Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lokasi makan-makan kali ini tak jauh malahan dekat saja iaitu di Shah Alam. Sebenarnya saya dah lama teringin makan kat sini tapi restoran ni sentiasa penuh dan padat dengan orang. Saya dinasihati oleh pemilik restoran agar booking lebih awal dan elakkan walkin lebih-lebih pada hari minggu kerana restoran ni pasti akan penuh. Begitulah suasana dan sambutan hangat di D’Kayangan Grill dan Barbeque Steamboat di Seksyen 13, Shah Alam. Kenapa ramai sangat orang yang makan kat sini setiap hari? Jom ikut saya masuk dan tengok sendiri apa menu istimewa yang ada kat sini.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Terdapat pilihan ruang makan di dalam dan juga di luar

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Ruangan memilih makanan

Berkonsepkan steamboat dan juga barbeque, kita boleh pilih macam-macam bahan masakan samada dari pelbagai pilihan bebola ataupun daging mahupun makanan laut yang telah diperap. Pilihan bebola kat sini memang banyak dari yang biasa-biasa sehinggalah kepada bentuk angry bird. Walau bagaimanapun, yang menambat hati saya adalah pilihan perapan daging dan ayam yang nampak mengiurkan.

Advertisements

Kat sini kebanyakkan perapannya sangat istimewa dan mempunyai rasa tersendiri. Bahan perapannya tak nampak kosong malahan nampak sangat pekat dan telah diperap lama. Diantara yang nampak sangat sedap adalah perapan daging kicap yang nampak sangat hitam dan menyelerakan. Selain itu, perapan ayam dan sotong juga boleh tahan sedap.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Jom pilih nak makan apa

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Banyak betul pilihan sayur

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Macam-macam jenis pilihan bebola

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Perapan ayam

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Perapan Ketam

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Perapan daging hitam

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Perapan isi ayam

Nampak sedapkan? Pilihan makanan kat sini akan sentiasa di refill apabila habis. Ada juga makanan laut seperti ketam, kupang, udang, sotong dan macam-macam lagi.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Kupang pun ada

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Ikan pun ada

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Pedal ayam dan juga sotong

Banyakkan pilihan perapan kat sini? Dengan perapan seperti ni, mesti sedap bila dah siap masak nanti. Ye, saya memang betul-betul suka dengan perapan kat sini. Selain tu, ada juga pilihan makanan lain seperti Mee Goreng, Nasi Goreng dan juga Nasi Lemak. Kita ni mana nak kenyang kalau tak makan nasi. Tak cukup dengan itu, kat sini juga ada kambing bakar sebagai pelengkap makan malam kat sini. Kambing Bakar ni menjadi salah satu makanan wajib di D’Kayangan Grill dan Barbeque Steamboat.

Selain itu ada juga pelbagai pilihan yee mee dan juga telur termasuk juga telur burung puyuh. Aduh sedapnya~

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Mee goreng dan macam-macam lagi

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Nasi goreng dan nasi lemak

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Telur

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Pilihan Yee Mee

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Kambing Bakar

Sama seperti restoran steamboat dan grill yang lain, cara nak masak kat sini kita boleh rendamkan semua bahan untuk steamboat dan juga grill pada masa yang sama. Saya memilih kuah tomyam untuk steamboat saya. Kuah tomyamnya agak kurang pedas dan sesuai untuk semua orang. Saya pun masukkan semua sekali bahan-bahan yang saya dah ambil tadi ke dalam periuk dan tunggu untuk masak. Manakala, perapan saya tadi nampak sungguh cantik bila dah masak digrill. Warnanya berkilat-kilat dan sangat sedap. Memang sah, daging kicap tadi diantara perapan yang paling sedap yang terdapat kat sini. Walaupun makan macam tu saja pun dah sedap, tapi kita boleh juga makan bersama dengan sambal cili dan beberapa sos yang turut disediakan.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Perapan daging yang telah digrill

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Semua kita rendamkan

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Boleh Steamboat dan Grill pada masa yang sama

Patutlah setiap hari ramai orang yang makan kat sini. Dengan harga RM35 untuk seorang dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak memang sangat berbaloi dengan pilihan yang banyak macam ni.

Bagi yang ingin mencuba sendiri, jangan lupa booking lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Sri Acappella Servis Apartment,
Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi
Facebook : Steamboat BBQ D’Kayangan

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

 7,312 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.