Kali ni saya nak bawa anda semua makan tengahari di Gerai Gugel. Gerai Gugel ni bukanlah gerai makan yang biasa-biasa tu, tapi ianya adalah sebuah cafe di pejabat Google Malaysia di KL Sentral. Gerai Gugel ni juga bukanlah untuk public tetapi ianya adalah untuk staff Google Malaysia dan client-client Google sahaja. Kiranya kalau takde apa-apa tujuan memang tak boleh masuk ke dalam kawasan ni. Saya bernasib baik kerana baru-baru ni saya tealah dijemput oleh Google Malaysia ke pejabat mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina. Okay, jom kita jalan-jalan.

Google Malaysia KL Sentral

Google Malaysia

Google Malaysia KL Sentral

Kawasan untuk meeting ataupun presentation

Apabila saya memasuki pintu utama Google Malaysia, saya disambut oleh kakitangan Google Malaysia dan saya dikehendaki mendaftar secara digital di kios yang disediakan. Sebelum saya boleh menuju ke Gerai Google, saya harus disambut dan ditemani oleh staff Google Malaysia yang menjemput saya. Ini adalah penting bagi mengelakkan pelawat berkeliaran tanpa pengawasan.

Di kawasan ini terdapat gambar antaramuka laman web Google Malaysia yang besar. Siap dengan button “Google Search” dan “I’m Feeling Lucky”. Di sini juga terdapat 2 skrin TV besar yang memaparkan Google Trending. Pada bahagian dalamnya pula terdapat kawasan seolah-olah untuk screening ataupun meeting. Di sini juga terdapat sofa dan juga beanbag yang digunakan untuk briefing ala-ala santai. Secara keseluruhannya, rekaan di dalam Google Malaysia berkonsepkan ringkas tetapi sangat relaxing.

Advertisements
Google Malaysia KL Sentral

Skrin memaparkan Google Trending

Google Malaysia KL Sentral

Ruang makan di Gerai Gugel

Gerai Gugel ataupun cafe di dalam Google Malaysia ini menyediakan makanan tengahari setiap hari bagi staff Google Malaysia secara PERCUMA. Makanannya pula terdiri menu tempatan dan western seperti nasi, ayam, ikan dan sebagainya mengikut hari-hari tertentu. Selain dari makanan tengahari, di Gerai Gugel juga lengkap dengan minuman panas, air tin, aiskrim, biskut dan macam-macam lagi. Semua makanan ini adalah percuma dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Maksudnya kalau kita adalah staff Google Malaysia, kita tak perlu risau nak makan kat mana tengahari setiap hari. Bestkan?

Kalau sesiapa yang dah pernah tengok cerita The Internship mesti tahu makanan boleh dibungkus bawa balik ke tak kan?

Google Malaysia KL Sentral

Di menu makanan saya

Google Malaysia KL Sentral

Peti aiskrim

Google Malaysia KL Sentral

Macam-macam aiskrim ada

Google Malaysia KL Sentral

Sedapnya …

Saya dimaklumkan bahawa nama Gerai Gugel dipilih kerana ingin menggunakan nama tempatan. Gerai adalah di mana kebanyakkan orang suka “lepak” sambil makan dan berbincang. Google memang ingin menerapkan perasaan yang selesa di pejabat dan mengurangkan rasa tekanan bekerja. Manakala, Google di eja “Gugel” sebagai satu ejaan pasar yang sering diguna pakai oleh kebanyakkan orang di Malaysia.

Google menitik beratkan keseimbangan di antara kerja dan keseronokan. Bagi mereka, kerja sehingga tengah malam dan tidak cukup rehat adalah sesuatu yang tidak bagus. Oleh itu, di pejabat Google Malaysia mereka menyediakan beberapa kawasan untuk berhibur. Ada arcade machine, snooker, ping pong dan macam-macam lagi. Percaya atau tidak, tiada satu peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan bilakah staff Google Malaysia boleh bermain ping pong ataupun snooker. Semuanya terpulang kepada individu masing-masing dan cara mereka membahagikan kerja dengan hiburan. Kalau nak main snooker pukul 3 petang pun orang tak marah.

Google Malaysia KL Sentral

Dekorasi yang cantik

Google Malaysia KL Sentral

Nak minum Coke ambil je lah

Google Malaysia KL Sentral

Sudut buat air di Gerai Gugel

Google Malaysia KL Sentral

Meja Ping Pong

Google Malaysia KL Sentral

Meja Snooker

Google Malaysia KL Sentral

Mesin Arcade

Pengalaman berada di Google Malaysia merupakan salah satu pengalaman berharga sebab tidak semua orang berpeluang datang ke sini. Saya suka lihat cara staff Google bekerja dan cara mereka menjaga imej nama Google. Bagi syarikat search engine no. 1 dunia, imej syarikat adalah segala-galanya. Kalau tak percaya cuba “google”.

Google Malaysia KL Sentral

Google Malaysia

copyright

 4,970 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.