Istimewa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan promosi istimewa Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil. Sebelum saya kongsikan mengenai program raya tersebut, saya nak berkongsi sedikit mengenai Pavilion Bukit Jalil. Ini sebenarnya adalah shopping mall yang baru dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan ianya merupakan di antara shopping mall yang terbesar dengan 1.8 juta kaki persegi. Semasa saya datang ke Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pun saya dapat rasakan jauhnya berjalan dalam mall ni. Pavilion Bukit Jalil ni masih mengekalkan ciri-ciri dan elemen yang seakan-akan dengan Pavilion KL pada center courtnya membuatkan kita rasa seolah-olah macam pernah datang ke sini. Mari saya bawakan anda semua suasana ketika pelancaran program Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil.
Pelancaran Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil telah berlangsung pada 9 April 2022 yang lalu dengan penuh warna-warni. Center court shopping mall dihiasi sungguh cantik dengan elemen kampung serta semulajadi yang mengasyikkan. Terdapat juga elemen dan mood raya seperti makanan dan props yang mengamit nolstagia kita. Memang cantik dan terpegun sekejap bila sampai di sini, seolah-olah sedang berada di dalam kampung Upin & Ipin. Disekelilingnya dilengkapi dengan bazar artis yang menjual pelbagai persiapan Hari Raya. Disetiap sudutnya pula terdapat gambar-gambar Upin, Ipin dan kawan-kawannya yang membuatkan rasa geram kalau tak bergambar bersama.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan setiap hari di sini seperti persembahan artis, demo memasak, persembahan fashion raya dan persembahan istimewa Upin & Ipin. Sesiapa yang merancang datang ke sini pasti akan rasa terhibur dengan dengan menu persembahan yang disediakan.
9 April 2022 – Upin & Ipin Meet & Greet (2pm & 6pm)
16 April 2022 – Cake Tutorial by Kek & Co (2pm & 6pm)
16 April 2022 – Ria Raya Dance Parade (2pm & 6pm)
17 April 2022 – Celebrity Fashion Week (2pm)
20 Apr 2022 – Upin & Ipin Meet & Greet (2pm & 6pm)
22 April 2022 – Family Bite Share More Joy (5pm)
23 Apr 2022 – Ria Raya Dance Parade (2pm & 6pm)
23 Apr 2022 – Upin & Ipin Meet & Greet (2pm & 6pm)
24 Apr 2022 – Hari Raya Celebration with Ukulele (12pm)
24 Apr 2022 – KL Junior Fashion Show by ALIST Malaysia (3pm)
30 Apr 2022 – Upin & Ipin Meet & Greet (2pm & 6pm)
30 Apr 2022 – Ria Raya Dance Parade (2pm & 6pm)
1 May 2022 – Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Universe Preview Show (2pm)
Cantikkan? Ha, memang cantik betul suasana di Pavilion Bukit Jalil ni. Jadi kalau ada kesempatan dan merancang nak shopping raya bolehlah ke sini. Untuk info lanjut sila layari https://www.pavilion-bukitjalil.com/features/pavilion-bukit-jalil-raya-bersama-upin-ipin.
944 total views, 1 views today
Pernah ke Pavi Bukit Jalil ni masa hari ketiga pembukaannya. Masa tu tak banyak lagi kedai yang bukak jadi rasa macam tak berbaloi pulak ke sana. Agaknya sekarang mungkin dah banyak dah kedai buka jadi ok lah kot. Teringin nak ke Habib Jewels kat sini sebab katanya bilik pameran terbesar di Malaysia. Budak2 mungkin suka la ni ada karektor Upin dan Ipin.
Seronoknya! Dalam masa mencari keperluan hari raya, dapat juga gembirakan hati anak-anak di sini. Comel betul Upin Ipin diorang. Dah 2 tahun mereka dirumah sahaja memang good timing sangat untuk bawa mereka jalan2 ke sini ^_^
Thanks so much for sharing this, my little niece loves upin iPin, gonna bring her to pavilion bkt jalil for this . Cheers Siennylovesdrawing
Wow… nice!!!! Love Upin & Ipin. They are adorable. Insya-Allah kalo ada masa saya terjah PV Bukit Jalil. Thank you for sharing this information.
Upin Upin ni memang best, bukan setakat yang kanak-kanak, saya pun minat sangat dengan kartun ni, cerita menarik, effect pun best. Memang best. Cuma saya tak berkesempatan nak ke Pavillion pula ni, kalau tak mesti dah cuba.
smartinvest101 recently posted…3 Cara Buat Unlimited Hotspot 2022
Meriah betul pavillion dgn upin ipin ni… Seronok kan rasanya kali ni dpt raya sama2 semuanya.. Meriah suasana pavi anak2 mesti excited jln sini
mcm2 aktiviti yg disediakan utk anak di pavi bukit jalil.. seronok.. kena bw anak ke sini
Wow! Meriah sungguh kan Raya Bersama tahun ni di Pavilion Bukit Jalil! Nell pun first time pergi aritue! Besaq giler mall ni! Best la orang2 yang dok area tue!
this is such a cute initiative. i am sure all the children will enjoy their time at pavilion with this unique collaboration!
Wowww betul-betul suasana kampung ni.. mesti meriah laaa anak-anak kecil datang sini nak jumpa dengan Upin Ipin.. inshaallah kalau ada rezeki nak juga ke sana laaa..
Sis Lin recently posted…HARLEY DAVIDSON PERKENAL DUA MODEL TERBARU MEREKA DI MAJLIS OPEN HOUSE MY22
Tak tahu rasa dekorasi raya tahun ni kat Pavilion macam kurang seperti sebelum pendamik.. tapi membawa upin ipin sangat ikonik lah meriah lah dengan kanak-kanak nanti kat sana hehehe…
Mahamahu recently posted…Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan ‘Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT’