Walaupun di Malaysia pasaran telefon pintar lebih didominasi oleh Samsung dan iPhone namun sebenarnya permintaan untuk model terbaru BlackBerry masih tinggi lebih-lebih lagi dari negara seperti Indonesia. Semalam, telefon pintar terbaru dari BlackBerry iaitu Z3 telahpun dilancarkan. Saya yang kebetulan dijemput untuk majlis pelancaran telefon tersebut turut melaporkan suasana di sekitar majlis semalam. Kehadiran saya sebenarnya adalah sebagai salah seorang wakil dari Les’ Copaque Production dan yang membantu menyediakan informasi terkini berkaitan kerjasama di antara Les’ Copaque dan BlackBerry. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kerjasama itu, anda kenalah baca di blog Upin & Ipin nanti.
Majlis Pelancaran Blackberry Z3 ini dihoskan oleh Julie Woon, iaitu salah seorang personaliti TV, pelakon dan juga pengacara majlis-majlis korporat. Dengan kehadiran media yang sangat memberansangkan, Z3 telahpun diumumkan oleh Pengarah Urusan IndoChina BlackBerry iaitu Ben Quirin. Z3 telahpun dilancarkan pada bulan lepas di Indonesia dan dimaklumkan ianya dijual macam goreng pisang panas. Dengan code name “Jakarta”, BlackBerry Z3 di Indonesia telahpun dijual melebihi dari jangkaan awal. BlackBerry Z3 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 Julai 2014 dengan harga RM699.
BlackBerry Z3 ini adalah untuk medium range user yang menawarkan beberapa ciri minimal seperti saiz screen 5 Inci, 8Gb internal storage, kamera 5 Megapixel dan 1.1 Megapixel untuk kamera hadapan serta bateri dengan kapasiti 2500mAh. Walaupun nampak agak basic, tetapi BlackBerry sememangnya mensasarkan Z3 ini untuk golongan pertengahan yang ingin merasai pengalaman menggunakan BlackBerry OS 10. Menurut BlackBerry, kebanyakkan pengguna telefon pintar di Malaysia dan termasuk negara-negara asia tenggara yang lain mempunyai sekurang-kurangnya 2 telefon bimbit. Oleh itu tidak mustahil sekiranya telefon ke 2 tersebut adalah BlackBerry Z3.
Selain itu, BlackBerry Malaysia juga turut mengumumkan peraduan secara online yang diumumkan oleh Suhara Abd. Hamid, Pengurus Senior Pemasaran BlackBerry Malaysia. Peraduan yang diberi nama “Stop Missing Out” ini membolehkan pemenang meluangkan masa bersama selebriti terkenal tanah air yang juga pengguna tegar BlackBerry. Selebriti yang terlibat adalah Aizat Amdan, Daphne Iking, Rina Omar dan Nazrudin Rahman. Peserta hanya perlu memuat naik gambar bersama BlackBerry Z3 mereka dengan slogan yang menarik. Peraduan ini masih boleh dibuka namun begitu untuk info lanjut sila layari http://StopMissingOut.com.my.
Pemilihan selebriti yang terlibat adalah di atas faktor kesetiaan mereka sebagai pengguna BlackBerry. Contohnya seperti Daphne Iking yang merupakan pengguna BlackBerry untuk sekian lamanya. Dia sendiri sudah menggunakan dan menukar beberapa jenis model BlackBerry dari zaman BlackBerry belum terkenal di Malaysia lagi. Sekarang Daphne Iking selesa mengunakkan BlackBerry Z30nya yang berwarna putih.
Pada majlis pelancaran ini juga, salah seorang rakan media iaitu dari Astro telahpun menerima 1 set BlackBerry Z3 secara percuma melalui cabutan bertuah. Saya juga sebenarnya dah letak namecard, tapi kurang bertuah. Takpelah, takde rezeki. Tahniah diucapkan.
Jadi kepada pengguna BlackBerry ataupun yang ingin mencuba BlackBerry Z3 jangan lupa untuk pergi ke outlet BlackBerry bermula dari 7 Julai ini.
3,801 total views, 1 views today
wow!! menarik kan.. denaihati pun ada datang event ni.. 🙂
Jom beli Z3