Cafe berkonsepkan hipster sememangnya menjadi satu trend sekarang ini. Ramai orang suka menghabiskan masa untuk lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati secawan kopi disamping bertherapy dengan environment yang sungguh santai. Di Shah Alam, terdapat sebuah cafe yang lebih dari itu malahan mempunyai satu kelainan yang sungguh unik iaitu Kopi 3D.
Fifties Cafe terletak di Glenmarie, Shah Alam dan sebenarnya baru saja beroperasi dalam tahun ini. Ianya mempunyai kopi paling unik iaitu kopi berbentuk 3D berupa pelbagai bentuk. Saya sendiri datang ke sini semata-mata ingin melihat dan mencuba sendiri kopi yang sungguh cantik ini. Kopi di Fifties Cafe ini merupakan satu work of art kerana proses membuatnya seolah-olah proses melukis. Bahagian 3D yang terhasil dari buih harus diteliti agar mengekalkan bentuknya sebaik saja dihidangkan kepada pelanggan.
Memang kagum saya tengok kopi saya yang mempunyai bentuk beruang 3D yang sedang berendam. Saya membiarkan hampir 10 minit kopi 3D saya ini bagi melihat ketahanan bentuknya. Selepas minit ke 11, akhirnya barulah bentuk beruang berkurangan.
Bagi peminat kopi pasti dapat menilai sendiri rasa sebenar kopi di sini kerana semua kopi di sini diproses sendiri oleh Fifties Cafe. Rasa sejati dan pekat kopi di sini memang boleh membuatkan kita nak lepak kat sini lama-lama.
Selain dari kopi 3D, Fifties Cafe juga menyediakan makanan western seperti smoke salmon, spaghetti dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa kopi 3D yang lain yang dikongsikan melalui Instagram @fiftiescafe
Fifties Cafe
Glenmarie Temasya Square,
Waktu Operasi : Isnin – Ahad(10.30am – 11.00pm)
Jumaat (3.00pm – 11.0pm)
No Telefon : 03 5567 0347 / 012 3282095
Instagram @fiftiescafe
4,680 total views, 1 views today
Waaahhh nak kena pegi jugak ni
Sohoque recently posted…Digi Lancarkan kemudahan Direct Billing Untuk google Play Store
alahai..comel2 ni..ni baru lain drp lain ni..nak kopi yg ada duyung berendam le..haha
JMR recently posted…Lipas..tu lipas tu..