Yang pasti pada tarikh topik ni ditulis, GENG telah pun bermula tayangannya dan hari ini genap hari ke 5 tayangan. Bermula dari sebelum dan selepas tarikh tayangan saya begitu sibuk sehingga tarikh 12 Feb 2009 pun saya tak dapat update blog pasal tarikh tayangan.
Poster GENG di pawagam
Review? Oklah, takkan la saya nak review pasal filem GENG. Just, nak kongsi mengenai pendapat dan pengalaman yang dilalui sebagai salah seorang krew Les’ Copaque terhadap filem GENG ni.
Nampak sahaja poster GENG di panggung wayang memang memberikan impak kepada semua staff Les’ Copaque. Bukan sebab design atau printing posternya… tapi saya ingat lagi pada peringkat awal dulu semasa proses nak hasilkan GENG… masing2 percaya yang kita mampu buat filem.. tapi tak tau bila akan siap… semuanya diexplore sendiri. Dari animation, rendering nak render berapa besar untuk wayang… kalau nak render kat renderfarm macam mana nak start.. semuanya tertanya-tanya dan masih kabur-kabur ketika itu. Sebab itulah kalau nampak je poster GENG di pawagam mostly staff LCP akan terasa sebak… (sikit la..) sebab semuanya kita usaha sendiri.
Kalau tanya sapa2 staff LCP dorang akan cakap yang untuk hasilkan GENG ni bukanlah sesuatu yang mudah… semua orang atleast sekali pernah terdetik untuk putus asa kerana tanggungjawab yang dipikul sangatlah berat.. tapi oleh kerana semuanya percaya dan saling memberikan semangat diantara satu sama lain, akhirnya usaha itu tak pernah padam. Saya tak dapat bayangkan apa yang akan saya lakukan sekiranya saya bukan salah seorang staff LCP. Bukan sahaja buat apa yang saya suka, tapi bekerja di LCP bagaikan sebuah keluarga yang besar. Kebanyakan dari kami meluangkan masa bersama lebih dari luangkan masa dengan orang lain.
Hampir 3 tahun saya di sini.. bukan sahaja bangga kerana mempunyai team yang mempunyai kerjasama yang tinggi, tetapi selama 3 tahun ini GENG juga telah berjaya merubah cara pemikiran dan pendirian saya. Saya masih ingat pada peringkat awal diterima kerja, saya hanya ingin mahir dalam rendering sahaja… kalau tinggi sikit pun mungkin nak render animation yang lebih cantik dari biasa.. itu sahaja.
Selepas diduga dengan pelbagai cabaran, diam tak diam saya sudah menceburi banyak bidang. Saya pernah menjadi render artist, storyboard artist, web designer, modeller, pernah jadi animator sekejap dan yang terbaru ialah bergiat dalam pengurusan event. Kalau dulu saya takut nak present, tapi sekarang saya berebut nak present. Begitu banyak masalah yang pernah saya harungi di dalam GENG sehingga saya rasakan masalah yang lain begitu mudah nak diselesaikan.
Antara kata-kata semangat yang selalu saya pegang ialah :
1. TO BE GREAT LEADER YOU HAVE TO BE GOOD FOLLOWER 2. LEADER IS A ROLEMODEL
Oklah, kita bercakap pasal GENG pulak…
Bermula sahaja tayangan GENG dipawagam, nampaknya banyak gila respon yang amat baik diterima dari pelbagai sumber seperti blog dan website. Saya sendiri sudah tengok beberapa kali sebagai penonton. Perasan semasa menonton GENG bersama-sama orang lain dipawagam amat berbeza kerana saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Sekiranya orang lain sedang focus pada jalan cerita, saya pula sedang focus kepada shot number, rendering dan macam2 lagi… memang tak boleh lari, sebab dah bertahun-tahun buat.
Antara scene yang paling saya tunggu2 ialah scene suspen. Saya tunggu reaction orang ramai kerana scene ini ialah scene yang paling menonjol. Kebanyakan penonton akan menjerit bila nampak hantu durian dan membuat bunyi “eeeee” bila nampak lipan di kepala Rajoo (tak spoiler ye… ada dlm trailer). Bila part kelakar pula, ada yang gelak sampai terbatuk-batuk. Memang susah nak buat orang ketawa sebenarnya…
Bila part ending pula, ramai orang yang beri tepukan gemuruh… dan ada juga yang tidak sabar nak keluar panggung. Tapi kat GENG ada beberapa ending… kadang2 saya bercakap dalam hati, jangan la keluar lagi.. still ada lagi ni… Seolah2 mendengar apa yang saya fikirkan.. penonton akan berhenti dikaki tangga bila ending istimewa itu muncul… Semasa inilah, gelakan dan tepukan yang paling hebat saya dengar…. Tak kurang juga yang sambil turun tangga tu, sempat pula bercakap “Memang berbaloi la RM11 aku ni”.
Rasa penat lelah selama ini seolah-olah berbayar dengan hanya mendengar pujian dan rasa puas hati dari orang ramai. Perasan seumpama ini sungguh priceless. Tak pernah terbayang saya akan berada diposisi sebegini dulu. GENG seolah-olah telah menjadi 1 fenomena baru dalam dunia animasi dan hiburan di Malaysia.
Apa yang saya harapkan filem GENG ini berjaya mencapai target RM10 juta. Kepada sesiapa yang tidak tahu, budget filem GENG ialah RM4 juta lebih. Kutipan wayang akan dibahagikan kepada pihak wayang yang kebiasaanya lebih kurang 50% dari jumlah kutipan. Ini bermakna dari RM10juta, kami hanya mendapat RM5 juta bersih. 5% dari jumlah ini pula perlu diberi kepada distributor. Jadi jumlah bersihnya sekitar RM4 juta lebih. Sasaran ini hanya untuk memulangkan semula modal budget filem dan bukannya untuk mengaut untung.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menonton filem GENG. Dialog “Kita semua GENG” sememangnya sinonim dengan LCP dan semua peminat serta pihak yang pernah bekerjasama.
Seperti yang kita tau, filem GENG hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ditayangkan di pawagam. Semasa artikel ni ditulis actually hanya tinggal 4 hari lagi… Jadi mungkin juga telah ramai yang sudah menyaksikan The Making Of GENG yang sudah pun ditayangkan di tv melalui beberapa saluran seperti astro ria, tv9, tv3, ntv7 dan juga RTM.
Semua proses yang diambil semasa proses penghasilan GENG diterangkan di dalam TMO ni dengan gaya dan cara Les’ Copaque tersendiri. Setakat ni respon yang diterima terhadap TMO sangatlah memberansangkan. Kebanyakannya berpendapat TMO yang dihasilkan ni sungguh unik dan kelakar. Terima kasih kepada semua yang betul2 suka TMO ni.
Ye, jangan betulkan siaran TV anda kerana memang itulah muka saya. Muat jugak masuk TV. hehehe. Skrip buat sendiri jadi ada byk jugak la tersasul sana sini. Sejak dah masuk TMO ni, ada jugaklah yang dah cam muka saya bila jumpa di tempat public. Siap ada yang nak bergambar.
Jadi kepada yang masih belum menyaksikan TMO ni, anda boleh menonton video TMO ni di http://www.gengthemovie.com
Trip ke majlis perkahwinan kakak kepada salah seorang opismate ni berlaku pada cuti raya cina. Memang jarang-jarang orang buat wedding time2 hari cam ni.. sebab jatuh pada hari selasa. Tapi yang penting sekali pada hari ni semua orang dapat datang untuk menyaksikan pengantin di atas pelamin.. hehe.. Wedding ni bertempat di Gombak.. actually Taman Sri Gombak, tapi dekat2 la tu…
Gambar bersama opismate iaitu Hanif. Kakak dia la yang kawin.
Eilham : Tak kasik ang pau tak nak pandang
Semasa balik… Azi : Eilham!… Ok la ok la… Auntie kasik ang pau
Yay, what a great feeling. This issue of Gempak features GENG as front cover. Its not just about the cover, but it is something that I discuss with GEMPAK editor, Ayour 3 month ago. At first ,I discovered to put GENG as front cover it is something impossible especially for a local animation. Ayour said it is depends on the demand of the market and the win-win situation for both parties. Starting from there I work with Ayour, give him good writeup, materials and try to make this cover something that can come true.
After sometimes, popularity GENG is starting to build up. We got an offer actually to put GENG as front cover from GEMPAK’s marketing person.Finally everything is just right for us. We get the right timing and we got the demand from them as well. Now, before you know it GENG is on the GEMPAK’s cover. Now, if we go to any bookstore and magazine shop we can see GENG on GEMPAK’s cover. I believe it deserve to be there. At one time I notice a boy run from far to buy GEMPAK and screaming “Upin.. Ipin”. What a feeling.
I starting to believe, this kind of promotion is somehow better than billboard. You only can see billboard once and only at one place.. no matter how big the billboard are… But, magazine cover we can see in all over Malaysia in any bookstore… is like moving promotion…
I will not stop here. You guy will see some other magazine put GENG as cover as well for the Feb’s issue. Im still working on it. Just wait for the result…
Akhirnya salah 1 event yang dinanti2 kan telah pun berlalu. Sebab dinanti2 kan tu bukan apa, cuma sebab banyak perancangan yang telah dibuat dan banyak perubahan last minit sebelum event ni berlangsung. Event di MITC Melaka ni diadakan sepanjang 3 hari dan hampir semua krew LCP turun padang. Best!
Ha, watak Upin Ipin digunakan sebagai banner, bunting disetiap ruang yang terdapat di Melaka ni. Pandai jugak designer dorang buat nampak macam blend dengan tema MITC.
Ha, adik berdua nilah yang jaya memupuk saya untuk kasik button badge Mei Mei dan Ehsan sebab masa hari tu badge tu masih belum dijual kat booth kitaorg. Hmm.. nasib baik adik2 pandai pujuk dan comel…
Yay, pada masa tu tak lepas peluang bergambar dengan artis. Tapi yang ni saya tolong amik kan aje…Mila memang teringin sangat nak bergambar dengan Upin Ipin. Oleh kerana nak cepat masa tu jadi tak sempat amik gambar sendiri dengan Mila. Haihhh… Tengok gambar aje pun takpela..
Ni Salima (AF)… pun saya tak sempat amik gambar, sebab dia jauh sangat. Tapi, pada hari2 yang lain sempat amik gambar dengan beberapa artis yang lain. Nak tau sapa? kena tunggu post2 lepas ni.. hehe
Ni bukan bergambar dengan artis, tapi bergambar dengan peminat…
Banyak lagi aktiviti yang berlaku di Melaka sepanjang 3 hari tu. Post lepas ni akan tunjuk lebih banyak tentang aktiviti2 tersebut… Tungguu!
Yay, Website baru Les’ Copaque dah pun siap. Pada siapa2 yang tak pernah tengok lagi, silalah tengok sekarang. http://www.lescopaque.com . Kali ni layout website ni lebih kemas, tanpa shoutbox, semua website links kat mainpage dan beberapa ciri2 lain yg lebih kemas.
Selepas ni website ni pun kalau ada update kecil2 dari segi contents atau gambar saja. Any comments?
Seminggu selepas jayanya open house untuk Fanclub Upin Ipin di opis Les’ Copaque, minggu selepas tu pula open house Les’ Copaque pula diadakan. Kali ni tetamu nya pula ialah ahli keluarga Les Copaque sendiri dan semua pihak2 yang pernah membantu Les Copaque.
Pada hari tu semua team Les Copaque selain melayan tetamu semuanya jugalah yang menjadi ajk majlis tersebut. Adalah yang kena buat air, angkat kerusi dan macam2 lagi.
Sebahagian team Les Copaque bergambar sebelum ramai tetamu datang. Kebanyakan tetamu datang pun time2 lunch hour. Ye lah nama pun Open House mestilah datang time makan~
Tapi sebelum orang lain datang, balik kami yang makan dulu. Makanan hari sedap betul. Dah la ada makanan special, kambing golek. huhuh~
Ha, ni antara tetamu istimewa dari MIMOS. Kira macam wakil dari MIMOS la ni… sebab dia sorang je yang datang. Walaupun meluangkan masa yang singkat aje pada haritu, tapi saya memang amat berterima kasih pada wakil MIMOS ni iaitu En Sidek.
Saje2 abis kan masa, bergambar dengan Yuki. Baju dia baru beli kat Jusco.
Ha, ni dengan Ed pulak. Bukan apa.. cuma baju kitaorang dah 2 minggu sama kaler.
Ye, ni pulak ayah saya masa baru sampai kat carpark. Ye, memang berbeza tang rambut.
Ni mak saya yang bergambar bersama Fathiah pada hari tu. Mak saya yang baju hitam tu ye… yang baru putih tu kawan dia.
Apa Ayman nak lagi ni? Nak teh tarik satu? Sori lah Geng Corner hari ni tak buat teh tarik la…
Itu saja lah secara kasarnya acara pada haritu. Walaupun penat namun terasa berbaloi bila tengok ramai orang yang berpuas hati pada hari tu.
Sekali lagi saya diundang untuk beri talk yang berkaitan dengan animasi dan Les’ Copaque. Kali ini saya ditemani Nizam ke Penang sempena hari terbuka anjuran semua kolej komuniti. Semua kolej komuniti seperti dari kepala batas, selayang, segamat dan banyak lagi turut bersama-sama pada hari event tersebut.
Saya dan Nizam bergilir-gilir memberi talk dalam masa 2 jam lebih
Ramai jugak yang datang ke booth kami.
Ha, antara adik comel yang datang ke booth pada hari tu.
Sempat jugak bergambar dengan adik ni.
Di bawah ni gambar bersama2 tenaga kerja yang menjayakan event pada hari tu.
Yang last ni bergambar bersama orang kuat dari G3 iaitu Gayour, Padi dan beberapa orang lain lagi. Overall sambutan events pada hari tu amat menggalakan. Ramai yang beli baju Upin & Ipin.. cuma masalahnya tak cukup stok dan design. Jadi lepas ni kami akan provide lebih byk stok dan design yang lebih menarik.
p/s : lebih 4 jam drive ke penang… (tapi gilir2 la)
Buat pertama kalinya Les’ Copaque anjurkan rumah terbuka aidilfitri khas untuk fanclub Upin & Ipin. Maklumlah pertama kali jadi, banyak benda yang kena prepare dan banyak perkara yang boleh diperbaiki dan diimprove pada aktiviti pada masa depan. Saya salah seorang ajk yang merancang aktiviti ni jadi dari seminggu awal sebelum hari ni dah memang start sibuk.
Pada hari tersebut semua staff Les’ Copaque join dan bagi sokongan utk majlis ni. Yang seronoknya dari A sampai Z kami sendiri yang plan dan organize.
Antara staff2 yang sempat bergambar sebelum bermula majlis tersebut
Pada hari tu ramai adik-adik yang datang bersama parents dorang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin serta bersama pelakon suara.
Tengoklah ramai adik2 yang berebut nak bergambar
Adik ni comelkan?
Ada juga acara seperti sketsa pendek, kuiz dan permainan yang dihos kan oleh Kak Ros dan Mei Mei. Semua yang ada pada masa tu terhibur dengan persembahan mereka.
Ha, ni Kak Ros dan Upin/Ipin sedang buat cabutan bertuah. Semangat Fatiah membaca nombor yang dicabutnya tu.
Sempat bergambar bersama Yuki dan Idaman
Ni pulak semua staff lelaki yang kebetulan berbaju purple pada yang tersebut. Macam nasyid sikt pun ada.
Bergambar dengan semua staff Les’ Copaque yang menjayakan aktiviti pada hari tu. Best!
Don’t have internet access? Tired of waiting for the video to load? Can’t seem to enjoy the low resolution web videos? Fret no more! The Upin & Ipin: Setahun Kemudian (Ramadhan Edition, episode 7 – 12) DVD and VCD is now available for orders online. With high quality DVD (or VCD) videos of Episode 7 – 12, showcasing the twins adventure on the new Ramadhan month. Either log on to http://www.worldofgeng.com/ or come on over to the World of Geng store in Shah Alam and get it straight.