Siapa yang minat makan Takoyaki? Takoyaki ni seperti yang kita tahu adalah makanan yang berasal dari Osaka, Jepun dan kebiasaannya di jual di kaki-kaki lima jalan. Di Osaka, Takoyaki dimasak dengan menggunakan isi sotong dan menjadi makanan ringan di sana. Kalau di Malaysia, sebenarnya dah banyak versi moden dan ada pelbagai jenis isi di dalam seperti udang, ikan dan sebagainya.
Saya nak memperkenalkan Japan Boat Takoyaki yang berasal dari Osaka, Jepun. Yay!. Sebelum tu, kalau sesiapa yang pergi Jepun nanti, kebanyakkan Takoyaki di sana boleh dimakan kerana mereka hanya menggunakan makanan laut seperti sotong. Tetapi haruslah berhati-hati dan tanya dulu sebab yang tak boleh makan pada kebiasaannya adalah sos Takoyaki tu sebab ianya diperbuat dari minyak yang tidak halal.
Japan Boat Takoyaki ni terletak di IOI City Mall dan berhampiran dengan level G di kawasan makanan. Takoyaki kat sini dijual dengan harga RM6 sahaja untuk 1 set iaitu 3 ketul takoyaki dan secawan air minuman. Manakala untuk 3 set pula hanya RM12 sahaja tanpa minuman. Bagi pengemar Takoyaki mesti tahu harga Takoyaki dan mesti semua setuju harga kat sini sangat murah.
Takoyaki kat sini dibungkus dalam kotak berbentuk kapal dan sebab itulah ianya dipanggil Japan Boat Takoyaki. Ada 3 jenis pilihan perisa iaitu Original, Wasabi dan Spicy. Saya dah rasa ketiga-tiga perisa ni dan saya rasa Wasabi dan Spicy adalah perisa pilihan yang terbaik. Ianya memang cukup rasa sampai saya rasa tak cukup 3 ketul tu.
Walaupun Japan Boat Takoyaki ni tak pernah putus-putus orang datang beratur, tapi sebenarnya proses membelinya adalah cepat dan pantas. Pekerja kat sini sangat sistematik sebab dah biasa handle pelanggan yang ramai. Biasanya orang yang datang kat sini tak beli 1 set, tapi beli sekurang-kurangnya 3 set untuk dibawa balik.
Resepi utama Takoyaki adalah tepung, sotong, mayonis dan katsuabushi iaitu sejenis flake ikan.
Rasa Takoyaki kat sini memang sangat sedap sampai menjadi makanan wajib setiap kali datang ke IOI City Mall walaupun dah makan makanan lain. Kira macam makanan minum petang la jugak ni.
LIKE : Facebook Japan Boat Takoyaki Malaysia
Iklan Japan Boat Takoyaki
11,875 total views, 1 views today
Cantik juga gambar-gambar yang bro snap, menguatkan lagi suasan penulisan dan keadaan
Khairul Zamri recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
takoyaki yang ni halal tak? sebab kan macam yang dimention awal tadi, selalu nya sos yang digunakan mengandungi bahan tidak halal.
Takoyaki yang ini tidak ada sijil halal tapi dijamin oleh pihak pengurusan tiada elemen-elemen yang tidak halal. Mereka tiada kelulusan Halal sebab syarikat main mereka dari Jepun yang mana setiap bahan mentah yang digunakan harus diluluskan oleh Jakim.
tokoyaki! okay, ni serius best gila…sbb nampak jugak la sotong…kalau yg lain2…sotong pun nampak hujung janggut je…hihi
Sally Samsaiman recently posted…Restoran D-Lite Asam Laksa Teh Tarik, Ampang Park
boleh saya tahu brand sos takoyaki yang halal di malaysia.