Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. LHKSNS ataupun Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah merupakan salah satu acara larian yang amat ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pelari-pelari Malaysia. Baru-baru ni pendaftaran LHKSNS 2019 mendapat sambutan yang sangat memberansangkan sehingga berjaya mendapat pendaftaran melebihi 6,300 dalam tempoh kurang dari 2jam sahaja sebaik pendaftaran dibuka. Ianya mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga ramai pelari yang tak berjaya mendaftar dan kecewa tidak dapat turut serta pada tahun ini.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, mari saya kongsikan sedikit info mengengai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS 2019) dan kenapakah ianya begitu menjadi tumpuan. Larian ini diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada bulan Nov setiap tahun sempena ulang tahun Sultan Nazrin Shah.
Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018
Saya berkesempatan menyertai LHKSNS 2018 dan ianya merupakan pengalaman pertama saya. Diadakan di Kuala Kangsar, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ni kebanyakkannya disertai oleh orang luar dari negeri Perak. Untuk mengetahui kenapa ramai pelari suka sangat sertai acara larian ni, mari kita throwback sikit LHKSNS 2018.
Tiket Penyertaan Termurah
LHKSNS merupakan satu-satunya acara larian dengan yuran termurah yang ditawarkan di Malaysia dengan jarak larian 15KM dan 10KM. Yuran penyertaan adalah RM35 sahaja bagi jarak larian 15KM dan merupakan kategori paling popular. Ianya adalah kerana dengan nilai yuran penyertaan tersebut peserta akan mendapat lebih banyak barangan di dalam racekit serta Finisher Tee yang diberikan 2 tahun setiap kali penganjuran.
Suasana Kampung
Bagi pelari bandar macam saya ni, jarang-jarang berpeluang lari di dalam kampung. Begitulah juga bagi kebanyakkan pelari lain yang mengambil peluang menikmati suasana kampung di Kuala Kangsar. Bila dapat berlari dengan menghirup udara segar kampung, 15KM tak terasa penatpun. Apa tah lagi penduduk kampung pula takkan pandang pelik kat kita malahan kebanyakkannya akan keluar rumah dan melihat kita berlari sambil memberi sokongan. Dah macam atlet perasaannya tau.
Kuih Kampung dan Makanan Percuma
Ini adalah diantara sebab paling UTAMA kenapa ramai pelari suka dengan acara ni, iaitu makanan PERCUMA. Bukan tak pernah jumpa karipap ataupun donat, tapi bila dapat makan kuih-muih di tepi jalan ketika berlari tu feeling nikmat dan perasaannya lain macam sangat. Peniaga-peniaga di sini akan sediakan kuih-muih untuk semua pelari secara percuma. Oleh kerana makanannya free, jadi biasanya kuih-muih di checkpoint ni akan cepat habis. Jadi kalau nak makan kuih saya cadangkan janganlah berehat terlalu lama pada awal-awal larian. Ambil kuih dan terus berlari, kalau tak nanti kuih di next checkpoint pula nanti habis.
Semakin jauh jarak larian, semakin sedap pilihan makanan yang disajikan. Ada juga makanan kampung seperti lempeng, keropok lekor dan air kelapa muda. Pergh~ Sambil saya tulis blog ni pun dah terbayang kelapa muda sejuk yang saya minum tahun lepas.
Gathering
Kebanyakkan komuniti pelari akan mengambil peluang menyertai LHKSNS kerana ianya merupakan peluang keemasan untuk gathering dan berjumpa sesama mereka. Kalau biasanya mereka sertai acara larian yang lebih serius tetapi di Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah hanya perlu berlari santai dan tak perlu training. Jadi tak hairanlah ahli dari group seperti Malaysian Stroller Runners Community biasanya akan join dan berlari sambil menolak stroller. Sebenarnya ada banyak kumpulan runner di Malaysia dan kebanyakkannya akan berkumpul kat sini. Bayangkanlah macam mana meriahnya suasana ketika berlari di LHKSNS bila semuanya dapat berkumpul dan berlari bersama-sama. Dah macam hari raya~
Sawah Padi
Seriously, berapa banyak acara larian kat Malaysia ni yang beri peluang kita berlari di sawah padi? Mungkin ada, tapi tak banyak. Tengoklah sawah padi kat Kuala Kangsar ni sangat cantik dan menenangkan. Masa di sawah padi ni lah kebanyakkan pelari akan bergambar ala-ala model majalah Mangga sambil bergaya ala-ala penat berlari. Mungkin berjam-jam juga bergambar kat sawah padi ni sampai boleh jem sekejap kat sini.
Selain tu oleh kerana kita berlari pada waktu pagi, jadi lighting kat sawah padi masa ni sangat cantik. Semua gambar kat sini cantik-cantik macam tak percaya saya yang ambil gambar-gambar ni. Ohya, alang-alang kita kat sawah padi ni saya nak nasihatkan kalau boleh pakailah kasut run yang sesuai. Takkan nak pakai Adidas Ultra Boost yang mahal tu masuk bendang.
Persembahan Budaya
Selain kita dihidangkan dengan makanan kuih-muih kampung yang sedap-sedap, pelari juga dihidangkan dengan persembahan jalanan dan kebudayaan oleh penduduk kampung sendiri. Antaranya adalah persembahan dari kumpulan busker dan joget lambak. Bayangkanlah kita yang tengah berlari ni, tiba-tiba ada pulak kumpulan pakcik dan makcik dengan pakaian tradisional mengajak kita berjoget lambak. Malu apa bossku, jadi ramailah pelari yang turut sertai berjoget sekali.
Suasananya dah macam kenduri kahwin sebab begitu meriah dan happening.
Medal dan Finisher Tee
Untuk yuran semurah RM35, medal LHKSNS bukanlah cikai-cikai. Medalnya sangat cantik dan berkualiti setaraf acara larian yang kita bayar mahal-mahal tu. Tiada masalah dari proses pemberian medal di garisan penamat dan semuanya berjalan dengan sangat lancar walaupun dengan penyertaan yang ramai. Pada tahun 2018, tiada finisher tee disediakan bagi jarak larian 15KM kerana ianya hanya diberikan setiap 2 tahun penganjuran. Ini bermakna, siapa yang masuk tahun 2019 bagi jarak 15KM akan dapat finisher tee. Berbaloi-baloi sangat.
VacayRun
Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ni sememangnya acara larian untuk VacayRun iaitu Vacation + Run. Kadang-kadang pelari tegar macam saya, memang perlukan reason untuk sertai acara larian luar dari Lembah Klang kerana ianya melibatkan kos perjalanan. Biasanya saya akan cari acara larian untuk sertai terlebih dahulu dan kemudiannya barulah merancang apakah aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di kawasan sekitar. Kalau yang bawa family juga akan berfikiran macam ni. Contohnya suami sertai acara larian, isteri dan anak-anak boleh dibawa shopping atau makan angin sekali.
Tau tak di Kuala Kangsar sendiri ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti Masjid Diraja Kuala Kangsar dan Victoria Bridge. Jadi lepas habis run, memang sesuai sangat bergambar kat sini sambil memperagakan medal.
Post-Run
Kalau masa run tadi kita dah makan makanan yang sedap-sedap, itu belum cukup lagi sebenarnya. Di Kuala Kangsar ni, banyak tempat-tempat makan yang wajib singgah seperti pilihan gerai laksa dan cendol yang terdapat di tepi sungai perak. Orang kata laksa kuala kangsar ni lain sikit dari laksa di negeri lain. Jadi kalau dah sampai tu kenalah cuba.
Macam saya haritu, bukan saja kat Kuala Kangsar tapi sampai ke Ipoh saya cari makan.
Jadi itu saja diantara sebab-sebab menarik kenapa LHKSNS menjadi tumpuan ramai pelari. InsyaAllah saya sendiri akan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019. Jumpa lagi!
Di bawah ini adalah diantara video suasana LHKSNS yang sempat saya rakam tahun lalu. Enjoy!
10,984 total views, 1 views today
yee..dapat join lagi tahun ni..hehehe
Next time mohon share info pasal larian nie. Rawlins nak join gak sebab nampak sangat enjoy. Rawlins suka fun run sebegini sebab bukan seorang hardcore runner.
Mohd Zarin, thanks so much for your awesome sharing. My buddy and myself we are so lucky to have signed up for 15km run and this is our 1st time joining this event, we both comes from Penang & KL. If you could also share info on where we can find accommodation for this event, worse worse we will just do camping lah!
HI thank you, Im not sure about the accommodation. But there are a lot of 2-3 star hotels and homestays around there.
So cute the ala2 kampung style by the runners! Love seeing things like this that incorporate culture!
The photos are awesome! Love the one with the paddy field as the background. Green field, blue sky, pleasing to the eyes. The run looks fun! Keep it up!
Irene recently posted…How to Identify Illicit Booze in Malaysia?
Yang pasti suasana yang damai, jika laluan larian macam dalam kampung. Janji kesihatan ok
Wahh ramai juga ye peserta yang join. Semua nampak happy je lari. Pakaian orang kampung tu memang rare. Hehe.. siap ada tolak stroller. Nampak lain dari yang lain. Biasa orang lari nI nampak formal je. Bagus betol program larian ni. Sebabtu sambutan hangat.
Bestnya larian ini kerana dapat lari bukan sahaja kat bandar tapi juga dapat masuk kawasan hutan dan juga sawah pagi menarik gilerrr patut ramai oran join. Dah lama kita tak masuk larian ni rindu nak lari wakakakaka…
Such a fun and interesting run! Especially the makanan kampung which is the authentic taste that we can’t get normally outside.
Such a fun and interesting run! Especially the makanan kampung which is the authentic taste that we can’t get normally outside. If its me joining this run I think I will be super distracted by the sceneries and take lots of photos..haha
Li Chuen recently posted…Sudio Tolv Review + 15% discount
Wahh bestnya fun run ni, tengok pun dah rasa meriah sangat, ada yg berhias cantik dan ada yg bawak stroller lagi. Kalau larian macam ni boleh le sis join..kalau lari yang beria ia tu memang tak dapat le sb semua tulang dah rapun..hehehe.
Patutlah sambutan yang menggalakkan. Walaupun event ni di buat nun jauh di utara, namun mendapat sambutan dari peserta dari pelbagai negeri. Acaranya yang santai, lain dari lain yang buat orang ramai seronok turut serta.
Wah seronoknya ada pelari berlari menggunakan pakaian batik, lari pula dekat bendang sawah, tahniah diatas penyertaan anda semua saya suka tengok gambar-gambar cantik.
Bestnyaaa, lain dari yang lain..
Sambil berlari menghirup udara segar kampung…
Berlari pulak pakai baju kurung dan berkain batik, alahaiii seronoknyaa…
Aslm sy nak sangat join jika ada sape2 yg nak tukar nama atau tak dpt lari boleh contact saya 01126298610
seronoknya berlari di bendang, seronok sebab laluan larian dia agak rare dan kita boleh menikmati pemandangan kampung yang sangat cantik
Pertama kali tahu pasal LHKSNS ni. Kita teruja nak join gak lain kali. Nampak kemeriahan dan semangat semua peserta. Medal pun lawa seyh.. Bagusnya aktiviti sebegini. Mohon share lain kali awal² eh… Kita nak join gak
Nina Mirza recently posted…Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …
Sempoi betul kakak-kakak pakai baju kurung kedah tu laru. Kalau kita mmg x lah sat lg tersadung tak pasal2 sbb jenis kalut huhu
no wonderlah makin kurus dan sihat. sentiasa join acara larian rupanya. baguslah acara larian nie. siap ada yg begitu sporting berlari dengan baju kurung n baju melayu. mesti best ada acara larian bertema sebegini
Zharif Azis recently posted…Peluang Terakhir Membeli-belah Baju Raya di Jakel Sebelum Syawal Tiba