Kali ni kita nak cari steamboat yang terkenal di Johor iaitu Johor Steamboat. Sebenarnya saya tahu mengenai Johor Steamboat ni melalui radio BestFM yang iklannya diulang-ulang setiap hari. Saya ni kan setiap hari wajib dengar radio BestFM. Saya pun tak tahan terus pergi ke Johor semata-mata nak tengok sendiri steamboat kat sini.
Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran ni sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Restoran ni sangat ramai orang dan seolah-olah ada kenduri kahwin sebab sangat meriah. Suara DJ kat sini dah macam sedang mengacarakan kenduri ataupun station radio.
Suasana sangat meriah walaupun pada waktu malam ditambah pula dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti sambutan hari jadi pengunjung. Sepanjang saya makan malam kat sini, saya rasa ada dalam 5 hingga 6 lagu Happy Birthday dinyanyikan berulang kali. Johor Steamboat ni menjadi pilihan warga Johor untuk gathering samada untuk keluarga ataupun rakan kerja. Saya nampak banyak group-group besar yang makan kat sini sebab harga kat sini sangat berpatutan dengan pilihan makanan yang banyak.
Terdapat banyak pilihan untuk grill ataupun steamboat dari fishball hinggalah kepada kambing dan ayam. Walaupun makanan kat sini banyak, tapi setiap pilihan makanan tu akan cepat habis sebab terlalu ramai orang. Walaupun cepat habis, petugas kat sini akan sentiasa refill dengan cepat dan pantas. Pilihan marinate untuk digrill kat sini boleh tahan sedap dan yang menjadi pilihan saya adalah burung puyuh black pepper. Pilihan untuk seafoodpun ada seperti ketam dan udang.
Seperti biasa, untuk grill kita akan diberikan mentega bagi mengurangkan ianya melekat pada pan. Biasanya saya tak campurkan apa-apa sebab marinate tu sendiri dah ada rasa tersendiri. Untuk steamboat pula, terdapat 2 pilihan kuah yang akan dihidangkan iaitu kuah tomyam dan sup.
Harga untuk seorang dewasa adalah RM25 manakala kanak-kanak adalah RM10 sahaja. Harga akan lebih murah sekiranya booking dalam kumpulan. Terdapat juga ruang bilik berhawa dingin di bahagian atas bagi yang inginkan suasana lebih selesa. Johor Steamboat mula beroperasi pada jam 5 petang sehingga 12 pagi. Jadi bolehlah enjoy makan steamboat sampai kenyang sambil dengan celoteh DJ kat sini. Memang enjoy dah macam dengar radio BestFM pula.
Selain tu, dari semasa ke semasa Johor Steamboat ada juga buat pertandingan “selfie” dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu, kenalah follow sosial media mereka.
Alamat :Johor Steamboat
No. 2, Jalan Adda 3/3,
Taman Adda Heights,
Johor Bahru
No telefon : 016-682 6826
Facebook : https://www.facebook.com/johorsteamboat/
Instagram : https://www.instagram.com/johorsteamboat/
16,743 total views, 1 views today
Haip napelah orang dekat selalu ketinggalan, wajib cuba ni! Harga pun affordable.
thanks bro…sgt membantu
Berapa harga sekarang untuk sekarang