Baru-baru ini saya berpeluang untuk menjamu selera di sebuah restoran yang mempunyai nama yang sungguh unik iaitu Rimba dan Rusa. Restoran ini bukanlah terletak di dalam hutan dan makan bersama rusa, tetapi ianya terletak di Kota Damansara berdekatan dengan Sunway Nexis. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di simpan jalan utama. Bila menjejakkan kaki ke dalam restoran Rimba dan Rusa, barulah saya tahu rupanya restoran ini di bawah pengurusan Wonder Milk yang terkenal dengan kek yang sedap.
Dekorasi di dalam Wonder Milk sudah tentulah bukan biasa-biasa. Ianya sangat cantik dan mempunyai konsep tersendiri. Dari rekaan kaunter, warna meja, susunan lampu hinggalah kepada pilihan makanan, Rimba dan Rusa nampak eksklusif dari semua sudut. Secara umumnya makanan di sini agak mahal sedikit kerana kualiti dan enrivonment sekitar.
Okay, mari kita terjah makanan dia pula. Kita mulakan dengan signature dish kat sini iaitu Laksa Rimba with Soft Shell Crab. Dengar nama je pun dah mencabar rasanya nak makan. Laksa Rimba ni menggunakan ketam lembut yang digoreng garing. Kuah laksanya mempunyai rasa seakan-akan laksa johor tapi mempunyai keunikan yang berbeza. Dihidangkan dalam mangkuk besar, memang susah nak habiskan Laksa Rimba ni seorang diri. Harga : RM30++
Menu yang saya cuba seterusnya adalah Pineapple Roasted Spring Chicken. Walaupun namanya Pineapple, tapi kacang kuda lebih banyak kelihatan di dalam hidangan ini. Rasa ayamnya sungguh unik dan berempah serta bercampur dengan rasa nenas. Di bahagian luar terasa garing, tetapi di bahagian dalam ayam sangat lembut dan juicy. Hidangan ni merupakan masakan fusion sehinggakan saya susah nak menggambarkan rasa sebenar masakan ini.
Hidangan yang seterusnya adalah Tamarind Salmon with Rice. Kalau sesiapa yang tahu, saya memang pengemar Salmon. Satu lagi hidangan yang susah nak digambarkan dengan kata-kata kerana ianya sedap. Ada sedikit rasa masam dan pekat menjadi pelengkap untuk hidangan ni. Thumbs Up!.
Sebenarnya ada banyak lagi hidangan yang menarik dan sedap kat sini tapi saya tak dapat nak cuba semuanya. InsyaAllah kalau ada masa dan rezeki saya akan ke sini lagi. Tapi apa-apapun sebelum mengakhiri makan-makan saya kali ni, saya juga nak cerita mengenai minuman kat sini. Saya telahpun mencuba Kopi Cap Rimau Bintang yang disediakan di dalam botol kaca yang sungguh hipster. Rasanya agak sedikit kuat dan kurang manis. Harga ; RM15 sebotol
Secara keseluruhannya Rimba dan Rusa sememangnya lokasi yang unik untuk menjamu selera bersama keluarga ataupun kawan-kawan kerana suasananya yang sangat tenang dan cantik. Kesemua makanan yang saya cuba, tidak mengecewakan namun mungkin bukan digemari oleh semua orang. Harganya mungkin sedikit overprice, jadi tak bolehlah nak makan selalu kat sini.
Alamat:
Rimba & Rusa
D-GF-01, Sunway Nexis,
Kota Damansara,
Petaling Jaya,
Waktu Perniagaan :
Selasa hingga Ahad (8am hingga 11pm)
Jumaat (4pm – 11pm)
Isnin Tutup
Facebook : https://www.facebook.com/rimbarusa/
Instagram : https://www.instagram.com/rimbarusa/
Website : www.rimbarusa.com
8,406 total views, 1 views today