Kalau kebiasaannya kita selalu dengar jenama Hard Disk seperti Seagate dan Western Digital tapi kali ini mari kita berkenalan dengan Hard Disk jenama LaCie. Jenama LaCie ni sebenarnya dah lama berada di pasaran antarabangsa tetapi agak kurang terkenal di Malaysia. Jenama LaCie adalah berasal dari negara France mereka lebih memfokuskan Hard Disk berkualiti Premium. Dengan kata lain, Hard Disk LaCie kebiasaannya dijual lebih mahal berbanding dengan jenama popular lain. Setiap Hard Disk keluaran LaCie akan memfokuskan kepada ciri-ciri berbeza. Sebagai contoh, diantara Hard Disk Lacie yang terkenal adalah LaCie Porsche Design yang dijual dengan harga mencecah RM600 untuk hard disk bersize 1 TB.

lacie

hdd

IMG_3128LaCie Rugged USB 3.0

IMG_3150Interface USB 3.0

Advertisements

Hard Disk pilihan saya ini adalah jenis Rugged USB 3.0 500GB. Kelebihan utama Hard Disk ini adalah ianya sangat tahan lasak kerana terdapat 4 layer yang melindungi hard disk sebenar. Hard Disk ini kalis air, tahan hentakan dan tidak akan rosak sekiranya terjatuh. Berdasarkan ujian ketahanan yang dibuat oleh orang lain di Youtube, Hard Disk ini mampu berfungsi walaupun sudah disepak seperti bola berulang kali. Selain itu, pelindung getahnya yang berwarna oren nampak sangat elegen dan cantik. Hard Disk Rugged ini juga ditawarkan dengan 2 interface berbeza iaitu USB3.0 dan Thunderbolt.

IMG_3145Rekaan yang unik dan menarik

IMG_3144Walaupun agak tebal, tetapi Hard Disk ini sebenarnya sangat ringan

IMG_3134LaCie Rugged

Secara kesimpulannya Hard Disk ini sangat sesuai bagi mereka yang risau tentang kehilangan data akibat hentakan dan sebagainya. Dengan size yang kecik dan ringan Hard Disk ini sangat selamat di bawa ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi ketika sedang bercuti ataupun aktiviti lasak. Bagi yang nak mendapatkan Hard Disk ini bolehlah dapatkan di cawangan Harvey Norman ataupun Machine. Bye-Bye~

Overall
Design : Price : Durability : Manual/Guide : Size :

Video Promo LaCie Rugged

 2,690 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.