Tag - Featured

Mini Konsert Cita Citata Live in Johor Bahru

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut yang sedang popular dengan lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”. Cita Citata penyanyi dari Bandung, Indonesia bukan sahaja terkenal di Indonesia malahan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mini Konsert Cita Citata telahpun diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru bersempena dengan promosi album terbarunya. Saya berpeluang menonton konsert ini di Johor walaupun konsert ini turut diadakan di Menara KL.

Saya bukan sahaja meminati lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”, malahan saya dan wife juga merupakan peminat setia BestFM. Kebetulan, BestFM adalah radio rasmi bagi mini konsert Cita Citata. Jadi peluang untuk melihat dari dekat penyampai BestFM memang saya tak lepaskan.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Tiket Konsert Cita Citata

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Azhar dan Ieqa dari BestFM

Read More

 11,621 total views

DaDuDiDo Musim 2

Pada tahun lepas, Les’ Copaque Production telahpun menyiarkan animasi pendek yang bertajuk “DaDuDiDo” di saluran YouTube Les’ Copaque (http://youtube.com/lescopaque). Animasi berdurasi 1 minit ini telahpun ditonton oleh berpuluh ribu peminat animasi bukan sahaja dari Malaysia. Animasi ini diterbitkan dan disiar secara eksklusif hanya di saluran YouTube Les’ Copaque.

DaDuDiDo

Pada tahun ini, Les’ Copaque Production sekali lagi menerbitkan musim ke 2 “DaDuDiDo” yang juga disiarkan diplatform yang sama. Episod baru kali ini masih mengekalkan 4 watak utama iaitu Da, Du, Di dan Do di dalam dunia fantasi mereka. Terdapat 6 episod secara keseluruhan dan akan mula disiarkan bermula pada 1 Mei 2015. Read More

 5,636 total views

Tempatan Fest Ipoh

Sebagai peminat pakaian jenama lokal , Tempatan Fest sememangnya menjadi salah satu event yang saya dinanti-nantikan. Tempatan Fest Ipoh telah diadakan pada 4 & 5 April di PORT Ipoh dan menjadi Tempatan Fest yang paling meriah setakat ini. PORT ataupun People Of Remarkable Talents adalah “port” baru di Ipoh bagi anak muda berkarya dan berkongsi segalanya berkaitan dengan aktiviti kreatif dan seni. Dengar kata ini adalah pertama kali event sebesar ini diadakan di PORT. Moh kita tengok apa yang menarik kat sini.

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

PORT Ipoh

Apabila menjejakkan kaki di Tempatan Fest Ipoh, perkara pertama yang saya perasan adalah kekurangan parking. Ini adalah kerana tiada langsung parking awam yang disediakan untuk event sebesar Tempatan Fest. Jadi semua pengunjung terpaksa meletakkan kereta di kiri dan kanan jalan utama yang mana ianya sudah penuh seawal jam 9pagi. Suasana di hadapan pintu masuk PORT agak sesak namun terkawal kerana adanya bantuan dari Rela. Read More

 9,882 total views

Kopi XOXO

Baru-baru ni saya ke Bangsar semata-mata untuk melihat apakah keistimewaan cafe terbaru yang sedang hangat diperkatakan iaitu Kopi XOXO. Kopi XOXO ni berkonsepkan butik cafe dan dipunyai oleh pelakon wanita yang tidak asing lagi iaitu Nora Danish. Saya dimaklumkan juga, Kopi XOXO ini juga turut diuruskan oleh sahabat baik Nora iaitu Betty Rahmad. Setiap hari saya tengok ramai rakan artis yang datang ke Kopi XOXO dan nampak macam seronok je lepak kat sana. Lebih-lebih lagi kalau ada Nora Danish jadi cashier ataupun servekan makanan.

Kopi XOXO Bangsar

Kopi XOXO

Kopi XOXO Bangsar

Suasana di dalam Kopi XOXO

Read More

 11,308 total views

Kuih Keria Antarabangsa Melaka

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Baru-baru ni saya telah bercuti-cuti di Melaka dan sambil-sambil tu saya mencari destinasi untuk makanan unik di Melaka. Ada banyak sebenarnya tempat makan menarik di Melaka sampai tak tau nak pergi yang mana satu. Salah satu destinasi pilihan saya adalah Kuih Keria Antarabangsa yang terletak di Limbongan Melaka. Kuih Keria ni sangat istimewa sehingga orang dari luar Melaka pun datang untuk beli kat sini.

Kedai Kuih Keria Antarabangsa di Limbongan ni terletak di sebelah Masjid Limbongan. Kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan utama dan tak susah nak cari. Waktu perniagaan adalah jam 1 tengahari sehingga petang. Saya diberitahu, perniagaan Kuih Keria Antarabangsa ni telahpun berusia lebih 40 tahun. Bermula dari gerai kecil di tepi jalan sehinggalah dah ada kedai sendiri.

Ada orang panggil Kuih Keria dan ada juga orang panggil Kuih Gelang. Tapi apa yang uniknya kuih keria kat sini adalah mereka menggunakan sira gula melaka. Sebab tu lah Kuih Kerianya nampak merah-merah dan berkilat-kilat.

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Merah dan berkilat-kilat

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Dijual dengan harga 50sen seketul

Read More

 73,151 total views

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

Kali ni saya nak ceritakan sedikit sebanyak mengenai Japan Budget Trip. Artikel ini adalah untuk tujuan peraduan yang dianjurkan oleh JBT. Blog MohdZarin.com dah berjaya masuki ke peringkat ke 3 dan ini sebenarnya merupakan tugasan yang terakhir.

 Teruskan membaca.

Siapa JBT?

JBT ataupun nama panjangnya Japan Budget Trip adalah agensi yang menawarkan pakej ground arrangement untuk percutian di Jepun. JBT diuruskan oleh Ayaharif dan selalu mengemaskini promosi serta pakej percutian melalui laman blognya iaitu http://ayaharif.blogspot.com/. Pakej percutian Japan Budget Trip meliputi semua musim di Jepun seperti musim bunga dan salji serta berdasarkan kepada cuti sekolah di Malaysia.JBT Banner

Walaupun menggunakan nama “budget”, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBT bukanlah budget bagus. JBT pada kebiasaannya akan menyediakan hotel dan kemudahan yang lain mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta. Setakat ini, semua komen dan feedback yang diterima oleh peserta pakej JBT adalah sangat bagus dan memuaskan. JBT juga merupakan syarikat yang berdaftar di bawah SSM. Jadi tak perlu risau okay. Read More

 15,138 total views

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kebanyakkan orang memang sangat excited sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon semenjak ianya diiklankan di TV dan Radio. Mana taknya , walaupun dah 7 tahun dianjurkan ada saja elemen baru yang ditambah setiap kali penganjurannya. Pada tahun ini, saya dengar event ini berubah kepada lebih hipster dari sebelum ini. Apa yang hipster sangat tu? Jom ikut saya pusing-pusing kat Putrajaya kejap.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pass Media

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Orang beratur untuk membeli tiket

Read More

 7,582 total views

Ayam Goreng Kunyit Terbaik Bangsar Utama

Saya tak sangka saya akan menulis mengenai Ayam Goreng Kunyit yang boleh dianggap sebagai hidangan biasa-biasa saja bagi kebanyakan orang. Ayam Goreng Kunyit seperti namanya menggunakan ayam dan kunyit sebagai bahan utama manakala sayuran seperti lobak merah dan kacang panjang dijadikan bahan gorengan bersama. Jadilah Ayam Goreng Kunyit yang begitu mudah disediakan dan tak challenging langsung nak menyediakannya.

Pandangan saya berubah sama sekali apabila diperkenalkan kepada Ayam Goreng Kunyit Terbaik di Jalan Bangsar Utama yang dijual di dalam lori. Ramai betul orang beratur untuk mendapatkan sebungkus Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih ketika waktu makan tengahari. Tak putus-putus saya tengok orang datang dan tak berhenti abang yang menggoreng ayam goreng kunyit ni.

Sedap sangat ke? Jom kita tengok dekat sikit.

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Suasana di Jalan Bangsar Utama

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Read More

 18,410 total views

Smiggle Singapore

Smiggle sebenarnya adalah sebuah jenama yang berasal dari Australia dan menjual pelbagai jenis barangan cenderamata yang berwarna-warni. Setahu saya Smiggle tidak mempunyai cawangan di Malaysia tetapi yang paling hampir dengan Malaysia adalah di Singapore. Bagi yang pernah bercuti ke Australia seperti di Melbourne, Sydney ataupun Perth, pasti dah selalu tengok butik Smiggle sebab di sana memang banyak cawangan Smiggle.

Apa yang saya suka mengenai Smiggle adalah kepelbagaian cenderamatanya yang dalam pilihan warna yang sungguh ceria. Kali ni saya nak bawa anda semua ke outlet Smiggle terbesar di Singapore iaitu di Vivo City Mall.

Smiggle Singapore

Beberapa barangan di Smiggle Singapore

Smiggle Singapore

Tempat letak barang

Read More

 22,444 total views

Lunch di Gerai Gugel

Kali ni saya nak bawa anda semua makan tengahari di Gerai Gugel. Gerai Gugel ni bukanlah gerai makan yang biasa-biasa tu, tapi ianya adalah sebuah cafe di pejabat Google Malaysia di KL Sentral. Gerai Gugel ni juga bukanlah untuk public tetapi ianya adalah untuk staff Google Malaysia dan client-client Google sahaja. Kiranya kalau takde apa-apa tujuan memang tak boleh masuk ke dalam kawasan ni. Saya bernasib baik kerana baru-baru ni saya tealah dijemput oleh Google Malaysia ke pejabat mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina. Okay, jom kita jalan-jalan.

Google Malaysia KL Sentral

Google Malaysia

Google Malaysia KL Sentral

Kawasan untuk meeting ataupun presentation

Read More

 4,970 total views