Tag - Workout

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Ketika Malaysia sedang dalam usaha mengawal dan memutuskan rantaian wabak COVID-19, kita semua rakyat Malaysia harus akur dan duduk di rumah di bawah arahan kerajaan untuk Movement Control Order (MCO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh ini, semua orang tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar rumah termasuklah aktiviti berbentuk senaman ataupun beriadah. Oleh itu, pastinya “kaki lari” dan yang gemarkan melakukan aktiviti kecergasan sudah tak boleh duduk diam di rumah.

Kalau tak lakukan senaman di rumah, kita akan asyik makan dan tidur saja. Sungguh tak produktif hidup kita. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu Fitness Challenge yang dianjurkan oleh Sofea Run yang korang semua boleh lakukan di rumah bagi mencabar diri sendiri dan seterusnya mengekalkan hidup sihat.

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Jom sertai Sofea Run MCO Fitness Challenge

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Ini adalah challenge berbentuk calories burned. Kita harus membakar kalori setiap hari bermula dari 10 April sehingga 23 April 2020 iaitu selama 14 hari tanpa gagal. Setiap hari terdapat minimum kalori yang harus dibakar dan disasarkan.  Bermula pada 10 April dengan 50 calories sahaja yang harus dibakar dan diteruskan setiap hari dengan kenaikan jumlah kalori harian sehinggalah pada hari ke 14 iaitu dengan jumlah 500 calories. Nampak macam mencabarkan? Read More

 1,365 total views