Salam Jumaat. Kali ni saya nak share satu lagi menu wajib kalau singgah ke Johor Bahru. Rasanya tempat ni dah ramai yang tahu dan banyak juga Food Blogger yang dah pernah buat review makanan ni. Menu makanan hari ni adalah Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Kacang Pool ni sebenarnya adalah makanan berasal dari Johor dan biasanya dimakan waktu breakfast. Ada juga Kacang Pool versi Singapura.

kacangpool01

Set Kacang Pool

kacangpool02

Kuah Kacang Pool yang pekat dan dimasak dengan daging cincang

Set Kacang Pool ni dihidangkan bersama sejenis kuah bersama telur goyang serta sekeping roti bakar yang tebal. Kuah Kacang Pool ni pula sangat pekat dan dimasak bersama daging cincang. Ada pula cili-cili hijau dan limau sebagai penambah rasa. Mungkin kalau orang yang tak biasa makan, agak kurang suka dengan rasa unik kacang pool ni. Kedai Kadang Pool Haji ni merupakan tempat paling terkenal kalau nak mencuba Kacang Pool. Kacang Pool ni bukan semua orang suka makan. Either you love it or hate it.  Menu lain yang istimewa kat sini adalah Nasi Briyani, Mee Bandung dan banyak lagi. Kalau nak datang breakfast tu, kenalah datang awal skit. sebab tempat ni selalunya penuh. 1 set Kacang Pool dijual dengan harga RM4.

kacangpool03

Tauhu Bakar

kacangpool05

Ais Jelly

Ini adalah alamat kedai Kacang Pool ni. Selamat mencuba~

Advertisements

Kacang Pool Haji,
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba,
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak,
80000 Johor Bahru

 7,921 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.