Tidak pernah saya merasakan kemeriahan dan semangat patriotik yang begitu tinggi ketika meraikan sambutan Hari Malaysia seperti ini. Walaupun pertama kali saya menyertai acara Keretapi Sarong, tetapi aura acara ini membuatkan saya jatuh cinta sekali lagi dengan Malaysia. Saya yang tiba di station LRT Subang Jaya seawal jam 9pagi, terus bersemangat memakai tanjak dan kain pelikat apabila melihat suasana di station tersebut umpama ingin menyambut hari raya. Kebanyakkan yang datang ketika itu memakai pakaian berkonsepkan “Sarong” seperti baju kebaya, songket dan macam-macam lagi sekali gus memberikan suasana yang meriah dan berwarna-warni. Bukan sahaja remaja, malahan keluarga bersama anak-anak dan orang tua juga turut bersemangat berpakaian “sarong” hadir menyertai Keretapi Sarong.
Begitulah semangatnya rakyat Malaysia menyertai sambutan Hari Malaysia tahun ini dengan penglibatan dalam acara Keretapi Sarong. Acara ini sebenarnya adalah percuma namun menggalakkan semua peserta agar memakai pakaian ‘sarong’ dan menaiki LRT untuk menuju ke lokasi rahsia. Yang uniknya, lokasi tersebut tidak diumumkan lebih awal tetapi hanya dimaklumkan ketika semua peserta berada di station. Lokasinya adalah di Dataran Merdeka.
Selain LRT Subang Jaya, beberapa LRT dan MRT lain juga menjadi lokasi perjumpaan semua peserta Keretapi Sarong dan mereka semua akan berkumpul di Dataran Merdeka. Suasana meriah turut dibawa sehingga ke dalam train dengan sorakan dan nyanyian lagu-lagu Malaysia seperti Rasa Sayang dan juga Dikir Barat. Suasana ini begitu unik dan tidak pernah saya lihat sebelum ini. Semua peserta menyanyi bersama-sama sehingga tiba ke station Masjid Jamek.
Setibanya di Dataran Merdeka pelbagai aktiviti dan persembahan telah disusun kepada para peserta. Ianya begitu meriah dan sungguh berwarna-warni sehinggakan tiada perkataan yang saya mampu gambarkan. Ini adalah kerana yang selain persembahan yang disediakan oleh penari profesional, peserta-peserta sendiri turut menari dan berhibur bersama-sama. Ianya umpama satu persembahan yang besar yang melibatkan semua orang. Persembahan seperti ini jarang-jarang berlaku dan saya rasakan ianya menjadi salah satu keunikkan dalam acara ini. Tarian dan lagu yang dipersembahkan juga sangat sesuai dan menaikkan semangat semua peserta untuk menari bersama-sama.
Suasana pagi itu di Dataran Merdeka sungguh meriah dan bertenaga. Kita dapat lihat pelbagai bangsa dan peringkat umur memakai pelbagai pakaian kebangsaan yang cantik dan menggambar etnik dan bangsa-bangsa tertentu di Malaysia. Acara Keretapi Sarong dilihat begitu unik kerana berjaya mengangkat dan menghidupkan kembali semangat patriotik dan cintakan warisan dan kebudayaan Malaysia.
Saya yang bertanjak dan berpakaian ala-ala pesilat rasanya seperti tak cukup lengkap lagi. Ramai yang datang dengan pakaian lengkap selain bertanjak dan keris yang saya rasa sangat kelihatan segak dan bergaya. Ada juga yang datang seperti ala-ala nelayan dan orang kampung zaman dahulu kala. Saya kagum sungguh dengan mereka semua.
Sepasang pasangan berusia yang memakai pakaian lengkap songket menarik perhatian saya. Menurut pasangan ini, mereka memakai pakaian perkahwinan mereka pada 41 tahun yang lepas dan pada hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka. Sweetnya kan? Mana nak cari lagi semangat macam ni.
Sebenarnya acara Keretapi Sarong ini menjadi lebih meriah kerana pada hari yang sama juga terdapat beberapa acara lain yang turut dianjurkan sempena Hari Malaysia. Sebagai contoh terdapat kempen bertanjak yang dianjurkan oleh kumpulan “Tanah Melayu” dan juga perjumpaan kumpulan Busana dan Silat di Dataran Merdeka. Membawa semangat yang sama iaitu menyambut Hari Malaysia, semuanya berkumpul di Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Secara peribadinya saya amat bersyukur dengan penganjuran acara seperti ini kerana acara ini mengambarkan kita rakyat Malaysia begitu bersemangat menyayangi Malaysia dan menyanjungi warisan kita. Kalau kita sebelum ini selalu dengar dan menyokong acara Bon Odori yang mempromosikan budaya dan hidup masyarakat Jepun, kenapa pula kita tidak memberikan sokongan kepada acara seperti ini. Kalau bukan kita, siapalah lagi yang ingin memartabatkan budaya kita sendiri.
InsyaAllah saya akan sertai lagi tahun depan acara Keretapi Sarong ini dan kali ini saya akan berpakaian lebih lengkap dan cantik. Terima kasih kepada semua yang sudi bergambar dengan saya tempoh hari. SELAMAT HARI MALAYSIA.
3,224 total views, 1 views today
















Ohsemmya!
Menarik.
Kalau dekat d melaka, confirm aida bwk anak2 join. Something yg mesti kita raikan dan sokong.
Budaya yg x lapok dek zaman 🙂
bestnya, meriah sangat celebration keretapi sarong tahun ni. Tak berkesempatan nak join sebab balik kampung. Jealous tengok semua cantik berpakaian tradisi.
Wah bestnya ada event macam ni.Sangat unik dan mengambarkan keunikan kehidupan masyarakat Malaysia.Boleh cuba join tahun depan ni.hehhee
Kenapa kita tak pernah terperasan program Keretapi Sarong ini hehehe bestnya dapat pakai pakaian tradisional Malaysia kerana kita berbilang kaum dan bangsa mungkin lepas ini lebih meluas promonya baru kita dapat join hehehehe…
Mahamahu recently posted…Lebih 10 Makanan Halal Dan Menyelerakan Di Resorts World Genting
Memang meriah sangat-sangat ni! Tak kira usia dan jantina, ramai betul yang join yer. Yang penting semangat cintakan sarong dan pakaian tradisional Melayu ni masih menebal di kalangan kita. Tapi kena badan slim la baru lebih cantik nak bergaya sakan. Haha! Tapi tahniah kat semua peserta yg join!
Wan Syahida recently posted…Peluang Bisnes Shaklee – 3C Yang Sangat Awesome!
wa I see many beautiful people there. what a fun and nice event to celebrate Hari Malaysia together. I wish I could join it too
Fulamak…. Smart Kacak seyhhhh siap bertanjak! Memang tengah trend kannn pakai tanjak ni. Bagusnya memartabatkan semula design lama ni. Anuway5, meriah sungguh sambutan hari Malaysia tema sarong tuu
Meriahnya! Tertarik sangat tengok gambar pasangan berusia yg pakai songket tu. Memang sweet la.. Yang penting muat lagi tu pakai baju time kahwin hehe mesti pandai jaga kesihatan jugak
Bestnye dapat join keretapi sarong nie.. Next year ade rzki nad pun nak join jgk la..sedikit sebanyak dapat mengembalikan nostalgia zaman dulu kala
Peeghh. Lengkap satu set. Tapi kenapa pakai kasut tu haha. Best la kalau jalan2 suasana mcm ni. Cuba hari biasa pakai mcm ni. Mahu jadi perhatian ni . Silap2 viral haha
Meriahnya!!! Wow!!! Bestnye tengok semua berpakaian mengikut tema… enjoy gilossss sehhhh tengok semua happy-happy berposing… next year kalau ada nak join ye… hehehehe…
Kalau event ni dekat-dekat rasa macam nak join jer, best tau tengok orang dengan pakaian tu. Terasa Malaysian sangat ! hehee
Seronoknyaaaa. Meriah sangat². Bangga kan masih blh pakai pakaian mcm tu jalan². Bagus program di laksanakn setiap tahun. Tahniah penganjur
seronok betul tengok semua..meriah..best berpakaina tradisional mcm ni, patu naik keretapi beramai2..arghhh..teringin nak join tapi dengan anak kecik mesti penat..hahaha
Seronoknya program mcm ni. Teringin nak join tapi ada urusan lain pulak hari tu. Btw, nk puji yg gmbar2 semuanya cantik2 belaka.
Wahhh bestnya. Sis tak pernah join..rasanya dh berapa kali kan diorg buat? Memang minat sgt tapi tu lah..sis tak tahan panas kat tgh2 padang tu..huhuhu
Nampk meriah betul sambutan hari malaysia nie. Rasa rugi tak dapat join hari tu. Meriah tgok semua mengenakan busana tradisional. Comel2
Such a happening activities!! All the outfit is so pretty and handsome. Love all the smiles faces of the people through your photo.