Melancong dan bercuti ke Tokyo menjadi semakin mudah dan senang semenjak banyak restoran makanan halal yang terdapat di Tokyo. Salah satu pilihan yang boleh dicuba sekiranya berpeluang ke Tokyo adalah Ippin Ramen Halal yang terletak di Asakusa. Ini adalah cawangan ke dua Ippin Restaurant selepas cawanngan di Ebisu. Saya sendiri berpeluang menjamu selera di sini kerana dah lama teringin nak merasai Ramen yang dikatakan sedap tu. Restaurant Ippin Ramen ni terletak berhampiran dengan train station Asakusa dan betul-betul bersebelahan jalan utama.

Kawasan Asakusa ni sebenarnya diantara lokasi utama pelancong kerana ianya berhampiran dengan Tokyo Sky Tree Tower dan landmark terkenal lain seperti Sensoji Temple.

Ippin Asakusa Ramen

Di antara menu

Ippin Asakusa Ramen

Suasana di dalam dan ketika membuat pesanan

Ippin Asakusa Ramen

Diantara snack food halal yang dijual

Restaurant Ippin Ramen di Asakusa ni sebenarnya tidaklah begitu besar. Kawasan di dalamnya adalah memanjang dan berkonsep seakan-akan bar. Kita hanya perlu duduk, membuat pesanan dan petugas akan menyediakan makanan di belakang meja kaunter. Terdapat 2 tingkat ruang makan di sini dan di bahagian tingkat atas terdapat ruang solat.

Advertisements

Selain makanan utama kat sini iaitu Ramen, terdapat banyak lagi makanan Halal Jepun yang lain. Saya mencuba Tore Karaage iaitu ayam goreng istimewa serta set Kari Jepun. Tore Karaage walaupun nampak simple tapi rasanya sungguh sedap. Ianya digoreng menggunakan adunan tepung Jepun yang berbeza dengan tepung kita di Malaysia. Set Kari Jepun yang didatangkan bersama nasi juga tidak kurang sedapnya. Walau bagaimanapun Kari Jepun ni tidak seperti rasa Kari Melayu. Kari Jepun ni lebih pekat dan manis. Saya boleh kata takde rasa pedas langsung.

Tempah percutian menarik di Jepun sekarang di  http://japanbudgettrip.com/ 

Ippin Asakusa Ramen

Tore Karaage

Ippin Asakusa Ramen

Set Curry

Selepas itu, saya mencuba pula Ramennya. Ramen ni kita boleh order dalam macam-macam set samada nak telur, pedas ataupun tambah ayam. Pada masa ni saya terlupa nak order tambah ayam jadi ianya nampak biasa sikit. Kalau ada ayam mesti lagi sedap. Secara keseluruhannya, Ramen ni mempunyai rasa sup ayam yang pekat bercampur dengan rasa-rasa rempah yang tak pedas. Walaupun dalam gambar ni nampak ada sambal yang merah, tapi tekak melayu saya ni tak rasa pedas langsung.

Ippin Asakusa Ramen

Set Ramen

Ippin Asakusa Ramen

Merah betul sambalnya

Ramen merupakan makanan asli dari Jepun. Ianya adalah subjektif kerana ada orang yang akan suka dan ada orang takkan suka. Tapi bagi saya kalau dah sampai ke Tokyo, apa salahnya mencuba makanan Jepun. Bukan semua Ramen di Jepun adalah Halal kerana resepi asal Ramen ni sebenarnya menggunakan bahan-bahan tidak halal. Tak banyak restaurant yang sanggup ubah resepi bagi menjadikannya Halal.

Ini adalah alamatnya :

Ippin Asakusa
3-16-11, Nishiasakusa, Taito-ku, Tokyo
TEL +81-(0)3-5246-4660
OPEN 11:30 a.m. to 10:30 p.m

Bagi yang ingin bercuti ke Jepun dengan pakej Muslim dan dengan harga yang berpatutan, silalah layari laman web http://japanbudgettrip.com/ kerana mereka sedang mengadakan beberapa promosi percutian ke Jepun. Jangan lupa untuk isi daftar segera tempat anda ke Jepun.

 23,886 total views,  2 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.