Sejujurnya saya bukanlah arif dan pandai sangat mengenai pengurusan kewangan apatah lagi tentang pelaburan. Tetapi dari semasa ke semasa bila saya belajar dan ambil tahu rupanya ada banyak cara untuk mula melabur walaupun dengan modal yang rendah. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan Raiz Investment App iaitu salah satu cara pelaburan mudah hanya melalui aplikasi telefon kita je. Ya, senang je kan! Sebab itulah kali ini saya nak kongsikan kenapa semua orang patut melabur di Raiz Investment.

Apa itu Raiz Investment?

Raiz Investment adalah aplikasi robo-advisor milik penuh di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semua portfolio pelaburan Raiz adalah di dalam dana-dana unit Amanah Saham Nasional (ASNB). Ya, semua pelaburan yang kita buat akan diuruskan oleh Raiz dalam bentuk “portfolio” tertentu yang sendiri oleh kita sebagai pelabur ataupun pengguna aplikasi Raiz Investment.

Cara-cara Melabur di Raiz Investment

Semua cara-cara yang saya akan terangkan di bawah ini adalah melalui aplikasi Raiz Investment. Kita tidak perlu melalui ejen, pihak bank maupun bantuan orang lain. Ianya semudah dilakukan melalui aplikasi sahaja, jadi jangan risau.

Advertisements

1. Lung-sum
Kita boleh melabur dengan satu-satu jumlah yang kita inginkan secara “lung-sum” atau “one-off” terus. Cara ni sesuai sekiranya kita memang dah ada modal dan ingin biarkan Raiz yang bekerja untuk pelaburan kita tu.

2. Recurring
Selain itu juga, kita boleh setkan pelaburan secara automatik mengikut keinginan kita. Nak set pelaburan automatik setiap hari, minggu ataupun setiap bulan. Semuanya kita boleh tentukan. Nak set berapa nilainya juga boleh dan tiada minimum limit.

Contohnya: Kita boleh set potongan RM5 setiap hari ataupun RM25 setiap minggu ataupun RM50 setiap bulan. Semuanya kita yang tentukan sendiri dan kita boleh stop bila-bila masa kita nak. Tak payah pening-peningkan?

3. Round-Ups
Ini adalah sebenarnya keunikan pelaburan melalui Raiz Investment. Tetapan untuk Round-Ups akan membundarkan baki pembayaran  pembelanjaan kita yang dilakukan menggunakan kad debit Maybank dan baki kita seterusnya akan dilaburkan ke dalam Raiz Investment secara automatik. Contohnya, sekiranya kita membelanjakan secawan kopi dengan harga RM10.70 menggunakan kad debit Maybank, Raiz akan membundarkan pembayaran kepada RM11.00 dan RM0.30 akan dimasukkan secara automatik untuk pelaburan di Raiz.

Saya suka cara ini kerana kita akan membuat pelaburan tanpa kita sedari walaupun jumlah yang sedikit. Inilah baru orang cakap, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Kalau pada peringkat awal dulu aplikasi Raiz hanya boleh di sync dengan Maybank, tapi sekarang dah boleh menggunakan dengan bank-bank yang lain juga.

Jangan risau dan keliru. Tak kira apa juga tetapan pelaburan yang telah dipilih, kita akan dapat melihat semua proses transaksi dengan jelas di dalam aplikasi Raiz. Kita juga boleh menukar sebarang tetapan ini pada bila-bila masa saja.

Portfolio Pelaburan

Portfolio pelaburan adalah tetapan pilihan jenis pelaburan apakah yang kita ingin laburkan. Secara asasnya terdapat 3 pilihan jenis portfolio iaitu Conservative, Moderate dan Aggressive. Sejujurnya saya pun bukanlah mahir dan boleh explain perbezaan ketiga-tiga portfolio ini dan manakah satu yang lebih baik. Tetapi secara ringkasnya, pilihan portfolio conservative adalah bersesuaian untuk pelaburan jangka pendek iaitu kurang dari 3 tahun. Manakala untuk pelaburan jangka panjang pula iaitu lebih dari 5 tahun, lebih sesuai memilih portfolio aggressive.

Macam saya bagitau pada awal-awal lagi, kita tak perlu pening-pening untuk setting itu ini di Raiz Investment. Saya sendiri memilih portfolio conservative kerana saya tidak merancang akan menyimpan dan melabur lebih dari 5 tahun di Raiz. Selain itu juga, pilihan conservative adalah pilihan default yang ditetapkan dan ianya agak sesuai bagi pemula seperti saya.

Pengeluaran

Kita boleh mengeluarkan duit kita dari akaun Raiz ke akaun simpanan kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada caj ataupun potongan yang dikenakan untuk proses pengeluaran ini. Proses ini mengambil masa sehingga 5 hari namun menurut pihak Raiz Malaysia ianya mungkin akan lebih cepat dari itu.

Berbaloi tak Raiz Investment ni?

Setelah menggunakan Raiz selama 6 bulan, sejujurnya saya sangat berpuas hati menggunakan Raiz. Aplikasi Raiz ini sungguh user friendly dan sangat menarik untuk dilihat. Semua menu dan layout di aplikasi Raiz ini begitu kemas dan kadang-kadang membuatkan saya terlupa yang saya sedang menggunakan aplikasi investment. Semua info dan report yang dipaparkan begitu mudah difahami dan begitu informative.

Dengan pelaburan di Raiz Investment yang sangat senang dan mudah, saya tak perlu terlalu fokus kepada investment kerana ianya dilakukan secara automatik. Setiap pelaburan memang perlukan masa, sebab itulah saya hanya biarkan saja di dalam Raiz dan biarkan ianya bekerja untuk saya. Oleh kerana proses pengeluaran akan mengambil masa sehingga 5 hari, jadi ianya berjaya mengelakkan saya untuk ingin mengeluarkan duit. Kalau duit dengan nilai yang sama ada di akaun simpanan mesti kita nak keluarkan ataupun buat pembelian online.

Ketika artikel ini ditulis saya sendiri pun baru tahu yang Raiz juga akan (jika ada) memberikan pulangan dividen melalui pelaburan kita ni. Wah, dah macam simpan di ASB ni.

RM5 Percuma

Bila dah baca saya cerita pasal Raiz Investment ni ada rasa nak cuba tak? Kali ni saya nak bagi pembaca blog saya RM5 secara percuma ke dalam akaun Raiz apabila buka akaun Raiz hari ini.

Hanya perlu daftar akaun Raiz secara percuma di https://links.raiz.com.my/bgAV dan mulakan pelaburan bersama-sama.

 7,178 total views,  3 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

26 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.