Saya ni memang suka makan segala jenis Mee, baik Mee Goreng, Mee Hailam mahupun Mee Bandung. Bercakap pasal Mee Bandung, favorite nombor satu saya adalah Mee Bandung Batu Pahat yang dijual di Batu Pahat, Johor. Bagi sesiapa yang tak tahu, perbezaan Mee Bandung Batu Pahat dengan Mee Bandung biasa adalah cara masakannya yang mengunakan ramuan berbeza. Mee Bandung Batu Pahat akan menggunakan udang kering dan kacang tanah manakala Mee Bandung biasa lebih kepada menggunakan sos tomato dan cili sahaja.
Semasa saya menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. saya juga turut diperkenalkan dengan restoran Tosca yang terletak di tingkat 13 hotel ini. Meskipun berada di dalam bangunan yang sama, Tosca menyajikan makanan yang berbeza dengan “Makan Kitchen” yang terletak di ground floor. Dengan berkonsepkan masakan Itali, Tosca merupakan restoran yang ideal bagi mereka yang inginkan suasana makan yang eksklusif ataupun private dinner.
Restoran Tosca
Suasana di luar Tosca
Restoran Tosca terletak bersebelahan dengan swimming pool. Berkonsepkan live kitchen, kita boleh nampak chef menyediakan pizza dan juga chef akan memasakan pasta mengikut permintaan kita. Terdapat juga sebuah bilik makan khas yang mempunyai pintu kaca bagi memberi peluang pengunjung menonton aksi menarik di dapur ketika sedang makan. Read More
Kali ni kita nak cari steamboat yang terkenal di Johor iaitu Johor Steamboat. Sebenarnya saya tahu mengenai Johor Steamboat ni melalui radio BestFM yang iklannya diulang-ulang setiap hari. Saya ni kan setiap hari wajib dengar radio BestFM. Saya pun tak tahan terus pergi ke Johor semata-mata nak tengok sendiri steamboat kat sini.
Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran ni sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Restoran ni sangat ramai orang dan seolah-olah ada kenduri kahwin sebab sangat meriah. Suara DJ kat sini dah macam sedang mengacarakan kenduri ataupun station radio.
Selain Puteri Harbour terkenal dengan Hello Kitty Town dan Legoland, ada satu lagi tarikan menarik apabila berkunjung ke sini. Siapa pernah dengar mengenai DC Comic Super Heroes? Di sini menjual semua barangan original dari watak super heroes DC Comic seperti Batman dan Superman. Tapi yang menjadi keunikan di sini adalah, cawangan di Puteri Harbour ini dilengkapi dengan ruangan kafe sekali. Saya dimaklumkan ada macam-macam makanan berkonsepkan super heroes. Mungkin lepas makan atau minum di sini kita boleh jadi kuat macam Superman.
Seperti cawangan DC Comic Super Heroes yang lain, di sini juga menjual macam-macam merchandise yang cantik- cantik dan terkini. Banyak pilihan dari orang dewasa hinggalah kepada kanak-kanak. Kebanyakkan merchandise yang dijual di sini memang sangat rare dan eksklusif. Saya sendiri rasa gatal tangan je nak beli. Read More
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca semua ke restoran Nasi Lemak yang tengah viral di media sosial iaitu Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Sebenarnya Nasi Lemak ni tiba-tiba famous sebab ianya menjual menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap. Mana nak cari menu-menu istimewa macam ni kalau bukan di Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Jom kita tengok apa ada kat dalam kedai ni.
Orang beratur sehingga ke luar kedai
Bagi yang pertama kali datang ke sini, suasana beratur panjang hingga ke luar kedai adalah perkara biasa. Walaupun restoran Nasi Lemak Cik Chom ni mula beroperasi sekitar jam 5 petang, tapi orang ramai dah mula beratur seawal jam 4 petang lagi. Masa ni, kerusi meja pun belum di susun lagi dan pemilik restoran pun masih tengah goreng kacang lagi.
Walaupun terpaksa beratur sekurang-kurangnya 1 jam, tapi kebanyakkan dari pelanggan di sini tidak merungut kerana rasa berbaloi dengan apa yang mereka tunggu. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.
Suasana ketika membeli nasi lemak
Suasana di dalam restoran Nasi Lemak Cik Chom
Terdapat beberapa menu pilihan di sini seperti Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Siakap, Nasi Lemak Ayam dan Nasi Lemak Burung Puyuh. Tapi diantara semua menu ini, yang paling banyak menerima order adalah Nasi Lemak Sotong King. Ini adalah senarai harga: Read More
Setelah ramai kawan-kawan yang membaca mengenai Sup Tulang Merah Singapore, ada beberapa orang yang bertanya kat mana nak dapatkan Sup Tulang Merah selain di Singapore? Sebenarnya ada beberapa restoran Sup Tulang Merah di sekitar Kuala Lumpur ataupun negeri-negeri lain. Saya tak pernah cuba semuanya tapi kalau saya datang ke Johor Bahru, saya pasti akan singgah di restoran Banafee Village. Di sini amat terkenal dengan Sup Tulang Merah dan yang menariknya kat sini restoran ini beroperasi selama 24 jam. Jadi tak kisah pukul berapapun kita teringin nak makan, boleh je terus datang ke sini.
Banafee Village
Suasana di dalam Banafee Village
Kalau nak tahu, Banafee Village ni adalah kepunyaan artis terkenal iaitu Betty Banafee. Nasib tak baik, saya tak jumpa pula Betty. Kat sini, restorannya berkonsepkan santai dan tempat untuk lepak-lepak waktu malam.
Set Sup Tulang Merah
Selain Sup Tulang Merah sebenarnya kat sini banyak lagi menu-menu lain seperti goreng-goreng, makanan arab, western dan banyak lagi. Tapi oleh kerana misi saya kali ni nak makan Sup Tulang Merah, jadi saya tak order makanan lain. Satu set Sup Tulang Merah yang merah menyala ni adalah sekitar RM35. Ada lebih kurang 6 ketul tulang dan set roti turut didatangkan bersama. Read More
Kepada pembaca setia blog saya, pasti dah tahu saya ni seorang pengemar Mee Rebus sejati. Saya pernah sampai ke Singapore semata-mata mencari Mee Rebus Terbaik yang diperkatakan ramai. Kali ni Mee Rebus yang saya nak kongsikan ni juga agak popular dan tak kurang sedapnya juga. Lokasi makan-makan kali ni adalah di Johor Bahru iaitu di Restoran ZZ Sup Tulang. Moh kita~
Salam Jumaat. Kali ni saya nak share satu lagi menu wajib kalau singgah ke Johor Bahru. Rasanya tempat ni dah ramai yang tahu dan banyak juga Food Blogger yang dah pernah buat review makanan ni. Menu makanan hari ni adalah Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Kacang Pool ni sebenarnya adalah makanan berasal dari Johor dan biasanya dimakan waktu breakfast. Ada juga Kacang Pool versi Singapura.
Set Kacang Pool
Kuah Kacang Pool yang pekat dan dimasak dengan daging cincang