Baru-baru ini pengeluar jenama komputer ternama iaitu Dell baru saja melancarkan satu lagi komputer terbaru mereka. Set komputer terbaru ini berkonsepkan All-in-One Desktop yang sesuai digunakan untuk sebarang tujuan termasuklah untuk permainan ataupun pembelajaran. Set komputer ini diberi nama Dell Inspiron 23 7000 All-in One Touch Screen Desktop yang lengkap dengan fungsi skrin sesentuh.
Saya bakal mencuba sendiri Dell Inspiron 23 7000 ini di acara Dell InnoLifestyleBoot Camp yang akan berlangsung tak lama lagi. Tapi sebelum itu, jom kita tengok apa-apakah ciri-ciri menarik pada komputer ini.
Saya adalah penggemar jam tangan pintar ataupun Smartwatch. Walaupun saya tak mampu membeli setiap smartwatch yang berada di pasaran, tapi saya sangat mengikuti perkembangan teknologi wearable ini. Saya sendiri memiliki Sony Smartwatch 2 dan masih menantikan Sony Smartwatch 3 memasuki pasaran Malaysia. Pada penghujung tahun lepas, smartwatch Moto 360 dari Motorola sangat mendapat perhatian pengguna teknologi dunia kerana design nya yang menarik. Adakah Moto 360 ini smartwatch paling bagus setakat ini? Mari baca artikel mengenai pengalaman sebenar saya.
Perasan atau tidak tahun 2014 adalah tahun bagi gajet wearable bagi penggila gajet seluruh dunia. Diantara jenis wearable yang sangat terkenal sekarang ini adalah Smartband dan Smart Watch. Walaupun Smartband tidak sepenting dan tidak mempunyai high demand berbanding SmartWatch namun ianya masih mempunyai tempat di pasaran teknologi. Kali ni saya nak bawa anda semua melihat sejauh manakah Sony SmartBand mampu membantu kehidupan seharian.
Sony SmartBand
Rekaan gelang getah yang selesa
Selain Sony, terdapat beberapa jenis SmartBand lain yang telah berada di pasaran seperti Jawbone dan Samsung. Secara asasnya, SmartBand adalah sejenis Fitness Tracker yang berfungsi menyimpan data pergerakan kita seperti berlari dan berjalan. Data tersebut kemudiannya dipaparkan di Smart Phone untuk dianalisis. Ya, memang betul ianya lebih sesuai bagi seseorang yang mementingkan kesihatan seperti ahli sukan dan sebagainya. Tapi, Sony SmartBand menawarkan lebih dari itu.
Untuk review saya kali ni saya menggunakan Sony Smartband SWR10 dan bukannya Sony Smartband Talk yang terbaru. InsyaAllah kalau Sony Malaysia mahu menaja saya untuk review Smartband Talk nanti barulah saya akan buat entry yang baru. Read More
Semalam secara rasminya ahli keluarga Sony Xperia Z3 telahpun mula dijual di Sony Store seluruh Malaysia. Bagi peminat kipas susah mati produk Sony pasti teruja dengan barisan gajet baru ini sekali gus berkira-kira untuk menaik taraf dari xperia yang lama. Rasanya belum sampai 6 bulan, Sony Xperia Z2 berada di pasaran dan tiba-tiba Xperia Z3 muncul dan terus mengenepikan Z2. Mungkin hanya terdapat beberapa perubahan saja yang diberikan pada Xperia Z3 namun saya amat suka dengan perubahan yang diberikan.
Walaupun Samsung telah mengumumkan Galaxy Note 4 mereka semalam, namun saya harap masih tidak terlambat untuk berkongsi mengenai salah satu ahli keluarga mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S. Sebenarnya, saya selalu membaca mengenai peranti Samsung tetapi tidak pernah betul-betul menggunakan apa-apa peranti Samsung. Samsung seperti yang kita tahu kerap mengemas kini peranti mereka dan kadang-kala kita tidak terkejar dengan teknologi yang mereka bawa. Adik beradik Galaxy Tab pula sungguh banyak berada di pasaran hingga kita pun keliru dan terlupa nama-nama mereka. Namun begitu, kali ini saya ingin kongsikan mengenai Galaxy Tab S yang akan membuatkan anda akan mengingati namanya selepas selesai membaca blog ini.
Samsung Galaxy Tab s
Home button dan fingerprint scanner
Galaxy Tab S didatangkan dalam dua saiz iaitu 8.4-inci dan 10.5-inci. Kedua-dua pasangan saiz ini kerap dibandingkan dengan iPad Mini Retina dan iPad Air kerana skala saiz yang yang hampir sama. Saya tidak pasti apakah maksud “S” pada nama Tab ini tapi saya boleh simpulkan ianya mungkin untuk “Screen” ataupun “Sharp”. Tab ini dilengkapi skrin ber resolusi sangat tinggi iaitu 1600 X 2560 pixel iaitu bersamaan ~359 ppi yang dipanggil teknologi Super AMOLED. Jadi tak hairanlah ramai yang mudah jatuh cinta pandang pertama apabila pertama kali menatapi skrin Galaxy Tab S. Resolusi skrin pada Tab S lebih tinggi dari kebanyakkan TV kita yang berada di rumah (selain TV 4K). Read More
Meskipun iPhone 5s telah lama berada di pasaran dan kini kita setiap hari dikemas kini dengan gambar terbaru iPhone 6 namun, kali saya ingin berkongsi sesuatu yang sedikit berbeza mengenai iPhone 5s. Ini bukanlah review teknikal mendalam mengenai iPhone 5s tetapi ianya lebih kepada penggunaan bijak dan keperluan sebagai seorang blogger. Topik ini saya ketengahkan diantara lain bagi menyahut cabaran oleh kumpulan blog terkenal DenaiHati di dalam peraduan iPhone 5s bagi entry blog yang terbaik.
Rupa sisi iPhone 5s
Kamera iPhone 5s tidak pernah mengecewakan
Seperti sedia maklum, saya sangat selesa dan sudah sebati dengan eko sistem iOS. Menggunakan iPhone 5s sebagai telefon harian umpama membawa kereta Ferrari di lebuh raya. iPhone 5s sememangnya memudahkan seseorang blogger di dalam mengemas kini blog masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi “Blogger” ataupun “WordPress“, seseorang blogger boleh meng-edit blog dengan mudah dan pantas tanpa mengira masa dan tempat.
Kamera pada iPhone 5s juga merupakan diantara kamera yang paling mudah digunakan dan menghasilkan gambar yang cantik. Saya sangat suka shortcut pada menu hadapan untuk mengambil gambar. Ianya sangat cepat dan membolehkan kita mengambil gambar secara pantas untuk pengisian pada blog. Walaupun ianya hanya dilengkapi dengan 8MP namun kualiti gambarnya mampu mengalahkan kamera yang mempunyai MegaPixel yang lebih tinggi. Read More
Meskipun Sony Xperia Z2 telah lama berada dipasaran tetapi saya masih mahu berkongsi pengalaman saya menggunakan smartphone dari Sony ini. Selain dari menjadi pengguna setia product Apple, sebenarnya saya juga adalah secret admire bagi produk Sony. Saya merupakan diantara pengguna terawal Sony Xperia Z2 ketika ianya dilancarkan di Malaysia dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Teruskan membaca.
Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli Z2, saya sudah membuat berbulan-bulan kajian dan meneliti pelbagai jenis review antarabangsa. Untuk mula menggunakan telefon Android juga merupakan satu keputusan yang berat saya lakukan, kerana saya adalah penggemar ekosistem iOS. Read More
Bagi pengguna tegar Instagram pasti dah mula perasan dengan iklan aplikasi “Bolt” di atas Instagram anda meskipun dah download aplikasi tersebut. Saya sendiri sudahpun mencuba aplikasi Bolt ni selama seminggu. Pada mulanya first impression saya terhadap aplikasi ni adalah sangat menakutkan dan bahaya. Kita boleh menghantar gambar secara pantas dan sekelip mata kepada orang lain tanpa sempat memastikan gambar apa yang dihantar. Ini adalah kerana aplikasi Bolt ni sememangnya dicipta untuk pengguna menghantar mesej bergambar kepada kawan-kawan. Dengan interfacenya yang sangat clean dan simple, pengguna kali pertama pasti akan tersalah hantar.
Zaman sekarang ini platform YouTube sudah menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi semua pengguna internet. Macam-macam video dan cerita yang boleh ditonton di YouTube dari drama,iklan, muzik video hinggalah kepada program masakan. Jom kita tengok 10 YouTube Channel yang paling popular di Malaysia. ( Ranking ini adalah mengikut kemas kini pada 5 Ogos 2014)
10. Sunnah Rasul (215, 097 Subscribers)
Channel Sunnah Rassul ini mengumpulkan video-video ceramah berkaitan Islam dari serata dunia. Kebanyakkan video ceramah agama di channel ini adalah di dalam bahasa Inggeris.
YouTube Channel DanKhoo pula terkenal dengan video log nya yang mengambil topik berkaitan dengan isu semasa sebagai topik videonya. DanKhow juga suka menggunakan konsep “Manglish”bagi menyesesuaikan dengan minat penonton di Channelnya.
Malaysia Kini Channel seperti versi Laman web dan Facebooknya, channel ini mengumpulkan berita-berita semasa dari dalam dan luar negara di dalam bentuk video. Nampaknya agak ramai juga yang gemar menonton berita melalui Channel Malaysia Kini selain dari Channel Astro Awani.
Sebagai peminat produk Sony, saya memang takkan terlepas untuk mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru oleh Sony iaitu Sony Xperia C3. Telefon ini direka khusus untuk pengila Selfie dengan beberapa features menarik yang menjadi perbezaan dengan telefon pintar keluaran Sony yang lain. Features utama adalah camera hadapan iaitu sebanyak 5.0 megapixel yang mana kebanyakkan telefon sekarang menawarkan sekitar 1.8 hingga 2.0 megapixel sahaja. Selain itu, camera hadapan juga didatangkan dengan flash dan menggunakan lens wide 25mm sesuai untuk selfie di dalam kumpulan. Aplikasi cameranya juga telah ditambah dengan aplikasi baru iaitu “Portrait Retouch” yang membolehkan pengguna mendekorasi gambar selfie sendiri ataupun kumpulan dengan beberapa tools tambahan seperti makeup, club dan sebagainya.