Rasanya pasti ramai peminat Smiggle dah tahu yang Smiggle dah pun membuka cawangan terbaru mereka di KLCC dan yang pertama di Malaysia. Kalau sebelum ni, cawangan paling dekat adalah di Singapore kini semudah di KLCC saja. Bagi yang tak tahu pula, Smiggle ni merupakan jenama yang berasal dari Australia dan amat terkenal dengan barangan cenderamata yang berwarna-warni. Sebelum ni saya selalu shopping barang Smiggle di Vivo City Mall di Singapore tapi sekarang ni nak shopping hari-hari di KLCC pun boleh.
Smiggle di KLCC terletak di tingkat 2 dan berdekatan dengan escalator. Sekali pandang, cawangan Smiggle ni tidaklah sebesar di Singapore tapi cukup untuk mempamerkan macam-macam barangan yang berwarna-warni. Dari alat tulis, peralatan melukis hinggalah kepada beg pelbagai saiz yang terdiri dari warna pink, hitam, hijau dan biru. Memang sesuai untuk sesiapa yang kumpul barangan Smiggle dan simpan sebagai koleksi. Boleh dikatakan, dari taknak beli pun akhirnya nak terbeli juga barangan kat sini.
Namun begitu bukan semua barangan Smiggle ni murah dan berbaloi. Kalau sesiapa yang tak pernah beli barangan Smiggle mesti rasa harga kat sini sangat mahal. Cukuplah kita tengok harga keychain huruf yang dijual dengan harga RM20++ untuk satu unit. Manakala beg bersaiz kecil pula yang berfungsi sekadar menyimpan alatan mewarna berharga RM50++.
Walaupun harga kat sini agak mahal, tapi semua barangan kat sini berkualiti dan tahan lama. Saya sendiri ada beberapa barangan Smiggle yang dah dibeli 2-3 tahun yang lalu dan masih elok hingga kini.
Jadi tak salah kalau nak cuci mata di Smiggle KLCC sebab dari semasa ke semasa Smiggle akan membuat promosi dan jualan murah.
Smiggle KLCC
Lot No. 241, Level 2,
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre
Phone: 03-2382 2828
30,572 total views, 1 views today
Bro snap picture guna kamera ke hanphone cantik coloringnya
Khairul Zamri recently posted…Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Ni camera Sony A7R
boleh tak buat kedai smiggle dekat cukai kemaman???
sorry
smiggle is my life