Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini adalah kali ke 2 saya menyertai larian di NPE Run dan merupakan Half Marathon saya yang ke 7. NPE Run merupakan sebahagian dari acara IJM-Allianz Duo Highway Challenge dan merupakan salah satu acara larian terbesar dan terhebat di Malaysia dengan penyertaan melebihi 9,000 pada tahun ini. Saya sendiri sangat excited untuk join larian kali ini walaupun saya dimaklumkan route 21KM pada tahun ini merupakan route yang sama dengan tahun lepas. Pada tahun lepas catatan masa bagi Half Marathon saya di NPE Run 2018 adalah lebih kurang 3 jam 5 minit yang mana ketika itu saya masih baru dan mula berjinak-jinak berlari sejauh 21KM.

Namun begitu untuk NPE Run 2019 ini saya tidak berhajat untuk memperbaiki masa larian tetapi lebih kepada berlari secara konsisten dan fokus kepada LSD (Long Short Distance). Lagipun tahun ni saya memang betul-betul nak menikmati suasana pagi di highway tanpa rasa tekanan. Ayuh! Mari kita mulakan!

NPE Run 2019

Suasana ketika flagoff

NPE Run 2019

Berlari melalui tol secara percuma

NPE Run 2019

Terdapat 2 kategori untuk NPE Run 2019 iaitu 21KM dan 10KM. Saya yang menyertai larian sejauh 21KM, dilepaskan pada jam 5.30pagi bersama peserta-peserta yang lain. Saya masih ingat semangat dan sorakkan pelari-pelari ketika di Flag Off. Masing-masing begitu semangat untuk memulakan larian dan teruja untuk memulakan larian. Pelari beragama Islam seperti saya sudah pastilah memulakan larian sambil merancang di manakah lokasi dan jarak yang sesuai untuk menunaikan solat subuh. Saya sudah meletakkan sasaran untuk solat subuh sekitar jam 6.00pagi-6.15pagi ataupun sekitar 9-10KM. Ini adalah kerana saya tak nak terlalu awal dan terlalu lambat supaya mengelakkan momentum semangat larian.

Advertisements

Alhamdulillah, ruang solat yang selesa disediakan di KM8 dengan bas bergerak untuk mengambil wuduk. Peserta wanita boleh solat di dalam bas, manakala peserta lelaki solat di luar bas. Terdapat juga pelari yang berlari membawa anak mereka di dalam stroller. Saya rasa larian pada 10KM pertama begitu tenang meskipun cuaca agak sedikit panas pada pagi itu.

NPE Run 2019

Ruang solat diKM8

NPE Run 2019

Boleh masuk je ikut mana-mana lalulan tol

Selain itu NPE Run 2019 ini juga menyediakan water station yang begitu mewah dan baik. Water station disediakan di setiap 2-3KM dengan pilihan air minuman isotonik serta air biasa. Semua petugas di water station begitu peramah dan memberi kata-kata semangat kepada pelari. Terdapat juga pisang diberikan pada KM12-13 yang sangat membantu saya untuk memberi semula tenaga untuk berlari.

Pengalaman berlari melalui tol memang sesuatu yang berbeza dan jarang-jarang dapat dialami. Sama seperti ketika memandu kereta, bila dah banyak sangat pilihan laluan tol kita sampai tak tau nak ikut laluan yang mana. Ada juga yang sempat berbaring di laluan tol dan mengambil gambar. Saya memang tak sempat lah nak berbaring sebab tengah fokus berlari.

NPE Run 2019

Suasana cantik ketika matahari terbit

NPE Run 2019

Medal NPE Run 2019 yang cantik dan unik

Selain keterujaan berlari di tol, salah satu yang menjadi cabaran besar di NPE Run 2019 ini adalah berlari di flyovernya. Flyover memang banyak sampai saya pun dah lupa berapa banyak dan berapa kali flyover yang terpaksa saya daki. Cabaran larian makin terasa apabila matahari mula naik seawal jam 7.30pagi. Cuaca panas dan bahang jalan raya memang terasa lebih-lebih lagi ketika meredah flyover. Ada orang kata lari kat highway ni bosan, tapi bagi saya kita kena fokus lebih sebab bila berlari di highway ni kita perlu kuatkan mental.

Sekitar 4-5KM terakhir memang dah terasa penat dan cuaca terlalu panas. Saya berlari perlahan-lahan berhampiri ke garisan penamat. Alhamdulillah, walaupun tanpa sasaran memperbaiki masa larian 21KM, tapi saya masih mampu tamatkan larian Half Marathon saya di NPE Run 2019 dengan catatan masa 2 jam 49 minit. Saya tahu saya boleh buat lagi better, tapi saya kena training lagi lepas ni. Medal finisher NPE Run 2019 ni pun cantik dan unik. Tak sia-sia saya penat berlari semata-mata untuk medal ni. Tambah cantik lagi, bila saya lengkapkan cabaran ke dua nanti untuk Besraya Run dan barulah medal kedua-dua acara larian ini boleh digabungkan. Sebagai pelari 21KM, saya juga dapat finisher tee yang berwarna hitam.

NPE Run 2019

Suasana di perkarangan Sunway Piramid

NPE Run 2019

Di antara pemenang

NPE Run 2019

Tahniah kepada semua pemenang

Saya nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang bagi setiap kategori. Dorang ni semua memang hebat-hebat. Hadiah pun bukan calang-calang tu dari pihak penganjur dan penaja.

Pelari biasa macam saya ni collect hadiah kat booth penaja je pun dah meriah. Seperti booth Nivea Men ni, saya dapat free deoderant spray ni dengan hanya tunjuk bib sahaja. Senang je kan? Selain tu juga, acara larian macam ni berpeluang untuk berjumpa kawan-kawan runner seperti dari Malaysian Stroller Runners dan ramai lagi. Semoga kita berjumpa di acara larian yang lain nanti.

Free foods

Sample makanan percuma di booth Nestle

Goodies

Goodies di booth Nivea Men

Bersama Malaysian Stroller Runners

Bersama Malaysian Stroller Runners

Pusingan ke 2 selepas ini adalah larian Besraya Run pada 24 Ogos nanti. Saya sendiri akan menyertai larian sejauh 13KM nanti di Besraya. Terima kasih kepada pihak penganjur IJM dan Allianz kerana menganjurkan larian seperti ini.

Photo with Medal

Selesai Half Marathon di NPE Run 2019

 

View this post on Instagram

 

Standby kat flagoff pukul 4.30pagi walaupun flagoff pukul 5.30pagi. Tapi sebenarnya dah ada kat area Sunway ni jam 3.30pagi lagi. Jangan tanya tidur pukul berapa 😅 . Perasaan neves tu wajib ada setiap kali join run lebih-lebih lagi dah tau diri tak training sangat. Tapi kali ni saya tak target apa-apa, just nak LSD je dan saya tak ikut pace orang lain. Saya tahu bila boleh push dan bila kena take it slow . Next cabaran adalah back to back event BESRAYA Run (13KM) lari malam dan POJ (30KM) lari esok paginya. Barai still akan barai . #nperun2019 #duohighwaychallenge #ijmallianzduohighwaychallenge #ecpixels #running #jomkurus #halfmarathon #mohdzarindotcom #lifestyleblogger

A post shared by Fitness Blogger Malaysia (@mohdzarindotcom) on

 3,253 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.