Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tak sangka Upin & Ipin dah masuk musim ke 9 dan bermakna dan 9 tahun Upin & Ipin bersiaran di TV9. Bayangkan kalau ada anak yang umur 1 tahun masa mula-mula tengok Upin & Ipin dulu, sekarang dia dah darjah 3. Cepat betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik je.
Untuk musim ke 9 ini ada banyak cerita dan kisah menarik yang bakal dihidangkan kepada penonton. Kisah berlatar belakangkan kampung ni tak pernah habis dan tak pernah bosan. Sebabnya adalah sekarang ni kebanyakkan kanak-kanak dah tak kenal dengan suasana kampung dan tak pernah mengalami apa yang kita alami dulu. Jadi melalui cerita Upin & Ipin ni sedikit sebanyak dapatlah kongsi cerita-cerita kita zaman di kampung dulu.

Upin & Ipin Musim 9 akan disiarkan di TV9 pada jam 5.30 petang pada musim cuti persekolahan ataupun musim perayaan. Sila layari laman web rasmi Upin & Ipin untuk mengetahui tarikh-tarikh tayangan musim ke 9 nanti. Selain tu, Upin & Ipin juga disiarkan di MNC TV bagi peminat di Indonesia.
Diharapkan siri Upin & Ipin ni akan berkekalan sampai bila-bila, biarlah sampai 100 musim sekali pun. 
7,942 total views, 1 views today