Istimewa buat semua peminat kartun Jepun ataupun anime, acara khusus buat peminat anime baru saja dianjurkan oleh Animax Asia iaitu Animax Carnival Malaysia 2016. Acara ni sebenarnya merupakan penganjuran kali ke 5 selepas mendapat sambutan luar biasa pada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini Animax Carnival diadakan di Sunway Pyramid Convention Center pada 26 & 27 Mac 2016. Apa yang berbeza dengan acara anime yang lain, tiket masuk ke Animax Carnival adalah percuma. Mari kita lihat apa yang bestnya Animax Carnival ni.
Menurut pihak penganjur, pelbagai lapisan pengunjung termasuklah peminat anime, cosplay, muzik dan merchandise bakal dihiburkan dengan macam-macam aktiviti menarik kat sini. Pentas utama misalnya dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis jemputan dari Jepun yang terkenal dengan lagu soundtrack anime seperti GARNiDELiA, Angela dan Yanaginagi. Sebenarnya saya pun tak kenal sangat mereka, tapi saya yakin peminat anime pasti sangat mengenali mereka.
Di dalam dewan utama selain terdapat pentas persembahan, di sini juga terdapat beberapa booth penaja dan seperti Sony, oo-Kun, Samurai Ramen, Oishi dan banyak lagi. Pendek kata semua booth-booth kat sini ada kaitan dengan anime. Kalau rajin, ada juga aktiviti yang diadakan di setiap booth yang membolehkan pengunjung memenangi hadiah cenderamata eksklusif.
Kalau dah datang event anime ni memang tak sah kalau takde cosplay. Sebenarnya mereka yang datang sebagai cosplay ni terdiri dari yang sertai pertandingan cosplay dan tak kurang juga yang datang sekadar suka-suka. Cosplayer ni sebenarnya ada group mereka sendiri dan sentiasa support event anime macam ni. Jadi tak hairanlah ramai cosplayer yang datang hanya untuk membenarkan diri mereka untuk diambil gambar.
Baca : Sushi King cawangan ke 100 di AEON Mall Shah Alam
Watak-watak cosplay yang mereka bawa adalah dari watak-watak dari anime, games, filem dan juga dari komik antarabangsa. Tapi kalau sesiapa yang tak biasa datang event macam ni mungkin akan terasa macam kekok sikit sebab pakaian dorang ni macam-macam. Ada yang sampai merangkak kat lantai, termenung sorang-sorang ataupun menjeling kita lebih-lebih seperti nak makan. Semuanya sebab mereka berada di dalam karakter masing-masing.
Senang saya nak minta bergambar dengan cosplayer ni sebab mereka takkan tolak bila nampak kamera saya. Ada juga beberapa photographer professional cosplay yang dah ambik port masing-masing dan siap dengan reflector, lighting dan sebagainya.
Lepas ni kalau ada event anime lagi saya akan pergi untuk mengambil gambar cosplay. Teringin juga nak ambil gambar cosplay di Jepun. Kalau tak salah, terdapat hari-hari tertentu cosplayer akan berkumpul di kawasan Harajuku.
4,816 total views, 1 views today












Oh my god kawaii kawaii girl
wooclip @Download streaming free recently posted…Martian (2015)
Comelnya perempuan tu 😀
Saya mahu masuk pertandingan cosplay.saya punya cosplay kamen rider police x over drive.peminat anime.peminat kamen rider