Kalau kebiasaannya kita selalu dengar jenama Hard Disk seperti Seagate dan Western Digital tapi kali ini mari kita berkenalan dengan Hard Disk jenama LaCie. Jenama LaCie ni sebenarnya dah lama berada di pasaran antarabangsa tetapi agak kurang terkenal di Malaysia. Jenama LaCie adalah berasal dari negara France mereka lebih memfokuskan Hard Disk berkualiti Premium. Dengan kata lain, Hard Disk LaCie kebiasaannya dijual lebih mahal berbanding dengan jenama popular lain. Setiap Hard Disk keluaran LaCie akan memfokuskan kepada ciri-ciri berbeza. Sebagai contoh, diantara Hard Disk Lacie yang terkenal adalah LaCie Porsche Design yang dijual dengan harga mencecah RM600 untuk hard disk bersize 1 TB.
LaCie Rugged USB 3.0 Read More
2,690 total views, 1 views today