Ye, walaupun kita masih belum mula berpuasa tapi Mediaprima telahpun menganjurkan screening sempena Raya. Screening ni bertujuan untuk menayangkan program-program menarik yang akan disiarkan di stesyen TV di bawah Mediaprima seperti TV3, TV9, 8TV dan NTV7. Bertempat di Sunway Hotel, lokasi screening ini berkonsepkan raya. Bermulalah sehingga pakaian, makanan, musik dan segala2nya berkonsepkan raya.
Program bermula dengan presentation oleh Dato Seri Farid mengenai rancangan2 yang bakal ditayangkan nanti. Upin & Ipin akan ditayangkan di TV9 sempena raya nanti. Selepas lebih kurang 30 minit, majlis diteruskan dengan persembahan artis sambil tetamu dibenarkan menjamu selera.
Fabolous Cat ketika membuat persembahan
Upin & Ipin juga tidak terlepas memeriahkan majlis ini
Tomok bersama Upin & Ipin
Sebaik sahaja selesai majlis termasuklah tugas maskot Upin & Ipin saya bergambar dengan artis takat mana yang sempat. Tapi sebenarnya lebih banyak artis yang hadir cuma tak sempat nak amik gambar.
Bersama Ally Iskandar
Bersama Lisdawati
Oklah, simple event.. so simple writeup aje. So, lepas ni ialah event di Putrajaya. Nantikan updatesnya ye.
Update pada kali ini yang ingin dikongsi ialah mengenai event yang dipanggil FesSTIS ataupun Festival Sains Teknologi dan Inonasi Selangor. FesSTIS yang dianjurkan oleh negeri Selangor sendiri ini merupakan pertama kali diadakan dan merupakan salah satu langkah untuk menaikkan teknologi dan Inovasi di dalam negeri Selangor khususnya. Les’ Copaque tidak ketinggalan dijemput untuk memeriahkan acara ini memandangkan Les’ Copaque sememangnya ditubuhkan di dalam negeri Selangor.
Ketika upacara perasmian berlangsung
Acara pembukaan ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dipentas utama di Komples PKNS. Walaupun, dirasakan lokasi event yang dipilih agak kurang sesuai namun perjalanan acara ini berjalan lancar dan teratur. FesSTIS ini berlangsung sepanjang 3 hari dan seminggu sebelum acara ini berlangsung bunting serta poster mengenai acara ini telah memenuhi jalan-jalan di sekitar Shah Alam.
Suasana di atas pentas ketika sesi saya
Saya pula diamanahkan untuk mengadakan acara pentas pada sebelah petangnya. Pengunjung yang menantikan acara pentas ini memanglah ramai, lebih-lebih apabila dijadualkan akan ada kemunculan maskot Upin & Ipin pada akhir slot saya. Kebanyakkan pengunjung yang setia mendengar persembahan saya ialah adik-adik kecil serta bersama keluarga masing-masing. Oleh disebabkan itu, kebanyakkan dari persembahan saya diselitkan dengan screening Upin & Ipin dan juga kuiz Upin Ipin bagi memeriahkan suasana (kononnyala).
Ye, adik di belakang itu lah kita cari
2 + 5 berapa? tak tau kan?
Selain dari itu saya juga berkesempatan untuk berjumpa dengan finalis Raja Lawak Astro iaitu Syem. Dia ada juga membuat persembahan pentas tetapi pada hari sebelum saya. Actually, ni kali kedua saya berjumpa dengan Syem selain di program Read Malaysia tempoh hari. Syem ni memang sempoi dan kebolehan beliau ialah boleh membuat pelbagai bunyi karakter kartun seperti Donald Duck dan macam2 lagi.
Bersama Syem (Finalis Raja Lawak Astro)
Antara team yang menjayakan program pada hari terakhir. Saya, Juan, Nad, Nurul (Shima takde dalam gambar)
Seperti biasa selepas ini saya akan update mengenai event yang akan berlaku pada hujung minggu nanti. Banyak jugak event yang telah dilockkan setiap hujung minggu. Nampaknya hujung minggu saya akan dipenuhi dengan event. Tapi, takpe saya suka… selagi mampu buat, kita teruskan saja. Yang penting pandai nak hiburkan diri.
Assalamualaikum. Walaupun sebelum ni saya inform yang saya mungkin tak join Suarasa lagi.. tapi oleh kerana Suarasa kali ni agak dekat dan tak berapa jauh dari KL, jadi membolehkan saya untuk arrangekan diri sendiri untuk Suarasa kali ni. Bertempat di Seremban atau lebih tepat lagi berdekatan dengan Stadium Paroi, perjalanan ke Suarasa kali ini tidaklah memenatkan. Bahkan rasa tidak puas memandu kerana rasa terlalu sekejap sampai.
Suasana dipersekitaran suarasa seremban
Antara krew LCP yang turun
Keadaan dan suasana Suarasa kali ini bolehlah dikatakan hampir sama saje dengan Suarasa yang lain., cuma perbezaan ketara pada kali ini ialah lokasi setiap booth. Lokasi booth kami iaitu booth Adik di 9 boleh dikatakan agak strategi dan menjadi tumpuan orang ramai apa tah lagi bersebelahan dengan salah sebuah booth utama iaitu booth Celcom dan beberapa booth yang lain lagi. Namun begitu, setiap booth yang sangat berdekatan dengan salah satu ini terpaksa berlawan promosi dengan PA System masing2 untuk menarik crowds. Jadi suasana ketika itu bolehlah dikatakan agak bingit dan riuh.
Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin
Sesi karaoke bersama Upin & Ipin
Antara peminat yang tercengang melihat aksi Upin & Ipin
Seperti biasa, penampilan istimewa maskot Upin & Ipin menjadi salah satu faktor penarik di Suarasa. Maskot Upin & Ipin boleh dikatakan sempat berjalan disetiap booth kerana lokasinya yang begitu dekat. Selesai saja di pentas Adik di 9, Upin & Ipin seolah-olah berpindah pentas dan terus membuat persembahan di booth TV9 pula. Kebetulan timing masuk Upin & Ipin agak tepat sebaik sebelum pertandingan karoake bermula, jadi kemunculan maskot Upin & Ipin terus dijadikan sebahagian dari persembahan salah seorang peserta. Begitulah, aksi untuk kedua-dua hari untuk maskot Upin & Ipin.. mana booth yang sempat dilawati pasti berjaya menarik perhatian orang ramai.
Peminat kecil yang mirip dengan Mei Mei
Adruce ketika crossover bersama Upin & Ipin
Sheilla, Salina, Fazida bersama Fimie
Antara reaksi peminat kecil ketika aktiviti dijalankan
Hos atau pengacara di booth Adik di 9 kali ni pula ialah Adruce dan Fimie yang mengacarakan booth ini dengan pelbagai aktiviti seperti games dan kuiz. Adruce selain dari tu, kemunculan dia kali ni ialah untuk mempromosikan rancangan terbarunya iaitu Hartamania. Mak kepada Adruce ni pulak peminat Upin & Ipin. Tak sempat shooping di gerai lain lagi dah banyak perhabis duit di gerai Upin & Ipin. Memang support habis la. Mak kepada Adruce ni jugak merupakan salah seorang yang aktif dengan Facebook dan pernah muncul dalam Nasi Lemak Kopi O sebagai tetamu undangan serta terkini dengar cerita dah belakon drama tapi sebagai extra. Cayalah Kak Leza.
Ketika program Apa Ke Halnya?
Khusna dan Sharifah Nur di booth Fair & Lovely
Irma Hasmie untuk program Chopp (agaknya la)
Perasmian kereta K9 TV9
Kenderaan K9
Gambar kat atas ni ialah diantara crossover serta rakaman yang sempat saya ambil gambar. Sebenarnya crossover ni boleh dikatakan berlaku disetiap booth dan diselang-selangkan dengan hos yang lain. Diantara program siaran langsung yang dilakukan pada Suarasa tersebut ialah “Apa Ke Halnya” yang dibuat di atas pentas utama. Selain dari tu, diantara highlight penting di Suarasa kali ini ialah perasmian kenderaan untuk K9 ataupun Kawan 9 yang berfungsi seperti skuad untuk TV9. Menggunakan ikon kucing sebagai simbol K9, kenderaan K9 ini dikatakan akan digunakan sebagai medium untuk aktiviti2 bersama masyarakat awam (lebih kurang macam tu la.. kalau salah faham, maaf ye)
Kali ni sempat la pulak saya join aktiviti yang diadakan di booth Celcom. Walaupun sebenarnya lebih kepada terpaksa join, tapi rasanya games susun2 kotak ni memang best. Abang Bob iaitu pengacara di booth Celcom ni dengan tidak semena-mena memilih saya bersama Juan untuk bertanding susun2 kotak ni bersama team perempuan. Mungkin oleh kerana kami terlalu handal dan telah mempunyai perancangan rapi dalam masa yang singkat jadi pemenangnya sudah tidak perlu disangkal lagi.. hehe. Walaupun, tidak berjaya melengkapkan kotak2 ni dalam masa 3 minit, tetapi hasil akhir susunan kotak tu boleh dikatakan 79.6% siap sepenuhnya. Pasukan perempuan yang tidak memberikan cabaran, membolehkan kami memenangi kupon reload Celcom RM10. Tapi, oleh kerana saya tak pakai Celcom.. jadi saya telah mendermakan kepada yang lebih memerlukan.
Merancang strategi
Mari susun2
Selain dari tu, di booth Celcom juga tidak sunyi dengan kehadiran 4 orang personaliti TV9 iaitu Khusna, Aida, Syarifah Nur dan Faradeeba. Dorang muncul kat sini ialah untuk mengendalikan aktiviti karaoke lagu Search ataupun lebih tepat kalau dikatakan dorang sendirilah yang menyanyi sebenarnya. Walaupun, mula2 tu macam malu2 tapi diam tak diam dah 3 lagu dah abis nyanyi. Pada keesokkan harinya pula, sekali lagi aktiviti karaoke dijalankan. Tapi, kali ni saya tak berani nak ambik gambar dekat2, takut dorang suruh menyanyi pulak kang.
” Aida nak nyanyi 2 lagu aje.. huhu”
Nyanyi2 lagu Search
Selain booth Celcom, booth Fair & Lovely pun tidak kurang meriahnya. Kehadiran maskot Upin & Ipin berjaya menarik perhatian pengacara di booth Fair & Lovely ni yang rata2 semuanya lelaki. Upin & Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka itu, sempat mengambil kipas percuma ketika pulang dari booth Fair & Lovely. Seperti di booth2 lain, booth Fair & Lovely ni juga mengadakan pelbagai aktiviti di mana pengacaranya setiap kali selalu tertukar perkataan dengan Suarasa dan Jom Heboh.
Booth Fair & Lovely
Antara aktiviti yang berlangsung
Upin Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka
Nampaknya itulah sahaja aktiviti dan perkara menarik yang boleh dikongsi untuk Suarasa kali ini. Yang pastinya setiap pengalaman Suarasa di tempat2 lain pasti mempunyai pengalamannya tersendiri. Saya suka mengaitkan perkataan “Berbaloi baloi” pada Suarasa kali ini kerana kami dihadiahkan tiket percuma untuk konsert Search di Awan Biru di Stadium Bukit Jalil Ogos nanti. Tiket complimentary ni dihadiahkan sendiri oleh bos Celcom di atas kerjasama serta penampilan istimewa maskot Upin & Ipin disepanjang acara Suarasa berlangsung. Bersuaian dengan tagline Celcom : Prabayar Paling Berbaloi; setidak-tidaknya usaha kami untuk memeriahkan booth Celcom pada haritu berbaloi. Sekarang persoalannya adakah saya ada masa untuk pergi ke konsert tu nanti? huhu. Kita tunggu je la.
p/s : Lepas ni Suarasa akan berkunjung di Muar pula. Adakah saya akan turun juga? Doa2 kan lah… hehe
Assalamualaikum, nampaknya banyak event yang masuk pada bulan Jun nanti. Boleh dikatakan setiap weekend sudah dilock dengan event yang berkaitan dengan Upin & Ipin mahupun GENG. Disamping bekerja menjayakan event, dapatlah jugak saya bertukar-tukar contact dengan orang disebalik event berkenaan untuk kegunaan masa hadapan. Tapi, sebelum kita masuk mengenai event disepanjang bulan Jun kita tengok dulu event yang amat penting berlaku pada hujung bulan Mei ni iaitu Majlis Menandatangani Perjanjian bersama Les’ Copaque.
View dari atas menara KL
Majlis ni basically ialah perjanjian diantara Les’ Copaque dengan Telekom Malaysia untuk tujuan penaajan siri Upin & Ipin, dengan TV9 sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Malaysia, dengan TPI sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Indonesia, serta Bliztmegaplex sebagai pengedar filem GENG di rantau Indonesia. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, lokasi event pada kali ini pasti menarik dengan berkonsepkan ala2 casual campur formal sikit (sebab ada orang besar). Sehari sebelum majlis ni, semua orang yang bertanggungjawab dikenakan hadir untuk raptai dan sesi persiapan. Semuanya memastikan bahagian masing2 seperti teknikal, backdrop, event flow dan sebagainya tiada masalah pada hari event tu nanti. Ini merupakan pertama saya menjalankan event di Menara KL, jadi masih banyak prosedur dan perkara yang harus dibelajar.
Ketika sesi raptai berlangsung
Baby Eilham pun nak join raptai
Ok, pada hari majlis berlangsung diantara tetamu terhormat yang hadir ialah Dato Bazlan Osman (CFO) TM Berhad), En Bukhari Che Muda (TV9) dan beberapa orang lain lagi. Majlis dihoskan oleh pengacara TV9 iaitu Puan Syarifah Nur. Majlis ni berlangsung agak baik dan bermula lebih awal dari yang dijangkakan. Walaupun agak kekurangan kehadiran media dan press namun semuanya yang hadir berpuas hati dengan kelancaran majlis. Terima kasih kepada media yang hadir dan telah menulis mengenai event ini seperti dari Utusan dan Metro.
Ketika sesi menandatangani berlangsung
Tuan Haji Burhanuddin ketika berucap
Selain dari menyaksikan majlis menandatangani, tetamu yang hadir juga ditontonkan dengan siri animasi Upin & Ipin yang baru serta trailer filem akan datang iaitu Upin & Ipin : Angkasa. Kebanyakkan tetamu begitu kagum dengan trailer terbaru ini. Kepada siapa2 yang ingin menonton trailer terbaru ni, kenalah tunggu sehingga laman webnya siap nanti.
Antara tetamu yang hadir
Nizam ketika ditemubual
Delagasi dari Indonesia
Antara staff yang sempat bergambar bersama2
Fuad menunjukkan bunting hasil kerjanya. (yela… lawa2)
Bergambar bersama Syarifah Nur
Secara keseluruhannya, majlis ni walaupun nampak simple tetapi tujuan dan kesan selepas majlis ini amatlah besar. Diharapkan perjalanan dan proses menghasilkan Upin & Ipin : Angkasa selepas ni berjalan dengan baik dan lancar. Oklah, tunggu post saya mengenai event2 berlangsung sepanjang bulan Jun nanti.
Assalamualaikum semua, acara pada kali ini yang ingin dikongsi telahpun berlalu 2 minggu lepas sebenarnya. Oleh kerana tak sempat nak post, jadi ianya bertangguh sekejap. Program ni ialah recording Santai@1 bersama DJ Hezry di Menara Kuala Lumpur. Program yang berkonsepkan talkshow ni recordingnya bermula pada 11 malam, jadi boleh kata agak lewatlah jugak. Sebenarnya, program ni sepatutnya disiarkan secara langsung, tetapi oleh kerana ada siaran langsung yang lain ketika tu program ni ditukar menjadi recording. Tajuk Santai@1 ni pada masa tu ialah Hari Guru. Fathiah (Pelakon suara Upin & Ipin) telah menjadi jemputan bersama cikgu dia sambil ditemani oleh maskot Upin & Ipin.
Teah ketika makeup sebelum bermula
Teah ketika standby di set
Program ni bermula dengan DJ Hezry seolah-olah berinteraksi dengan Upin & Ipin di mana suara Fathiah digunakan sebagai latar belakang. Krew maskot ketika ini yang masih baru dalam bidang pe-maskotan masih tidak arif melakonkan perwatakan Upin & Ipin terpaksa membuat reaksi berdasarkan respon dari Fathiah. Fathiah pada bukan sahaja petah menjawab soalan dari DJ Hezry, malah suaranya turut membuatkan penonton di studio teruja.
Ketika sesi recording
Sesi penutup
Bergambar bersama semua tetamu
DJ Nazie yang excited berjumpa dengan Upin & Ipin
p/s: Ni kali pertama Upin & Ipin sampai ke Menara KL
Last weekend saya berkesempatan untuk join event yang dilangsungkan di PKNS, Shah Alam. Event yang diberi nama Jualan Hartanah ni sebenarnya telah berlangsung hampir 1 minggu lebih dan kedatangan krew Upin & Ipin ni ke sini merupakan sebahagian daripada aktiviti sampingan untuk memeriahkan event ni. Bertempat di pentas utama, kemunculan Upin & Ipin ini boleh dikatakan ditunggu2 oleh warga Shah Alam kerana iklan mengenainya telah diedarkan melalui poster serta flyers sejak awal event ini bermula.
Ketika jualan barangan Upin & Ipin
Aktiviti utama ini ialah aktiviti jualan barangan original Upin & Ipin. Walaupun tempat jualan tu berdekatan dengan tempat jualan barangan cetak rompak namun ianya tidak mengganggu aktiviti jualan kami. Malahan, kebanyakkan barangan Upin & Ipin habis dijual kerana sambutan yang amat menggalakan. Selain dari itu, aktiviti utama pada event ini ialah pertandingan mewarna kanak-kanak. Saya diberitahu penyertaan pertandingan pada kali ini sungguh memberansangkan dengan lebih 70 penyertaan diterima pada hari tersebut. Kebanyakkan adik-adik yang memasuki pertandingan ini merupakan peminat setia Upin & Ipin.
Suasana ketika pertandingan mewarna diadakan
Acara kemuncak sudah tentulah kemunculan maskot Upin & Ipin yang dinanti2kan. Ini merupakan kali pertama maskot Upin & Ipin menjejakkan kaki di sini dan respon dari orang ramai amatlah memuaskan. Seperti biasa, peluang ini diambil oleh pengunjung untuk bergambar dan beramah mesra bersama maskot kesayangan mereka. Kali ini saya tidak akan memaparkan banyak gambar maskot Upin & Ipin kerana saya ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat kecil Upin & Ipin.
Kemunculan maskot Upin & Ipin di pentas
Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin
Kemunculan peminat kecil yang sangat comel
Adik comel yang berumur 2 tahun lebih ini datang dengan berpakaian Ipin yang dibelinya sejak beberapa bulan lepas. Oleh kerana terlalu minat dengan Upin & Ipin dia masih memakai baju tersebut walaupun baju tersebut bukan sahaja sudah ketat malahan sudahpun lusuh. Kemunculan adik Ipin ini di kawasan pentas bukan sahaja menarik perhatian pengunjung malahan emcee majlis sendiri yang secara spontan memanggilnya sebagai Ipin yang sebenar. Adik Ipin ini bukan sahaja agak aktif malahan kerap kali naik ke pentas sehingga terpaksa ditarik oleh krew terlibat. Bukan itu saja, adik Ipin ini juga banyak kali cuba melibatkan diri di dalam pertandingan mewarna yang sedang dijalankan dengan memerhatikan peserta lain yang sedang mewarna dari jarak dekat.
Ipin sehingga terpaksa ditarik turun pentas
Tak sempat bergambar dengan Ipin ni kerana dia sangat bergerak aktif
Memerhatikan dari dekat peserta sedang mewarna
Event yang tamat sekitar pukul 5 petang ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk beramah mesra dengan Upin & Ipin malahan juga dapat membuktikan bahawa sebenarnya ramai peminat yang berminat dan menyokonh dengan barangan original Upin & Ipin.
p/s : sedang sibuk merancang untuk big event next week…
Upin Ipin plush toy ni walaupun tak siap lagi dan belum berada dipasaran tapi dah agak ada banyak versi patung ni di LCP. Dari yang awal2 sekali sampai la sampai yang hampir final. Kalau sapa yang perasan plush toys ni jugak pernah dibawa di Suarasa Perak tahun lepas dan telah mendapat feedback yang sangat memberansangkan dari orang ramai. Kebanyakkan kata nak beli atau nak amik aje yang sample tu. Kalau nak tau, plush toys ni akan berada dipasaran sikit masa lagi. Kami sedang usahakan untuk memasarkannya dalam masa terdekat.
Selain tu, kalau boleh semua peminat Upin & Ipin elakkan dari membeli plush toy Upin Ipin yang cetak rompak yang ada banyak dipasaran sekarang ni. Bukan saja membazir duit… tapi rupa dia memang tak sama langsung macam Upin Ipin.
P/S : Doa-doa la kami dapat membenteras cetak rompak yang sedang hangat berleluasa sekarang ni
Wah, semangat betul nak tulis pasal topik ni. Rasanya dah lama tak penah amik gambar company ramai2. Bukan apa, gambar kat website company foto Les’ Copaque dah lama gile tak update. Akhirnya, bila dah pilih satu hari yang sesuai yang semua orang ada kat opis barulah fotoshoot dimulakan. Lokasi fotoshoot ni berbeza skit dan bukannya di opis walaupon nama dia company foto. Lokasi menarik ni ialah di rumah Tuan Haji Burhannudin sendiri iaitu kitaorang punya managing director.
Kerusi diatur berhadapan dengan air terjun dalam taman hijau yang terdapat dalam rumah ni. Rumahnya memang lah besar sangat, sampai ada lif, air terjun dan kolam renang. Tahniah diberikan kepada team foto sebab berjaya menyusun staff2 yang ramai ni. Kalau nak dikirakan mungkin lebih dari 50 orang, tapi oleh kalau tak kira manalah saya nak tau berapa orang.
Bergambar ni memanglah kesukaan semua staff Les’ Copaque. Baik yang lelaki ataupun pompuan semuanya ada pose maut masing2. Maklumlah jarang keluar2 bergambar… asyik duduk depan pc sekali sekala bergambar mau dekat sejam jugak. Oleh kerana landskap rumah ni sungguh cantik, ditambah pula diterangi oleh cahaya pagi kesemuanya gambar ni nampak sangat cantik.
Antara staff pompuan di Les Copaque
Ni pulak jejaka2 kacak Les Copaque
Yuki dan Ida ketika menunggu proses foto diambil
Jurukamera iaitu Muaz yang bertungkus lumus dengan kameranya sampai terbaring-baring kat rumput untuk mendapatkan angle terbaik.
Akhirnya sesi mengambil company foto pun tamat dan boleh dikira berjaya kerana ianya bukan sahaja mampu mengemaskini laman web rasmi Les’ Copaque namun dapat juga digunakan untuk Friendster dan juga Facebook apatah lagi untuk Blog saya sendiri.
Yay, dah lama tak buat event kat GENG’s Corner. Kali ni event yang separuh formal ni dibuat sempena menghargai pihak media untuk sokongan dan bantuan yang dorang dah beri disepanjang penghasilan filem GENG sehingga berjaya mendapat kutipan yang tinggi di wayang. Percaya tak percaya perancangan hanya dibuat 2 hari sebelum malam majlis ni. Huh, ingatkan tak sempat… tapi oleh kerana kecekapan team event (ceh wah) akhirnya majlis ni berjalan dengan lancar.
Target orang yang datang sekitar 100 orang dan jumlah ni hampir tercapai. Walaupon ada yang confirm nak datang tapi tak datang bersebabkan hujan atau ada hal lain. Tapi takpe, majlis ni still meriah dengan kehadiran pelbagai media seperti utusan, metro, rtm, karangkraf, tv9 dan juga mediahorizon. Maskot Upin & Ipin juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Krew Chopp sedang merakam aksi Upin & Ipin
Pada malam ni jugak, Les Copaque dianugerahkan Malaysia Book of Record sebagai filem animasi 3D yang pertama di Malaysia. Terima kasih kepada wakil yang hadir untuk memberi sijil replika ni. Dapat je sijil ni terus dorang pi amik gambar ramai-ramai.
Nani dari RTM bergambar dengan Teah
Pada malam tu jugak, terdapat peminat yang me”maksa” teah bercakap dengan member dia on the phone untuk membuktikan yang dia telah berjumpa dengan “Upin Ipin. Walaupon bukan dipaksa tetapi wajah Teah sungguh menampakkan dalam keadaan terpaksa… hehe.
First time muncul dengan rambut baru…
Walaupun malam ni disambut dengan penuh keserdahanaan, semua warga Les Copaque berasa sungguh bersyukur dengan apa yang telah dikecapi dalam tempoh kurang 3 tahun ni. Semoga ni merupakan satu detik permulaan untuk pencapaian yang lebih besar. InsyaAllah.
Seperti yang telah ditulis di dalam post yang lepas, sebaik je rombongan ke NSTP dan Utusan Karya selesai keesokkan harinya rombongan TV9 diteruskan di Utusan Melayu yang opisnya bertempat dekat KL. Persiapan oleh TV9 hampir sama iaitu datang bersama2 belon dan cookies sebagai cenderamata. Seperti semalam, konvoy bersama2 sampai ke Utusan. Oleh kerana bergerak agak lewat skit jadi sampai pun lewat skit. Dah la hari tu hari Jumaat, jadi masa sangat singkat semasa berada kat Utusan ni.
Macam biasa semasa proses perbincangan, Upin & Ipin duduk kat tepi sambil mendengar dengar khusyuknya. Respon yang amat baik diberikan oleh pihak Utusan sehingga beberapa isu yang diperbincangkan tiba2 berpindah kepada rancangan Upin & Ipin serta filem GENG. Penolong penerbit Utusan (kalau tak salah la) sendiri yang betul2 meminati Upin & Ipin ni sampai nampak begitu teruja ketika bertanyakan soalan.
Selepas tu, semua ahli rombongan dibawa berjalan-jalan sekitar Utusan untuk suai kenal dan beramah mesra bersama staff Utusan. Antara bahagian2 yang terdapat kat Utusan ni macam Kosmo, Mingguan dan beberapa lagi.. dah lupa dah.
Ini lah antara krew2 yang menghadiri rombongan ni. Antaranya ialah Alif (OIAM), Nadia (Hos Chopp), Pelakon2 Nana Tanjung, Aida (Hos Apa Ke Halnya), orang2 kuat TV9 seperti Amy (Ketua Branding), Azzah (tak sure jawatan dia apa), Farina (pun tak sure jawatan dia apa) dan krew2 TV9 yang lain.
Hasil daripada rombongan ni selain dari dapat merapatkan hubungan dengan media, krew Upin & Ipin juga dijemput untk menghadiri acara SmartKids Program pada hujung minggu ni. Jadi tunggulah updates saya mengenai event ni nanti yek.