Saya telah mencuba pelbagai jenis pisang goreng cheese, dari The GorPis hinggalah kepada Pisang Cheese Jakarta dan The Pisang Cheese, tetapi saya amat tertarik dengan keunikan Kapten Pisang. Lokasi Kapten Pisang terletak di Foodcourt Taman Peringgit, Melaka dan saya telah ke Melaka semata-mata untuk merasai sendiri keunikan Kapten Pisang. Bagi saya, pisang goreng cheese Kapten Pisang adalah diantara yang tersedap saya pernah makan selama ini.

Kapten Pisang

Kapten Pisang

Kapten Pisang

Menu Kapten Pisang

Kapten Pisang menawarkan menu pisang goreng cheese selain juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang lain seperti chocolate, chocolate+cheese, caramel, oreo dan juga cinnamon. Harganya juga sangat berpatutan dan setiap set pisang goreng cheesenya dibungkus di dalam kotak khas berserta mesej istimewa dari Kapten Pisang. Walaupun ianya nampak simple, tetapi saya rasa personal touch begini mempunyai nilai yang tinggi lebih-lebih lagi kepada pembeli.

Setiap cheese atau chocolatenya diparut terus ke dalam kotak yang berisi pisang goreng. Ini bagi memastikan cheese tidak membazir dan pembeli dapat merasai sebanyak mungkin cheese.

Advertisements
Kapten Pisang

Pisang goreng disusun di dalam kotak

Pekerja Kapten Pisang juga agak ramah dan berusaha untuk menyediakan pesanan pelanggan secepat mungkin. Setiap pelanggan yang datang, pekerja Kapten Pisang akan menerangkan menu serta pilihan yang ada dengan teliti dan sabar. Untuk entri kali ini saya telah membeli perisa Chocolate dan Caramel Cheese. Saya hanya perlu menunggu sekitar 10-15 minit saja untuk pesanan ini. Dengan 4 hingga 5 orang pekerja di dapur, saya rasa proses penyediaan pisang goreng cheese oleh Kapten Pisang ini agak cepat dan teratur. Saya menerima set pisang goreng cheese saya dalam keadaaan yang panas dan memang dalam keadaan yang sesuai untuk dimakan.

Kapten Pisang

Proses menyagat cheese

Kapten Pisang

Nota dari Kapten Pisang

Kapten Pisang

Pisang Goreng Cheese Chocolate yang lazat

Ok, apakah keunikan Kapten Pisang? Bagi peminat pisang goreng cheese pasti sudah dapat melihat perbezaan ketara pisang goreng cheese mereka ini berdasarkan dari gambar-gambar sini saja. Kapten Pisang menggunakan pisang tanduk dan tidak menggunakan pisang nangka seperti peniaga-peniaga pisang goreng yang lain. Apabila pisang nangka digunakan, ianya memberi satu rasa yang sangat istimewa kerana pisang nangka sendiri mempunyai rasa masam dan manis. Apabila dicampurkan dengan chocolate dan cheese ianya menghasilkan satu rasa yang unik dan lazat.

Pisang gorengnya saja bukan saja ranggup malahan sangat sedap bila dimakan begitu saja. Berbeza dengan mereka yang menggunakan pisang nangka kerana pada kebiasaannya pisang nangka tidak mempunyai apa-apa rasa.

Kapten Pisang

Perisa Caramel

Kapten Pisang

Terima kasih Kapten Pisang

Jadi kepada peminat pisang goreng cheese jangan lupa untuk singgah ke Kapten Pisang sekiranya datang ke Melaka. Bagi tidak berkesempatan ke Melaka, Kapten Pisang juga ada menyediakan delivery bagi kawasan Lembah Klang. Saya dimaklumkan, buat masa ini mereka tiada kedai di Kuala Lumpur. Sila cek Instagram mereka untuk maklumat lanjut.

Alamat Kapten Pisang
1, Medan Selera Taman Cempaka,
Peringgit, Melaka
Masa Perniagaaan – 11am – 4pm
Hari – Dibuka setiap hari kecuali Jumaat & Ahad

Delivery KL/Ampang ?0142732823/01112263353

Instagram : https://instagram.com/kaptenpisang/

copyright

Baca Mengenai
Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner
Murtabak Cheese Terbaik
Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya Zailan

 10,353 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.