Sekarang ni memang famous betul dengan Muzium 3D. Tapi siapa sangka di Langkawi pun rupanya dah ada Muzium 3D yang bukan saja terkenal malahan telahpun dirasmikan oleh Tun Mahathir. Pada beberapa bulan selepas perasmian muzium ni pula, Tun datang sekali lagi bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Memang comel melihat aksi-aksi Tun bergambar kat sini. Saya juga dimaklumkan Langkawi Art In Paradise ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan yang ke dua terbesar di dunia. Wah, memang betul-betul best kalau macam ni.
Langkawi Art In Paradise ini sebenarnya terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Selain dari Langkawi Art In Paradise, di Oriental Village ini juga adalah lokasi terkenal untuk menaiki SkyCab, DuckTours dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau datang ke sini dah macam cover separuh attraction di Langkawi.
Harga tiket di sini adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Harga ini mungkin berbeza sekiranya dibeli secara pakej bersama SkyCab ataupun DuckTours. Mula-mula je bila masuk ke dalam muzium 3D ni, semua pengunjung diwajibkan untuk membuka kasut. Petugas akan meletakkan kasut kita di dalam tempat khas. Dah serupa macam nak main bowling, cuma kali ni tiada kasut khas yang diberikan.
Aktiviti utama di sini sudah tentulah bergambar dengan setiap lukisan yang disediakan. Macam-macam gambar yang ada di sini sampai rambang mata nak mulakan yang masa satu. Kita bebas nak bergambar dengan lukisan yang mana satu dengan syarat kita yang ambil gambar tu sendiri.
Pada setiap check point gambar akan ada satu sign di mana jurugambar patut berdiri supaya dapat angle yang betul. Setiap lukisan di sini hanya boleh nampak realistik sekiranya gambar diambil pada angle dan jarak yang betul Saya juga sarankan supaya jangan gunakan flash sebab beberapa dinding kat sini akan memantulkan semula flash tu dan dah tak nampak realistik nanti gambar kita. Terdapat juga gambar-gambar contoh yang diletakkan di beberapa bahagian muzium ini supaya kita boleh jadikan guide.
Terdapat sebanyak 9 zon lukisan diantaranya adalah “Safari Zone”, “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Sebenarnya setiap lukisan ini dilukis pada dewan ataupun hall yang sangat luas. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga.
Mengikut pengalaman saya, walaupun ianya adalah lukisan 3D tapi tak kira tua ke muda pasti excited nak bergambar. Tak kisah menggunakan kamera murah atau mahal, saya yakin hasil gambarnya tidak akan mengecewakan.
Dari satu tingkat ke satu tingkat, semua lukisan kat sini memang nampak sangat cantik. Semakin banyak bergambar semakin rasa tiket yang dibayar memang bersesuaian dengan harganya kerana begitu banyak sekali lukisan-lukisan yang cantik di sini. Bayangkanlah kalau Tun Mahathir pun sanggup berposing bergambar, inikan pula parents saya yang juga sanggup buat macam-macam posing.
Begitulah pengalaman di Langkawi Art In Paradise. Saya sarankan kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Langkawi supaya menjadikan lokasi ini sebagai salah satu lokasi wajib.
Alamat:
Oriental Village, Burau Bay,
07000 Langkawi Kedah
Waktu Operasi : Setiap Hari 9am – 6pm
No Telefon : +60135091209
Harga Tiket : RM30 Dewasa RM20 Kanak-Kanak
RM38 Dewasa (Non Malaysia) RM28 Kanak Kanak (Non Malaysia)
Facebook : https://www.facebook.com/aiplangkawi
Pengalaman lain di Langkawi
Hotel Adya Langkawi
https://mohdzarin.com/blog/adya-hotel-langkawi/
Laksa Ikan Sekoq
https://mohdzarin.com/blog/laksa-ikan-sekoq-langkawi/
Tip Shopping Duty Free Langkawi
https://mohdzarin.com/blog/shopping-duty-free-di-langkawi/
16,821 total views, 1 views today
terima kasih share info. akan bercuti ke langkawi minggu depan, bolehlah singgah ke tempat nie. 🙂
Oja Samid recently posted…Kepentingan Asid Folik | Jangan Abaikan Jika Ingin Mengandung
haritu visit secara tak sengaja. memang best tempat ni
Uncle Zuan recently posted…Jom Kita Travel ke Eropah
[…] dan family telah mengambil pakej bersama SkyDome dan 3D Art Museum. Sebelum kami dibenarkan menaiki SkyCab, kami diminta untuk masuk ke dalam SkyDome terlebih dahulu. […]
[…] di beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Taman Lagenda serta Art in Paradise. Kehadirannya terus menceriakan suasana lebih-lebih lagi pada majlis hari jadi serta hari […]