Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasa macam sekejap je kita berpuasa di bulan Ramadhan dan sekarang dah pula nak menyambut Hari Raya. Seperti biasa pada minggu-minggu terakhir macam ni mesti ramai sedang sibuk untuk membuat persiapan raya seperti beli baju raya dan macam-macam lagi. Saya juga seperti pada tahun-tahun sebelum ini, masih setia bersama dengan pakaian raya JAKEL dan memilih memakai Baju Melayu Jakel di pagi Raya nanti. Tahun ini Jakel dengan tema “Jakel Barulah Raya” sekali lagi mempromosikan rekaan baru tahun ini bersama Duta Raya Jakel iaitu Aaron Aziz. Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Lara Alana, Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusof Iskandar, Harith Iskander dan Upin Ipin.
Satu sesi beramah mesra bersama semua Duta Raya Jakel yang dipanggil Sembang Santai telah diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur dan Shah Alam seterusnya mengadakan jualan lelong HAPPY HOUR sehingga 85%. Terdapat juga baucer pembelian bernilai sehingga RM70,000 diberikan kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Saya sendiri mewakili Upin & Ipin kali ini akan berkongsi mengenai suasana sambutan yang meriah di acara Sembang Santai “Jakel Barulah Raya“.
Jakel Mall KL
Acara Sembang Santai “Jakel Barulah Raya” diadakan diruang legar berhadapan Jakel Mall KL pada jam 1 tengah hari, namun begitu kesemua Duta Raya Jakel ditemuramah oleh rakan media terlebih dahulu di tingkat atas bangunan Jakel. Kesemua Duta Raya Jakel mengayakan baju raya masing-masing yang direka khusus untuk mereka pada tahun ini. Ayda Jebat contohnya menjadi duta bagi pakaian wanita Ready To Wear (RTW) yang mempunyai pelbagai rekaan dan pilihan warna.
Scha, Awal serta Lana pula mengayakan pakaian sedondon keluarga namun masing-masing mempunyai rekaan unik yang tersendiri. Awal pula mengayakan rekaan baju melayu slim fit yang direka khusus bagi mereka yang ingin kelihatan sentiasa kemas dan segak di pagi raya. Baju Melayu Awal Ashaari ini tidak mempunyai jahitan ditepi seperti baju melayu biasa dan rekaannya seakan-akan baju kemeja bagi membuatkan pemakai baju melayu ini nampak slim dan fit. Selain itu, baju melayu ini juga digayakan dengan rekaan sapu tangan dipoket yang turut didatangkan sekali berserta set baju melayu.
Manakala Lara Alaana dan Yusof Iskandar masing-masing mengayakan pakaian raya bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki. Yang menariknya kesemua rekaan pakaian raya Lara diinspirasi dari baju raya Scha sendiri bagi menyerlahkan imej pasangan ibu dan anak dipagi raya. Apa saja rekaan baju raya Scha, ada juga versi buat si comel Lara. Yusof Iskandar pula menggayakan pakaian raya bagi kanak-kanak lelaki yang nampak ringkas dan selesa. Ianya adalah set baju melayu moden beserta seluar yang sesuai dipakai bagi kanak-kanak lelaki yang bergerak aktif. Bagi yang kanak-kanak lelaki yang sudah dewasa sikit, bolehlah memilih Baju Melayu Upin & Ipin.
Saya yang menjadi wakil cakap bagi Upin & Ipin pada hari tersebut pula turut berkongsi tentang kelebihan Baju Melayu Upin & Ipin keluaran Jakel di Sembang Santai. Sebenarnya ini merupakan tahun ke 4, Upin & Ipin bekerjasama dengan Jakel dan setiap tahun baju melayu ini mendapat sambutan hangat yang luar biasa. Baju Melayu Upin & Ipin didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan sampin percuma yang mempunyai rekaan kepala Upin & Ipin. Setiap pembelian Baju Melayu Upin & Ipin juga diberi butang baju melayu dengan gambar Upin & Ipin secara percuma. Ramai yang mencari baju melayu Upin & Ipin setiap tahun dan baju Melayu Upin & Ipin ni dah menjadi sebagai salah satu kemestian buat semua peminat setia Upin & Ipin.
Turut berkongsi pada hari tersebut adalah Duta Raya Jakel yang pertama iaitu Aaron Aziz. Aaron mempromosikan Baju Melayunya buat tahun ke 7 dan sehingga kini Baju Melayu Aaron Aziz menjadi salah satu Baju Melayu yang paling popular dipakai oleh ramai lelaki di hari raya termasuklah diri saya sendiri. Kualiti fabrik baju melayunya sangat berkualiti dan tebal. Ianya tidak panas namun selesa dipakaian. Saya sendiri memiliki beberapa warna Baju Melayu Aaron Aziz kerana terdapat terlalu banyak pilihan warna yang menarik. Baju Melayu ini juga tahan lama dan sehingga kita saya sudah mempunyai 10 pasang Baju Melayu Aaron Aziz pelbagai saiz dan warna hasil dari pembelian sejak beberapa tahun lepas.
Sebaik sahaja sesi Sembang Santai selesai, sesi lelongan terus diadakan oleh kesemua Duta Raya Jakel. Suasana ketika lelong ni memang sangat meriah dan riuh rendah tambahan pula yang melelong tu adalah Nabil. Sambil lelong, sambil melawak pula dia. Memang banyak diskaun yang diberi ketika sesi lelongan ni dan secara jujurnya saya rasa ini memang ini adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan baju raya keluaran Jakel kerana penjimatan yang sangat banyak.
Jakel Shah Alam
Selain Jakel Mall KL, sesi Sembang Santai juga turut diadakan di Jakel Shah Alam pada keesokkan harinya. Membariskan Duta Raya Jakel yang sama, kesemua peminat setia mereka menantikan kehadiran artis kesayangan masing-masing sejak jam 10 pagi lagi. Walaupun kali ini, Aaron Aziz dan Ayda Jebat tidak dapat menghadirkan diri namun kali ini peminat dapat beramah mesra dengan Harith Iskander. Baju Melayu Harith Iskander adalah dikhususkan buat mereka yang bersaiz “comel” dari saiz XL sehingga XXXL.
Kalau sesiapa perasan pada tahun ini Jakel memberi sedikit kelainan pada semua set baju melayunya dengan set sampin benang ataupun kain pelikat dengan setiap pembelian. Kebiasaanya orang lebih gemar memakai Sampin Songket bersama baju Melayu tetapi kali ini Sampin Kain Pelikat diberi nafas baru bagi mengembalikan semula nolstagia berhari raya. Saya dan kesemua Duta Raya Jakel kali ini mengayakan sampin kait pelikat yang nampak lebih simple namun menarik.
Jadi masih ada masa lagi untuk dapatkan pakaian Raya Jakel di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Lelongan dan promosi jualan murah mungkin akan diadakan dari semasa ke semasa di Jakel lebih-lebih lagi pada malam raya. JAKEL Barulah Raya!
Baca juga :
JAKEL Barulah Raya 2017
https://mohdzarin.com/blog/promosi-jakel-bajuraya-2017/
Koleksi Pakaian Jakel 2015
https://mohdzarin.com/blog/koleksi-baju-raya-jakel-upin-ipin-nabil-aaron-aziz-rozita-che-wan/
15,842 total views, 2 views today
The Baju Raya collections carried by Jakel are getting more and more fashionable. I also wish to grab myself a few Malay costumes and this is the best time with the on-going promotion.
Yes, you should have one. We never know when we need it right.
Semua collection baju melayu ni nampak nya so beautiful… Jakel memang one of the great brand for baju baju..
kylie cre8tone recently posted…FAFC Robocar Poli Toothbrush Suction Cup
Bang, saye nak pesan buat anak saye bise ke? Kalau bise berape harge dan gimane care kirimnye? Thanks…
Dwi Wahyudi recently posted…Bersama UNTAN Membangun Negeri untuk Kalbar Lebih Baik
Meriah betul tahun ni beraya ngan Jakel..Jakel pun banyak buat happy hour dan promosi..murah betul rezeki orang ramai yg membeli belah di Jakel..SA sendiri beli baju abah SA kay jakel..complete set…semoga program macam ni dpt diteruskan lagi
Pandai Jakel pilih ambassador mereka. Glam glam semuanya. Pilihan baju melayu mestilah yang Aaron Aziz sebab cutting dia sesuai dengan suami. Pernah pakai tu. Suami kata selesa. Banyak juga pilihan baju2 di Jakel.
Yerrr kita adalah pengguna jenama Jakel sejak 2 tahun lalu tapi tak boleh lah nak beli baju Upin & Ipin hehehe kita ambil janam Aaron Aziz wow macam artis sangat hari raya nanti hehehehe… Terima kasih Jakel..
semua cantik-cantik kan. Paling disukai koleksi Awal Ashaari punya baju meng cantik dan kemas jer
mesti cantik2 baju diorang. haritu abg ainy pun cakap beli baju melayu kat jakel. tapi tak pasti pula baju melayu design duta mana. dah lah katanya diorang buat jualan lelong, giler2 murah lah dari harga biasa. sib bek ainy dah beli baju raya kalau tak mungkin dah pergi jakel jugak ni bila dapat tahu banyak baju murah2.
Baju-baju kat Jakel memang tak mengecewakan..banyak design, boleh pilih mana yang kita suka, yang best tu ada pulak harga runtuh..tu yang buatkan ramai nak ke Jakel saban tahun
Mmg cantik betul koleksi raya jakel pada tahun ini yer. Pilihan warna pon banyak dan design juga pelbagai. Nak sambar satu baju awal ashaari lh. Moga ada lagi sesi lelongan ini
Zharif Azis recently posted…Koleksi Baju Raya di BUTIK HAQQI Memang Wow !
tahun ni memang nak cari baju raya di Jakel. Orang kata kalau raya tak beli baju kat sini tak sah hehe.
Jakel punya baju mostly warna macam makngah konpem kalau pakai ni menyilaukan mata mata di hari raya.. nak tunggu malam raaya lah mana tahu dia punya price kaw kaw kaw sale mana tahu dapat 70% malam tu..
Koleksi jakel sangat menarik dengan rekaan tersendiri Dan pelbagai warna. Kadang-kadang rambang mata. Kalau lelaki memang digalakkan beli bju kat sini. Sebab bnyak pilihan.
Tahun lepas AS nak beli baju melayu upin ipin lah untuk Naufal. memang kualiti kainnya bagus. Tapi malangnya tak muat nak masuk kepala ^_^
Besor sangat kepala naufal kekdahnya hahaha.
So terpaksa beli baju melayu kat tempat lain, yang jenis leher teluk belanga je. Harap jakel keluarkan juga baju melayu upin ipin jenis leher teluk belanga juga lepas ni
khas buat budak berkepala besar macam Naufal ihiks.
Annur Syuhadah recently posted…Pengalaman Pertama AS Terlibat dengan Prosedur Sunat Bayi Perempuan
Whenever festive season… Everywhere and any brand for sure will have loads of crazy promotion… Same goes to jakel.. so much to see, do much to buy… Hope all the Malay friends got their satisfaction there…
Memang cantik baju raya kat sana, dari segi kualiti, design, material and sebagainya semua agak memuaskan.
Sunshine Kelly recently posted…Nature Getaway @ AMAN RIMBA Private Estate, Janda Baik
Terbaiklah abang zarin dan upin ipin. Meriah betul event Jakel setiap tahun, setiap kali nak raya. Betul tu, ingat jakel, ingat raya. Banyak koleksi yang lawa-lawa. Colour pun banyal yang cantik. Rambang mata kalau nak pilih