Setelah banyak kali saya dihasut dan mendengar cerita mengenai kedai makan Pecal Lele yang dikatakan sangat sedap di Padang Jawa, akhirnya saya pun merancang untuk merasainya sendiri. Rupanya kedai makan Pecal Lele ini dah lama beroperasi dan sangat terkenal bahkan menjadi port bagi pelajar UiTM Shah Alam dan pengemar Pecal Lele. Terletak di Padang Jawa, Shah Alam lokasi kedai makan ni agak senang untuk dicari dengan berpandukan pada papan tanda besar yang diletak bermula dari jalan utama.
Jangan risau kerana terdapat parking khas buat pengunjung kedai makan Pecal Lele kat sini. Saya dimaklumkan, kedai makan ni selalunya ramai orang lebih-lebih lagi pada waktu makan tengahari.
Walaupun kedainya nampak simple, namun mereka menggunakan sistem order dikaunter dan makanan akan dihantar di terus ke meja kita. Jadi sebelum buat sebarang order, kenalah tau nombor meja terlebih dahulu. Diantara pilihan makanan kat sini adalah Pecal Lele, Pecal Ayam, Pecal Bebola, Pecal Daging dan beberapa lagi menu makanan Indonesia yang lain. Yang paling famous sekali dah tentulah Pecal Lele dan juga Pecal Ayam. Harga makanan kat sini boleh dikatakan tidaklah terlalu mahal dengan harga average dalam RM5-RM6 untuk satu menu makanan. Apa yang menarik lagi, kebiasaanya pelanggan tetap akan order set campur yang tiada di dalam menu seperti Pecal Ayam + Pecal Daging ataupun apa-apa kombinasi yang diingini.
Lepas buat order makanan, kita boleh mengambil nasi sendiri ikut berapa banyak kita nak ambik. Kat sini juga ada beberapa lauk tambahan percuma seperti kaki ayam, sup, dan ulam. Walau bagaimanapun lauk kaki ayam ni selalu cepat habis dan bergantung pada nasib. Read More
11,535 total views, 4 views today