Kalau di Shah Alam kita berbangga dengan adanya ICT iaitu tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik, tetapi penduduk di Pantai Timur juga berbangga dengan ICT mereka sendiri. ICT yang dimaksudkan adalah Ikan Celup Tepung yang menjadi makanan wajib bagi sesiapa yang berada di negeri-negeri Pantai Timur. ICT ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang macam goreng pisang sambil berehat-rehat menikmati udara pantai. Di Pantai Timur, mereka suka masak apa saja asalkan boleh digoreng dengan tepung.

Kunjungan saya di ICT Haji Pak Long, Terengganu beberapa minggu yang lepas membuatkan saya teruja melihat kepelbagaian makanan berasaskan tepung yang disediakan. Dari ikan, sotong, udang, ketam, hinggalah ke ikan pari semuanya merupakan menu hidangan istimewa ICT di sini.

ict01

Pilihan menu

ict02

Udang Celup Tepung

ict03

Ikan Celup Tepung

 

ict04

Pari Celup Tepung

Yang uniknya, semua makanan ICT ini dimakan begitu sahaja tanpa nasi ataupun lauk yang lain. Walaupun agak pelik, tetapi cara sebegini sudah menjadi kebiasaan. Setiap makanan di sini sungguh sedap dimakan ketika panas dan ranggup. Orang kata, kalau tak pekena ICT sekali waktu petang-petang di Pantai Timur memang tak sah. ICT ini di makan begitu sahaja ataupun dengan kuah cili istimewa. Selain dari itu, hidangan Air Batu Jagung menjadi pelengkap bagi menu petang bersama ICT. Air Batu Jagung ini menjadi trademark bagi minuman petang di sini. Berasaskan dari Air Batu Campur, Air Batu Jagung ini dilengkapkan dengan aiskrim jagung yang mempersona.

Advertisements
ict06

Ketam Celup Tepung

ict07

Sotong Celup Tepung

ict08

Air Batu Jagung

ict09

Jemput makan

Jadi kepada sesiapa yang singgah di mana-mana negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan janganlah lupa mencuba menu ICT. Bereh boh~

 11,935 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.