Tag - Travel

Review “Everyday Messenger” Beg dari Peak Design

Bagi seseorang yang gemar melancong dan pada masa yang sama gemar mengambil gambar, saya amat mementingkan beg yang harus saya bawa. Walaupun sekarang ni dah banyak pilihan beg untuk kamera tetapi beg yang saya ada selalunya tak pernah mencukupi. Ini adalah kerana di lema seorang photo traveller adalah untuk mempunyai lebih dari satu beg kamera untuk pelbagai situasi ataupun keadaan. Sebagai contoh, beg kamera untuk melancong yang memuatkan 1 body kamera dan 2 lens ataupun beg kamera yang memuatkan 1 compact kamera dan 1 ipad adalah berbeza.

Sebelum ini saya sering menukar-nukar beg mengikut kepada keperluan. Tetapi tak sangka beg rekaan Peak Design hasil projek Kick Starter merubah segalanya. Ianya bukan sekadar beg, tetapi ianya boleh diubah dan disesuaikan dengan keperlukan harian. Pendek kata, samada kita mahu memenuhkan beg dengan semua peralatan kamera ataupun sekadar untuk membawa peralatan asas disamping sedikit barangan peribadi yang lain; beg ini ada jawapannya.

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi bermagnet

Siapa yang pernah mengikuti Kick Starter projek pasti sudah memahami konsep perniagaan mereka. Bermula dari idea dan konsep, Peak Design “menjual” idea beg “The Everyday Messenger” ini secara online tanpa sebelum menghasilkannya secara serious. Tak sangka, beg ini mendapat sambutan luar biasa sehingga memenangi beberapa anugerah. Read More

 3,069 total views

Pirate Adventure – Melaka Alive

Assalamualaikum dan Salam Sejahtara,

Mesti ada yang dah merancang untuk bercuti Melaka tak lama lagi lebih-lebih pada musim cuti sekolah akan datang. Saya sememangnya tak pernah bosan untuk ke Melaka kerana ada macam-macam tarikan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Melaka. Kalau dulu saya ke Melaka Alive untuk menonton persembahan Bahtera Merdeka, tetapi kali ini Melaka Alive telahpun membuka satu lagi tarikan terbaru mereka di sini iaitu Pirate Adventure.

Melaka Alive Pirate Adventure

Saya dipintu masuk Pirate Adventure

Melaka Alive Pirate Adventure

Melaka Alive Pirate Adventure

Terletak pada lokasi yang sama, Pirate Adventure merupakan tarikan terbaru di Melaka Alive yang berkonsepkan gabungan di antara “walkthrough exhibition” dan “rumah hantu”. Ianya terletak kawasan di bawah pentas Bahtera Merdeka ataupun lebih tepat lagi di dalam perut kapal sebagai kawasan pengembaraan pengunjung. Berbeza dengan Bahtera Merdeka, Pirate Adventure tidak mempunyai waktu tayangan tertentu tetapi ianya dibuka setiap masa dari 10 pagi hingga 7 petang.

Sebelum masuk ke dalam Pirate Adventure, saya dan bersama pengunjung yang lain diletakkan di dalam bilik gelap selama 5 minit bagi membiasakan mata dengan keadaan gelap. Sebaik sahaja pintu pertama Pirate Adventure di buka, seorang Pirate terus menyergah dengan ayat dan lenguk ala-ala “Jacks Sparrow”. Nasib tak terkejut.

Melaka Alive Pirate Adventure

Seorang Pirate menyambut ketibaan

Read More

 9,549 total views

Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca semua ke restoran Nasi Lemak yang tengah viral di media sosial iaitu Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Sebenarnya Nasi Lemak ni tiba-tiba famous sebab ianya menjual menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap. Mana nak cari menu-menu istimewa macam ni kalau bukan di Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Jom kita tengok apa ada kat dalam kedai ni.

Nasi Lemak Cik Chom

Orang beratur sehingga ke luar kedai

Bagi yang pertama kali datang ke sini, suasana beratur panjang hingga ke luar kedai adalah perkara biasa. Walaupun restoran Nasi Lemak Cik Chom ni mula beroperasi sekitar jam 5 petang, tapi orang ramai dah mula beratur seawal jam 4 petang lagi. Masa ni, kerusi meja pun belum di susun lagi dan pemilik restoran pun masih tengah goreng kacang lagi.

Walaupun terpaksa beratur sekurang-kurangnya 1 jam, tapi kebanyakkan dari pelanggan di sini tidak merungut kerana rasa berbaloi dengan apa yang mereka tunggu. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.

Nasi Lemak Cik Chom

Suasana ketika membeli nasi lemak

Nasi Lemak Cik Chom

Suasana di dalam restoran Nasi Lemak Cik Chom

Terdapat beberapa menu pilihan di sini seperti Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Siakap, Nasi Lemak Ayam dan Nasi Lemak Burung Puyuh. Tapi diantara semua menu ini, yang paling banyak menerima order adalah Nasi Lemak Sotong King. Ini adalah senarai harga: Read More

 12,742 total views

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Pasti ramai yang dah pergi ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan airport di KLIA. Mitsui ni bukan saja berhampiran dengan KLIA, tapi ianya merupakan diantara tarikan terbaru apabila berkunjung ke Sepang. Peluang untuk shopping dengan harga murah ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang akan menaiki flight di KLIA2 kerana lokasinya yang begitu hampir. Tak perlu takut terlepas flight kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Selepas ni dah tak perlu pergi ke JPO lagi untuk dapatkan barangan season lepas dengan harga murah. Perjalanan dari Shah Alam ke Mitsui Outlet Park tak lebih dari 1 jam saja.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Rekaan dalaman di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta di dalam Mitsui

Mitsui Outlet Park sebenarnya berasal dari Jepun. Mitsui merupakan rangkaian premium outlet yang terkemuka di Jepun. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, pasti pernah singgah ke Mitsui Outlet Park kerana di Jepun mereka mempunyai 12 cawangan di bandar-bandar utama. Saya sendiri pernah berkesempatan mencuci mata di Mitsui Outlet Park Makuhari. Tak sangka sekarang Mitsui dah berada di Malaysia.

Read More

 17,891 total views

Shopping Duty Free di Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah bagi kaum wanita. Semua barangan pinggan mangkuk serta barangan keperluan rumah dijual dengan harga yang terlalu murah kerana semuanya dijual tanpa dikenakan cukai. Percutian ke Langkawi pasti tak lengkap sekiranya tak mencuci mata dan meneman orang rumah membeli belah di kedai-kedai Duty Free di Langkawi.

Sekiranya memang ke Langkawi untuk bershopping, saya cadangkan booklah hotel di kawasan Pekan Kuah seperti Adya Hotel Langkawi kerana semua kedai duty free terletak di kawasan sini.

Ada banyak kedai Duty Free di Langkawi, tetapi diantara yang terkenal adalah Kompleks Haji Ismail Group.

Kompleks Haji Ismail Group

Saya kagum bila membaca sejarah mengenai Haji Ismail Group. Bermula dari tahun 1987, Haji Ismail hanya berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kuah dan pada awal tahun 2015, Perniagaan Haji Ismail Group telahpun diperbadankan. Bangunan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) ini sangat besar dan tinggi. Dari jauhpun kita dah boleh nampak. Bangunan HIG ini juga turut bersambung dengan Hotel HIG yang juga baru dibina. Pada bahagian hadapannya pula terdapat deretan kedai, surau dan medan selera yang sangat selesa.

Shopping Duty Free Langkawi

Haji Ismail Group

Shopping Duty Free Langkawi

Perniagaan HIG merupakan diantara yang terkenal

Shopping Duty Free Langkawi

Kawasan yang luas dan selesa

Di HIG, kita boleh membeli apa saja yang dijual di pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, sudu besi, beg, kain pelikat hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini. Pendek kata, HIG ni dah macam one stop centre yang amat berbaloi. Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga kat sini secara kasarkan adalah lebih murah dari KL. Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50%. Memang tak hairanlah kalau si suami dilupakan sekejap sekiranya membawa si isteri di HIG. Read More

 129,640 total views

Pengalaman menaiki ETS ke KL-Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtara,

Saya sebenarnya dah lama tak naik public transport seperti bas ataupun LRT. Boleh dikatakan lebih 10 tahun semenjak saya menggunakan kenderaan sendiri ke mana-mana saja. Baru-baru ni saya berpeluang mencuba sendiri perkhidmatan KTM ETS untuk balik ke Ipoh, Perak. Rupanya senang saja nak ke Ipoh menaiki train.  Buat masa ni, perkhidmatan ETS ini beroperasi dari KL Sentral dan menuju ke utara hentian terakhir iaitu di Ipoh. Saya dengar, perkhidmatan ini akan dilanjutkan sehingga ke Pulang Pinang dan Hatyai tidak lama lagi.

ETS KL to Ipoh

KL Sentral

Sebelum boleh menaiki ETS ni, saya dah membeli tiket ETS ni beberapa hari lebih awal di KL Sentral. Selain itu juga, tiket boleh dibeli secara online melalui laman web KTM. Tiket ETS ni selalu cepat habis oleh itu kita kena beli lebih awal. Terdapat 2 jenis tiket iaitu tiket jenis Silver dan Gold. Saya telah membeli tiket jenis Silver yang berharga RM25 manakala tiket Gold adalah berharga RM35. Perbezaan kedua-dua jenis tiket ini adalah dari segi jumlah hentian stationnya. Untuk tiket Gold, trainnya akan lebih kurang berhenti jika dibandingkan dengan Silver.

ETS KL to Ipoh

Tempat pembelian tiket ETS

Read More

 47,984 total views

Tip Berpuasa Ketika Melancong

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Melancong sepatutnya tidak menghalang umat islam dari berpuasa di bulan Ramadhan. Ada kalanya sesetengah orang terpaksa melancong ataupun ke luar negara di atas urusan kerja. Jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Malahan jadikan ianya sebagai salah satu dorongan dan pengalaman baru ketika berada di tempat orang.

IMG_8397

IMG_5088

Saya sendiri pernah berpuasa ketika berada di Cannes pada beberapa tahun yang lalu di atas urusan kerja. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan sekiranya anda berada di luar negara ketika bulan Ramadhan. Read More

 2,730 total views

The Kahaani Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah banyak kali saya bercuti di Melaka dan tak pernah lagi saya menginap di hotel seperti The Kahaani. The Kahaani ni sebenarnya bukanlah hotel biasa tetapi ianya lebih berkonsepkan villa mewah yang mempunyai 6 bilik sahaja. Saya dimaklumkan, dahulu The Kahaani ini merupakan penginapan VVIP namun setelah ianya diambil alih oleh syarikat swasta ianya mula dibuka kepada orang awam.

The Kahaani Melaka

Saya bersama Zarith di The Kahaani Melaka

Saya ucapkan terima kasih kepada Majalah Libur kerana memberi peluang kepada saya untuk bermalam secara mewah di The Kahanni. Jom ikut saya bersiar-siar di dalam hotel ini.

The Kahaani Melaka

Kawasan ruang tamu di lobby yang luas

The Kahaani Melaka

Swimming Pool pun ada

Read More

 7,111 total views

Mini Konsert Cita Citata Live in Johor Bahru

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut yang sedang popular dengan lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”. Cita Citata penyanyi dari Bandung, Indonesia bukan sahaja terkenal di Indonesia malahan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mini Konsert Cita Citata telahpun diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru bersempena dengan promosi album terbarunya. Saya berpeluang menonton konsert ini di Johor walaupun konsert ini turut diadakan di Menara KL.

Saya bukan sahaja meminati lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”, malahan saya dan wife juga merupakan peminat setia BestFM. Kebetulan, BestFM adalah radio rasmi bagi mini konsert Cita Citata. Jadi peluang untuk melihat dari dekat penyampai BestFM memang saya tak lepaskan.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Tiket Konsert Cita Citata

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Azhar dan Ieqa dari BestFM

Read More

 11,621 total views

Disneyland Tokyo (Part 1) – The Park

Saya nak sambung kisah perjalanan saya ke Jepun dan kali ni adalah berkaitan dengan Disneyland Park pula. Bagi yang belum membaca kisah saya di Jepun silah bacanya terlebih dahulu. Bagi pembaca setia blog saya, pasti dah tahu saya adalah pengemar Disneyland. Saya dah pernah sampai ke Disneyland Hong Kong, Disneyland California dan Disneyland California Adventure Park.

Disneyland Park Tokyo sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Disneyland Tokyo dan DisneySea Tokyo. Tiket untuk kedua-dua park ini dijual berasingan dan setiap park ni mempunyai kelebihan masing-masing. Saya sangat excited nak pergi ke Disneyland Park Tokyo ni sebab saya dimaklumkan ianya adalah diantara yang paling cantik dan terbesar di dunia. Betul ke? Jom ikuti pengembaraan saya.

Disneyland Tokyo

Peta train menuju ke Disneyland Tokyo

Disneyland Tokyo

Dah sampai di station Maihama

Disneyland Tokyo

Perjalanan ke Disneyland Tokyo

Dua tiga bulan sebelum saya ke Jepun, saya dah membeli tiket Disneyland Tokyo Park secara online terlebih dahulu. Saya pun galakkan kepada sesiapa yang nak datang ke sini belilah tiket awal. Disneyland Tokyo dikenali sebagai diantara Disneyland yang paling ramai orang lebih-lebih lagi pada musim cuti. Harga tiket untuk 2 park iaitu Disneyland Tokyo dan Disneysea adalah 11,000 yen bersamaan RM350. Read More

 28,322 total views