Assalamualaikum & Salam Sejahtara,
Saya sebenarnya dah lama tak naik public transport seperti bas ataupun LRT. Boleh dikatakan lebih 10 tahun semenjak saya menggunakan kenderaan sendiri ke mana-mana saja. Baru-baru ni saya berpeluang mencuba sendiri perkhidmatan KTM ETS untuk balik ke Ipoh, Perak. Rupanya senang saja nak ke Ipoh menaiki train. Buat masa ni, perkhidmatan ETS ini beroperasi dari KL Sentral dan menuju ke utara hentian terakhir iaitu di Ipoh. Saya dengar, perkhidmatan ini akan dilanjutkan sehingga ke Pulang Pinang dan Hatyai tidak lama lagi.
Sebelum boleh menaiki ETS ni, saya dah membeli tiket ETS ni beberapa hari lebih awal di KL Sentral. Selain itu juga, tiket boleh dibeli secara online melalui laman web KTM. Tiket ETS ni selalu cepat habis oleh itu kita kena beli lebih awal. Terdapat 2 jenis tiket iaitu tiket jenis Silver dan Gold. Saya telah membeli tiket jenis Silver yang berharga RM25 manakala tiket Gold adalah berharga RM35. Perbezaan kedua-dua jenis tiket ini adalah dari segi jumlah hentian stationnya. Untuk tiket Gold, trainnya akan lebih kurang berhenti jika dibandingkan dengan Silver.
Walaupun tiket saya adalah pada jam 9 pagi tapi saya dah berada di KL Sentral seawal jam 7.30 pagi. Saya ingat saya orang yang paling awal menunggu, rupanya dah ramai juga yang menunggu train jam 9 pagi seawal saya. Sekitar jam 8.45 pagi, pegawai KTM telah membenarkan semua penumpang masuk ke dalam train. Masa panggilan dibuat, saya tengok ramai yang bergegas nak masuk ke train seolah-olah berlumba mengambil tempat duduk. Tapi saya rasa tak perlu nak berlumba sebab semua penumpang harus duduk mengikut nombor seat yang telah ditetapkan semasa membeli tiket.
Pada tiket ini juga, selain maklumat mengenai tempat duduk, terdapat juga maklumat mengenai jenis koc (gerabak). Saya telah memilih gerabak A yang memilih seat memandang ke depan. Kalau saya pilih memandang ke belakang nanti pening pula. Tak sangka suasana dan keadaan di dalam ETS ni sangat selesa dan bersih. Kerusinya sangat selesa dan aircondnya sangat sejuk. Dengan keadaan yang sangat selesa ini, perjalanan 2 jam pun pasti tak terasa.
Tepat jam 9 pagi barulah ETS ini memulakan perjalanan ke Ipoh. Tak sampai 15 minit perjalanan, masuk seorang pegawai KTM yang memeriksa tiket untuk memastikan tiket dan tempat duduk adalah sah. Nasib baik tak buang lagi tiket masa tu. ETS akan berhenti di beberapa station untuk menurunkan dan mengambil penumpang.
Memang sangat selesa ketika berada di dalam ETS ni. Itulah yang ingin saya cakapkan berulang kali. Memang sangat berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.
Perjalanan menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa sekitar 2 jam lebih. Memang satu pengalaman yang sangat menarik lebih-lebih lagi bagi saya yang jarang menaiki pengangkutan awam. Terima kasih kepada KTM kerana menyediakan perkhidmatan yang begitu baik dan sistematik. InsyaAllah lepas ni kalau dan buka perjalanan ke Pulau Pinang, saya nak cuba ke sana pula menaiki ETS.
47,984 total views, 1 views today
Comey pegawai KTM tu kihkih
JMR recently posted…Buffet Ramadhan Laman Kayangan, Shah Alam
Pegawai KTM yg cek tiket pon boleh tahan..
Sudah lama tidak naik keretapi. Memang ada laluan ETS dikawasan tempat tinggal cuma masalah adalah tidak efektif untuk saya gunakan kerana masa banyak terbuang didalam perjalanan dan hentian destinasi pula jauh dari tempat yang ingin dituju terpaksa naik kenderaan awam lagi.
akubiomed recently posted…Jom sahut cabaran kempen #ErtiSosial Digi
Tuan, nak tanye.. Ada jualan makan2 tak dlm koc. Maksud saya, mcm menu2 ke…hihi
Tiket memang kena beli awal ke?
Ye, macam beli tiket flight
Ke kamunting xde ke. Haha. First time nk guna nih
pramugari tu..memang lawa..ehehe
reezluv recently posted…Arahan Penutupan Sekolah di Kedah & Perlis Oleh Kementerian Pendidikan
Tu bukan pramugari.. tu orang cek tiket je.. hehe
Lawa2 pon depa isteri org gak bro
Nak tanya kaunter tiket ets buka pukul berapa ye ?
Haii , nak tanya kalau harga tiket pegi balik macam mana ye?
Nk tny kt gerabak tu ad tulis ke huruf A,B semua sblm
Naik ??
Bole tahan ke comey ke mereka tu kalo isteri org lu mau ayat gak ke??kebanyakan nye mereka isteri org..kalo nk lebam biji mate lu try la kaco bini org