Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik semua. Sempena memberi semangat kepada adik-adik yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ni, saya dan beberapa team Les’ Copaque bersepakat memakai baju TADIKA MESRA ke office. Baju Tadika Mesra ni actually adalah salah satu baju krew semasa Karnival Upin & Ipin 2013 (Fuh~ Nasib muat lagi).
Kalau nak tahu, dipoket setiap baju ni ada tertulis nama masing-masing. Memang sama macam dalam cerita Upin & Ipin. Bukan semua staff Les’ Copaque ada baju ni sebab bukan semua yang bertugas semasa karnival tahun tu.
Akhirnya hari yang ditunggu iaitu Japan Halal Expo 2014 telahpun tiba. Acara ni berlangsung di Makuhari Messe iaitu sebuah pusat konvensyen yang terkemuka di Jepun. Makuhari Messe ni sangat terkenal sehingga acara-acara besar seperti Japan Auto Show dan konsert-konsert juga kebiasaannya diadakan di sini. Japan Halal Expo ni sebenarnya adalah penganjuran tahun pertama dan ianya tidak pernah dianjurkan sebelum ni. Di sini, lebih dari 100 syarikat dari pelbagai negara mempromosikan produk halal masing-masing dari produk makanan hinggalah kepada produk kesihatan.
Makuhari Messe (Sumber Google)
Pintu masuk
Sesi pendaftaran
Japan Halal Expo ni berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, acara pelancaran diadakan pada awal pagi di dewan utama dan dihadiri oleh media-media tempatan. Saya kagum menonton acara pelancaran mereka ni sebab semuanya sangat sistematik dan tersusun. Kalau di Malaysia, kebiasaannya media akan menuju ke depan pentas untuk mengambil gambar sesi pelancaran dan sebagainya. Berbeza dengan suasana di Jepun, media tidak dibenarkan berada di hadapan pentas, disebaliknya semua media mengambil video dan gambar dari hujung dewan dengan menggunakan zoom lens.
Tidak cukup dengan itu, semua media dan tetamu dilengkapi dengan alat bantu dengar yang membolehkan kita memilih bahasa apa yang ingin kita dengar ketika acara sedang berlangsung. Alat bantu dengar ini kemudiannya mempunyai fungsi yang membolehkan media merakamkan audio secara terus kepada kamera masing-masing tanpa perlu berjumpa dengan juru audio.
Zaman sekarang ini platform YouTube sudah menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi semua pengguna internet. Macam-macam video dan cerita yang boleh ditonton di YouTube dari drama,iklan, muzik video hinggalah kepada program masakan. Jom kita tengok 10 YouTube Channel yang paling popular di Malaysia. ( Ranking ini adalah mengikut kemas kini pada 5 Ogos 2014)
10. Sunnah Rasul (215, 097 Subscribers)
Channel Sunnah Rassul ini mengumpulkan video-video ceramah berkaitan Islam dari serata dunia. Kebanyakkan video ceramah agama di channel ini adalah di dalam bahasa Inggeris.
YouTube Channel DanKhoo pula terkenal dengan video log nya yang mengambil topik berkaitan dengan isu semasa sebagai topik videonya. DanKhow juga suka menggunakan konsep “Manglish”bagi menyesesuaikan dengan minat penonton di Channelnya.
Malaysia Kini Channel seperti versi Laman web dan Facebooknya, channel ini mengumpulkan berita-berita semasa dari dalam dan luar negara di dalam bentuk video. Nampaknya agak ramai juga yang gemar menonton berita melalui Channel Malaysia Kini selain dari Channel Astro Awani.
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang setia. Alhamdullilah, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Perasaan sedih untuk meninggalkan Ramadhan sudah tentulah ada tetapi apa yang kita boleh harapkan adalah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita, insyaAllah.
Saya mengambil kesempatan di saat-saat akhir sebelum masing-masing balik ke kampung dengan merancang untuk berbuka puasa bersama semua team New Media. Kalau nak tahu, team New Media inilah yang memastikan pengisian contents di YouTube Channel Les’ Copaque dan penjagaan social media seperti Facebook, LINE, Instagram dan Twitter dijaga dan sentiasa dikemas kini. Untuk YouTube sahaja team inilah yang bertanggung jawab untuk merakam semua video yang diupload serta meng-edit video tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa projek sampingan seperti rakaman video Game Show,The Making Of dan banyak lagi. Pendek kata, nak gather mereka ni semua pun bukanlah sesuatu yang mudah.
Kalau berbuka puasa di SACC, beberapa menu yang menjadi idaman saya adalah seperti di dalam gambar di bawah. Diantaranya adalah seperti popiah basah, meatball, sup periuk, kambing kebuli dan cempedak goreng.
Hi everyone, this is my Behind The Scene blog post. This is my special blog dedicated to Mr Andrew Parker, the Hot Air Balloon Pilot for “Flying High for Kids“. Currently, he is in Cambodia continuing his journey to travel around the world and fly the UNICEF Hot Air Balloon. Well, it’s not an easy job but somebody has to do it. This special project is actually started at his hometown which is New Zealand. Malaysia is his 3rd country (if I’m not mistaken) and his final destination is Chile. This project will took around 4 years to be completed.
I’ve met him when he was in Malaysia early this month and I manage to arrange a video shooting with him. The video shooting is basically to highlight his profession and to give awareness about his project. We did the shooting at Putrajaya and Kedai Makan Upin & Ipin with AKA Balloon assistant. For those who don’t know, AKA Balloon is the company behind the Putrajaya Hot Air Balloon International Fiesta.
Pasti ramai yang sudah menonton video dari Youtube Channel Les’ Copaque untuk segmen Cita-Citaku mengenai kisah Wartawan Berita yang diupload pada beberapa hari yang lepas. Video berdurasi 4 minit ini walaupun nampak simple namun sebenarnya pelbagai pengalaman yang saya lalui disepanjang proses rakaman video ini dijalankan. Proses keseluruhan program ini mengambil masa lebih kurang sebulan yang mana bermula dari permohonan melalui emel sehinggalah video akhir ini siap.
En Ismail Bin Mat, Pengarang Berita – Berita Harian
Objektif utama video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penonton mengenai kerjaya sebagai seorang wartawan dan secara tak langsung memberi gambar yang lebih jelas dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk memilih kerjaya ini. Saya memohon kepada pihak pengurusan Berita Harian untuk mencadangkan wartawan dari ruangan berita. Ini adalah kerana kebanyakkan dari kenalan media saya adalah di dalam ruangan hiburan. Pendapat awal saya, lebih baik kalau wartawan dari ruangan berita yang dihighlight kerana pelbagai sudut boleh dirakam nanti. Read More