Siapa yang dah tengok filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal? Salah satu lagu OST dalam filem ini adalah lagu nyanyian Ernie Zakri iaitu Buai Laju-Laju. Lagu ini merupakan sebahagian dari filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang mengisahkan tentang watak Bawang Merah dan Bawang Putih. Kalau nak tahu selain menyanyikan lagu Buai Laju-Laju, Ernie jugalah melakonkan suara bagi kedua-dua watak ni. Hebat dan berbakatkan Ernie Zakri ni! Saya secara tak langsung terlibat dengan penghasilan muzik video Buai Laju-Laju sebagai production manager. Rakaman muzik video ni agak rumit sedikit kerana ianya melibatkan green screen dan ini juga merupakan pertama kali saya bekerjasama bersama Ernie Zakri di dalam sesebuah penggambaran.
Jom saya kongsikan pengalaman saya bersama team produksi ketika pengambaran muzik video Buai Laju-Laju.
Oleh kerana muzik video Buai Laju-Laju ini keseluruhannya di rakam berlatarkan green screen, jadi perancangan awal sangat penting. Story board dilukis dan semua shots yang terlibat disusun terlebih dahulu. Proses pre-planning sangat penting bagi memastikan shots yang dirakam boleh digunakan di post-editing nanti. Selain itu juga, Story board ini juga digunakan bagi merancang proses effects yang akan dimasukkan kemudian. Menurut Ernie, ini adalah pengalaman pertama Ernie terlibat dengan penggambaran di green screen. Jadi Ernie sendiri harus banyak membayangkan dan berlakon seorang diri ketika pengambaran ini dilakukan.
Buai Laju-Laju
Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan bersuara merdu, Ernie juga pandai berlakon dan membawakan watak Bawang Merah dengan baik. Ernie diberi pengerangan awal tentang ekspressi dan lakonan yang harus dibawa dalam setiap babak. Amat senang bekerja dengan Ernie sebab Ernie seorang yang sangat professional dan mudah mesra dengan tenaga produksi.
Diantara babak yang sukar dilakukan di dalam muzik video ini adalah ketika saat Ernie bertukar menjadi watak kartun Bawang Merah kerana ianya melibatkan proses tracking dan camera movement. Untuk babak ini juga Ernie harus berlari dari point A ke point B dan tenaga produksi harus mendapatkan jarak dan angle yang betul supaya tiada sebarang masalah semasa proses editing. Muzik video Buai Laju-Laju dirakam sepanjang 1 hari di studio green screen dan mengambil masa lebih 1 bulan di proses editing dan post-production. Walaupun ianya mengambil masa yang lama, tetapi hasil akhir video ini amat memuaskan dan cantik
Ketika saya menulis artikel ini muzik video Buai Laju-Laju di YouTube Les’ Copaque Production sudah melebih 4 juta views.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan proses pengambaran ini seperti tenaga produksi dan sudah tentu Ernie Zakri. Alhamdulillah, akhirnya selepas mendengar lagu Buai Laju-Laju nyanyian Ernie Zakri, terasa kita terbuai-buai sekali. Kepada yang belum tengok lagi muzik video Buai Laju-Laju, bolehlah menonton di link di bawah :
4,209 total views, 1 views today
Merdu suara Ernie ni. Sesuai untuk sountrack movie ni. Background pun rasa macam kat movie Disney ajer. Rasa bangga juga sebab movie ni diterbitkan oleh anak jati Malaysia. Kecil molek ajer orangnya ye. Suara sangat power!.
1st time dgr lagu ni. Terus jatuh cinta ! Rupanya….Bukan senang untuk buat video lagu animasi. Memang video ini cantik dan smooth. Good Job semua team !
Linda recently posted…2ND BIRTHDAY DAIM NAUFAL ! SELAMAT HARI JADI SAYANG !
Setiap kartun tak sah, kalau tidak ada OST mereka sendiri. Kali ini, Upin dan Ipin tampil dengan animasi lebih menarik daripada filem sebelumnya. hehe
good job.
zarin keje dgn lescopaque ye?
wow. nice knowing u.
anak aida sgt la suka upin ipin. aduhai 🙂
and kami tgk citer ni di panggung.
and lagu ni sgt la sedap. terbaik.
ernie memang lunak merdu sedap suaranya.
sesuai dgn jalan cerita.
tahniah lescopaque.
ooo gini cara buatnya… lain drp yg lain.. x sabar nk tengok nnti
Wahh bestnya tengok perjalanan belakang tabir walaupun dalam gambar je. Selalunya tengok hasil yang dah siap, tak tahu usaha satu team macam mana. Great work!
Lagu buai laju laju ni memang best sangat. Memang kagum masa te gok video ni. Memang respect dan salute lah dwngan hasil kerja team yang menakjubkan. Ditambah pulak sikap dan kerjasama daripada Ernie yang sangat profesional untuk menghasilkan muzik video yang wow
Suka lagu Upin Ipin ni jugak. Bukan senang nak buat perakaman video kan, inilah hasil usahanya. Mouse mommy menghayati dan suka. Terima kasih.
Wui Kathy recently posted…Exclusive kidzooona Kids Birthday Packages And Interactive Indoor Playland For Kids!
Cantik betul grafik movie ni. Lagu ost pun best jugak. Mana taknya suara ernie sedap gila
wah macam ni rupanayn dia buat ye..bgus ernie tau melakonkan watak dan reaksi muka..sedap suara dia tau
Dah tgk dah video klip tu. Cantik sangat effect dia even cerita upin ipin keris siamang tunggal pun best quality dia compared dengan yang dulu. Videograpgy dekat malaysia dah semakin improve. Suka sangat tengok hasil video-video skarang.
Memang terbuai buai lah denganr nyanyian Ernie kan. Animasinya wow, reminds me of Disney fantasy movies kan, kagum..
Kak Su recently posted…Cara Nak Menghubungkan Nama Domain Ke Webhosting
Tahniah ya atas kejayaan menghasilkn musik video animasi Buai Laju Laju ni. Kita tengok nampak mudah aje tapi kisahnya memang susah betul ek..macam2 pekara nak kena buat, nak kena edit untuk dapatkan hasil yang terbaik
Tak merasa lagi nak tengok upin ipin. Anak pun dah lama tak tengok upin ipin.
Tahniah. Kami yang tengok ni best jer. Behind the scene, payah juga. Tp jika disertai dgn minat, mesti seronok bidang ni kan
Wahh suka betul video ni. Anak buah selalu tengok banyak kali. Cara dia guna green screen ye masa shooting tu? Menarik. Satu ilmu baru ni. Suka Ernie menyanyi juga.