Kalau datang ke Melaka memang tak sah kalau tak makan asam pedas Melaka yang original. Sebenarnya ada terlalu banyak pilihan asam pedas di Melaka ni dari exit tol Air Keroh sampailah ke Menara Taming Sari ada saja gerai asam pedas di kiri dan kanan jalan. Sebelum ni saya dah try Asam Pedas Hajah Mona yang sangat terkenal dan saya pun dah pernah jatuh hati sampai makan dua tiga kali di tempat yang sama.

Tapi kalau tanya orang Melaka sejati, kebanyakkannya akan recommend Asam Pedas Claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. Setelah saya sendiri merasai sendiri asam pedas kat sini, barulah saya tahu kenapa. Teruskan membaca.

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot

Set nasi putih bersama sambal, sayur dan telur asin

Asam Pedas Claypot ni dibuka pada lewat petang sehinggalah waktu malam. Kat sini lebih happening pada waktu malam dan tak putus-putus dengan orang. Walaupun tempatnya agak terpencil dan tiada kedai-kedai lain disekelilingnya, tapi restoran Asam Pedas Claypot ni memang menjadi tumpuan orang ramai. Pelbagai pilihan asam pedas kat sini seperti ikan pari, ikan parang, ikan kembung dan favourite saya daging tetel. Satu set asam pedas iaitu bersama sepinggan nasi dijual dengan harga RM10 sahaja.

Advertisements

Bila saya menghirup kuah asam pedas kat sini, barulah saya dapat simpulkan dua perbezaan ketara diantara Asam Pedas Claypot dan Asam Pedas Hajah Mona. Kuah Asam Pedas Claypot lebih pekat dan pedas manakala kuah asam pedas Hajah Mona lebih manis dan berlemak. Patutnya ramai orang Melaka yang lebih suka Asam Pedas Claypot sebab orang Melaka mesti suka kuah yang lebih pedas. Walaupun pedas, tapi ianya sangat sedap dan boleh sampai menghirup-hirup bila makan kat sini. Bagi mereka yang tak tahan pedas langsung, memang saya tak recommend untuk mencuba.

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Pari

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Daging Tetel

Satu set ikan pari didatangkan dengan 2 ketul ikan yang besar. Satu set daging tetel juga banyak dan besar-besar. Dengan harga RM10 rasanya sangat berbaloi untuk makan kat sini. Selain dari asam pedas, kat sini juga ada jual makanan lain seperti sate, nasi goreng dan lain-lain. Jadi kalau ada ahli keluarga yang tak layan asam pedas sangat tu bolehlah makan makanan yang lain.

Alamat
Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana
86, Jalan Laksamana 5, 75200 Melaka

 27,471 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.