Baru-baru ni saya telah bercuti-cuti di Melaka dan sambil-sambil tu saya mencari destinasi untuk makanan unik di Melaka. Ada banyak sebenarnya tempat makan menarik di Melaka sampai tak tau nak pergi yang mana satu. Salah satu destinasi pilihan saya adalah Kuih Keria Antarabangsa yang terletak di Limbongan Melaka. Kuih Keria ni sangat istimewa sehingga orang dari luar Melaka pun datang untuk beli kat sini.
Kedai Kuih Keria Antarabangsa di Limbongan ni terletak di sebelah Masjid Limbongan. Kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan utama dan tak susah nak cari. Waktu perniagaan adalah jam 1 tengahari sehingga petang. Saya diberitahu, perniagaan Kuih Keria Antarabangsa ni telahpun berusia lebih 40 tahun. Bermula dari gerai kecil di tepi jalan sehinggalah dah ada kedai sendiri.
Ada orang panggil Kuih Keria dan ada juga orang panggil Kuih Gelang. Tapi apa yang uniknya kuih keria kat sini adalah mereka menggunakan sira gula melaka. Sebab tu lah Kuih Kerianya nampak merah-merah dan berkilat-kilat.
Satu Kuih Keria ni dijual dengan harga 50 sen je seketul dan kebanyakkan orang yang datang bukan beli seketul dua ketul. Tapi ada yang sampai beli lebih dari 50 ketul. Kuih Keria ni mempunyai rasa yang sangat sedap sebab ianya kaya dengan rasa keledek disamping rasa gula melaka yang pekat. Tak hairanlah ramai orang datang beli kuih keria di sini kerana rupa dan rasanya sangat berbeza dengan kuih keria di kedai-kedai yang lain.
Kalau nak datang ke sini, hanya perlu waze ke Majid Limbongan dan pasti akan jumpa. Lokasi kedai ni pula sangat berhampiran dengan Klebang. Jadi lepas makan Kuih Keria bolehlah minum coconut shake pula.
73,151 total views, 1 views today




Ya Allah julia memang nampak signboard kuih keria ni masa nak pi cari coconut shake ari tu, masa nak balik lupa plak nak singgah hahahhaha, memang signboard dia win betul dari jauh dah nampak….my bad terlupa nak singgah sebab penangan coconut shake berantu tu ahahahhaha..nice entry zarin. Keep it up
Comel kuih keria ini dan tentu rasanya juga sedap.
akubiomed recently posted…Part time menjahit baju sejak ada mesin jahit
whoaaa…. tengok kuih keria gebu macam tu baru la menarik perhatian orang nak beli dan borong untuk makan kan…..
Hazman Fadzil recently posted…Cabaran pecah rekod makan 77 mangkuk Boat Noodle di Berjaya Times Square
Kuih feveret ni..memang sedap kan kuih keria ni
Noriza Rahman recently posted…Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik
[…] tarikan menarik sepanjang tahun. Selain boleh melepaskan rindu pada Asam Pedas Tetel Melaka dan Kuih Keria Antarabangsa, salah satu lagi aktiviti yang wajib dilakukan adalah menonton persembahan Bahtera Merdeka di […]
1pm hingga 7pm
bebaris panjang ne…..
Baru tau tempat ni walaupun kampung kat Melaka. Cuti sekolah ni confirm kena carik sampai dapat…
Azlan recently posted…Selesai tukar kad ATM kepada yang baru
ramai org Q panjang., servis mcm haramjj.,
http://amazingnara.com/wanita-ini-cerita-pengalaman-beli-kuih-keria-antarabangsa-di-melaka-first-and-last/