rapid Cuisine. Sebenarnya Rapid Cuisine adalah syarikat bumiputra yang mengeluarkan makan instant versi kotak dan ready to eat. Kalau sebelum ni kita dah terbiasa dengan jenama lain, tapi Rapid Cuisine membawa kelainan di dalam setiap hidangan mereka. Buat masa ini Rapid Cuisine telahpun mengeluarkan 4 pilihan makanan berasaskan nasi dan lauk iaitu Briyani Rice Chicken Ginger, Briyani Rice Beef Rendang Tok, Briyani Rice Chicken Mix Herbs dan Briyani Rice Mutton Mix Herbs. Semua pilihan makanan Rapid Cuisine ini dijamin HALAL dan mempunyai logo keluaran JAKIM.

Rapid Cuisine Malaysia

Diantara pilihan makanan Rapid Cuisine

Rapid Cuisine Malaysia

Briyani Rice dan Beef Rendang Tok

Saya dimaklumkan Rapid Cuisine hanya menggunakan bahan segar dan tidak menggunakan bahan pengawet ataupun perasa tambahan di dalam hidangan mereka. Kebanyakkan pengeluar makanan segera, gemar menggunakan perasa tambahan bagi melambatkan tarikh luput serta menjimatkan kos. Patutlah Nasi Briyani Rendang Daging Tok Rapid Cuisine sangat sedap seperti sedang menikmati nasi briyani di kenduri kahwin. Read More

 3,891 total views

Tosca saji masakan Itali sebenar

Semasa saya menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. saya juga turut diperkenalkan dengan restoran Tosca yang terletak di tingkat 13 hotel ini. Meskipun berada di dalam bangunan yang sama, Tosca menyajikan makanan yang berbeza dengan “Makan Kitchen” yang terletak di ground floor. Dengan berkonsepkan masakan Itali, Tosca merupakan restoran yang ideal bagi mereka yang inginkan suasana makan yang eksklusif ataupun private dinner.

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Restoran Tosca

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Suasana di luar Tosca

Restoran Tosca terletak bersebelahan dengan swimming pool. Berkonsepkan live kitchen, kita boleh nampak chef menyediakan pizza dan juga chef akan memasakan pasta mengikut permintaan kita. Terdapat juga sebuah bilik makan khas yang mempunyai pintu kaca bagi memberi peluang pengunjung menonton aksi menarik di dapur ketika sedang makan.  Read More

 2,439 total views

Hari Ahad di Rimba dan Rusa

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menjamu selera di sebuah restoran yang mempunyai nama yang sungguh unik iaitu Rimba dan Rusa. Restoran ini bukanlah terletak di dalam hutan dan makan bersama rusa, tetapi ianya terletak di Kota Damansara berdekatan dengan Sunway Nexis. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di simpan jalan utama. Bila menjejakkan kaki ke dalam restoran Rimba dan Rusa, barulah saya tahu rupanya restoran ini di bawah pengurusan Wonder Milk yang terkenal dengan kek yang sedap.

Rimba & Rusa

Rimba & Rusa

Rimba & Rusa

Restoran Rimba & Rusa terletak ditepi simpang utama

Rimba & Rusa

Suasana di dalam Rimba & Rusa

Dekorasi di dalam Wonder Milk sudah tentulah bukan biasa-biasa. Ianya sangat cantik dan mempunyai konsep tersendiri. Dari rekaan kaunter, warna meja, susunan lampu hinggalah kepada pilihan makanan, Rimba dan Rusa nampak eksklusif dari semua sudut. Secara umumnya makanan di sini agak mahal sedikit kerana kualiti dan enrivonment sekitar.  Read More

 8,406 total views

Makan “Kueh” di Shah Alam

Kalau petang-petang memang layan je kalau dapat minum teh tarik sambil makan kuih. Lagi sedap kalau dapat makan kuih-muih tradisonal macam lepat pisang ataupun lempeng. Mana nak cari ye?

Di Shah Alam, terdapat sebuah kafe yang memang khusus menjual kuih-muih tradisional yang diberi nama Kueh. Terletak di Seksyen 13, kafe Kueh ni sangat senang untuk dicari kerana signboard “Kueh”nya dari jauh dah boleh nampak.

Kafe Kueh

Kafe Kueh

Maaf, WIFI takde

Kafe Kueh

Read More

 13,653 total views

Suasana Meriah di Johor Steamboat

Kali ni kita nak cari steamboat yang terkenal di Johor iaitu Johor Steamboat. Sebenarnya saya tahu mengenai Johor Steamboat ni melalui radio BestFM yang iklannya diulang-ulang setiap hari. Saya ni kan setiap hari wajib dengar radio BestFM. Saya pun tak tahan terus pergi ke Johor semata-mata nak tengok sendiri steamboat kat sini.

Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran ni sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Restoran ni sangat ramai orang dan seolah-olah ada kenduri kahwin sebab sangat meriah. Suara DJ kat sini dah macam sedang mengacarakan kenduri ataupun station radio.

Johor Steamboat

Makan jangan tak habis, nanti kena denda

Johor Steamboat

Suasana meriah di Johor Steamboat

Read More

 16,743 total views

Toran Coffee Istimewa di Shah Alam

Selepas saya melihat gambar dan banyak review mengenai sebuah restoran hispter di Shah Alam, saya dah lama berhajat nak mencubanya sendiri. Restoran yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni, tiba-tiba trending tahun lepas apabila menu Toran Coffee mereka yang menggunakan aiskrim, nutella dan macam-macam lagi diperkatakan di sosial media. Setiap hari penuh sehingga tak jemputpun saya datang review.  Tapi apa-apapun, Toran Coffee ini adalah sebuah kafe hispter di Shah Alam yang wajib bagi orang Shah Alam. Memang rugi kalau tak datang. Jom ikut saya makan malam di sini.

Toran Coffee

Suasana di dalam Toran Coffee

Toran Coffee mula dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Terdapat 2 ruang makan iaitu di dalam dan di luar. Ruang makan di luar lebih santai dan rileks dengan perkhidmatan shisha pada waktu malam. Sekiranya datang dengan keluarga, saya cadangkan makan di ruang dalam. Oleh kerana Toran Coffee ni sentiasa penuh, saya sarankan kalau datang dalam kumpulan yang besar, cubalah booking dulu.

Toran Coffee

Pasta Salmon

Di sini mengamalkan sistem layan diri. Pelanggan sendiri yang kena buat order di kaunter dan terus buat pembayaran. Rasanya macam takde masalah sebab kitapun dah biasa dengan sistem macam tu. Cuma sedikit masalah iaitu menu di Toran Coffee ni semuanya takde gambar, jadi kenalah banyak bertanya sikit masa nak first time buat order di kaunter. Jangan risau sebab petugas di kaunter ni rajin memberi penerangan dan mencadangkan menu kepada pelanggan. Read More

 7,995 total views

Asam Pedas Claypot Melaka

Kalau datang ke Melaka memang tak sah kalau tak makan asam pedas Melaka yang original. Sebenarnya ada terlalu banyak pilihan asam pedas di Melaka ni dari exit tol Air Keroh sampailah ke Menara Taming Sari ada saja gerai asam pedas di kiri dan kanan jalan. Sebelum ni saya dah try Asam Pedas Hajah Mona yang sangat terkenal dan saya pun dah pernah jatuh hati sampai makan dua tiga kali di tempat yang sama.

Tapi kalau tanya orang Melaka sejati, kebanyakkannya akan recommend Asam Pedas Claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. Setelah saya sendiri merasai sendiri asam pedas kat sini, barulah saya tahu kenapa. Teruskan membaca.

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot

Set nasi putih bersama sambal, sayur dan telur asin

Asam Pedas Claypot ni dibuka pada lewat petang sehinggalah waktu malam. Kat sini lebih happening pada waktu malam dan tak putus-putus dengan orang. Walaupun tempatnya agak terpencil dan tiada kedai-kedai lain disekelilingnya, tapi restoran Asam Pedas Claypot ni memang menjadi tumpuan orang ramai. Pelbagai pilihan asam pedas kat sini seperti ikan pari, ikan parang, ikan kembung dan favourite saya daging tetel. Satu set asam pedas iaitu bersama sepinggan nasi dijual dengan harga RM10 sahaja. Read More

 27,471 total views

Roti Bakar dan Pisang Cheese Eddy

Pisang Goreng Cheese mungkin dah terlalu banyak dan viral di Malaysia. Tapi tahu tak, sebenarnya menu pisang cheese adalah berasal dari Indonesia yang telah diubah suai. Kalau sesiapa yang pernah ke Indonesia, pasti dah tahu macam mana mereka begitu fanatik dengan cheese. Kalau boleh semua jenis masakan, mereka akan masukkan cheese. Tak kurang juga dengan menu istimewa  Roti Bakar dan Pisang Cheese di kedai Roti Bakar Eddy yang melimpah dengan cheese. Saya berpeluang merasainya sendiri di Roti Bakar Eddy yang terletak di Jakarta.

Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy di Taman Mini Indah Indonesia

Roti Bakar Eddy

Di antara menu Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy

Teh Botol minuman wajib di Jakarta

Saya dimaklumkan, kedai Roti Bakar Eddy ni terdapat beberapa cawangan di Jakarta. Susah saya nak sebut dan ceritakan mengenai satu-satu cawangan yang ada, tapi bolehlah cuba google dulu sebelum datang ke Jakarta.  Read More

 6,149 total views