Kalau petang-petang memang layan je kalau dapat minum teh tarik sambil makan kuih. Lagi sedap kalau dapat makan kuih-muih tradisonal macam lepat pisang ataupun lempeng. Mana nak cari ye?
Di Shah Alam, terdapat sebuah kafe yang memang khusus menjual kuih-muih tradisional yang diberi nama Kueh. Terletak di Seksyen 13, kafe Kueh ni sangat senang untuk dicari kerana signboard “Kueh”nya dari jauh dah boleh nampak.
Konsep di dalam kafe “Kueh” ni sangat simple dan straight to the point. Kita pilih sendiri kuih yang kita inginkan dan terus bayar dikaunter. Kuih-kuih kat sini dijual dengan harga RM4 untuk 5 biji manakala RM7 untuk 10 biji. Maksudnya sebiji kuih berharga 70 sen sehingga 80 sen seketul. Yelah, mana nak cari kuih 20 lagi zaman sekarang ni.
Memang terdapat banyak pilihan kuih kat sini sehingga kuih yang tak tau nama pun ada. Diantara kuih yang saya kenal adalah seperti kuih Sagu, Lepat, Koci, Apam, Ketayap dan macam-macam lagi.
Semua kuih-kuih kat sini memang sedap dan ada rasanya yang tersendiri. Memang santai betul makan kuih kat sini petang-petang sebab kat sini mengutamakan konsep tradisional. Perkhidmatan WIFI pun tidak disediakan, sehingga pengunjung diminta bercakap diantara satu sama lain seolah-olah pada tahun 1972.
Bagi yang inginkan makanan berat pula, kat sini juga ada menu seperti Laksam, Nasi Dagang, Nasi Lemak Bungkus dan macam-macam lagi. Diantara menu yang saya cuba rasa adalah ubi kayu rebus, rojak buah dan juga lempeng. Dah lama juga rasanya saya tak makan lempeng ni lebih-lebih lagi dengan sambal ikan bilis. Nolstagia kampung seolah-olah datang kembali setelah menikmati lempeng yang lembut bersama dengan sambal ikan bilis yang pedas ni.
Selain dari kuih-muih yang sedap, apa yang saya suka mengenai Kafe Kueh ini adalah perkhidmatan mereka yang cepat dan teratur. Walaupun orang ramai, tapi rasa macam semuanya berjalan dengan lancar.
Jom kita mengimbau nolstagia lama dengan menjamu kuih di Kafe “Kuih” di Shah Alam.
Kafe Kueh
Jalan Renang 13/26,
40100, Shah Alam,
No telefon : 0355235466
13,653 total views, 1 views today











