Setiap pagi memang tak sah kalau kita tak dapat menikmati aroma kopi kegemaran. Bagi peminat kopi macam saya, setiap pagi sebelum melakukan sebarang aktiviti saya kena minum kopi dulu, barulah bersemangat dan rajin untuk buat kerja. Kopi ni sebenarnya selain dapat memberikan tenaga pada badan kita, kopi juga ada banyak khasiat. Diantaranya adalah dapat mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan yang paling special sekali adalah dapat membantu mengurangkan berat badan. Kali ni saya nak berkongsi mengenai kopi kegemaran saya iaitu Essenso Microground Black Coffee.

Kopi ni pilihan saya sejak beberapa bulan yang lalu. Kalau dulu saya gemar menikmati kopi di kafe-kafe mahal kerana saya beranggap kopi di kafe-kafe ini lebih sedap. Tetapi setelah saya mencuba kopi Essenso Microground Black Coffee ini, saya terus jatuh cinta. Tak sangka rasanya begitu power sehinggakan saya rasa, ianya dapat menandingi kopi-kopi yang lebih mahal.

Essenso Microground Black Coffee

Kopi adalah minuman wajib setiap pagi

Essenso Microground Black Coffee

Setiap kotak kopi Essenso ini mengandungi 20 paket kecil yang mengandungi biji kopi yang telah dikisar halus dan boleh terus diminum bersama air panas. Bagi kotak berlabel biru ini, ianya adalah Black Coffee Columbian Blend dan terdapat satu lagi label berwarna merah iaitu untuk Mandheling Blend. Setiap paket kecil ini mengandungi 20g serbuk kopi dan jumlah kalorinya adalah 7cal sahaja. Sebab itulah saya cakap, ianya boleh membantu kita untuk mengurangkan berat badan sebab kalorinya yang rendah selain dapat meningkatkan kadar metabolisme badan.

Advertisements
Essenso Microground Black Coffee

Super Coffee Essenso

Essenso Microground Black Coffee

Kandungan setiap hidangan kopi

Essenso Microground Black Coffee ini sedap dinikmati secara kosong tanpa gula kerana kita dapat merasai kesedapan aromanya. Berbeza dengan black coffee di beberapa kafe-kafe yang lain, kopi Essenso mempunyai rasa aroma kopi yang pekat namun tidak terlalu pahit. Ianya ada rasa sedikit kuat, tetapi tidak pula terlalu kuat. Setiap paket kopi Essenso telah dihasilkan dengan sukatan yang betul lagi sempurna. Bagi yang gemarkan gula atau susu, boleh juga tambahkan ke dalam kopi ini mengikut selera masing-masing.

Selain itu antara yang menjadikan kopi ini pilihan hati saya adalah kerana harganya yang mampu milik. Satu paket kopi Essenso ini hanya berharga kurang dari RM0.50sen. Saya kerap membeli kopi Essenso  ini  di 99 Speedmart dengan harga RM8.40 sekotak. Namun begitu yang menjadi kemusykilan saya adalah harga kopi ini berbeza malahan jauh lebih mahal di kedai-kedai lain seperti di pasaraya terkenal ataupun online iaitu sekitar RM10 – RM12. Perbezaan yang terlalu jauh ini menjadikan saya terus mendapatkan stok kopi Essenso saya di 99 Speedmart.

Essenso Microground Black Coffee

Kenikmatan kopi Essenso

Essenso Microground Black Coffee

Secara ringkasnya kopi Essenso Microground Black Coffee adalah salah satu kopi yang wajib dicuba oleh peminat kopi sejati. Rasanya bukan sahaja sedap malahan aroma kopinya berkualiti dan tidak rasa kosong. Selain itu, ianya sangat menjimatkan dan kualiti kopinya setanding dengan kopi yang lebih mahal.

Tonton review penuh saya di YouTube. Jangan lupa SUBSCRIBE YouTUbe Channel saya.

 

 9,117 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

19 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.