Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca semua ke restoran Nasi Lemak yang tengah viral di media sosial iaitu Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Sebenarnya Nasi Lemak ni tiba-tiba famous sebab ianya menjual menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap. Mana nak cari menu-menu istimewa macam ni kalau bukan di Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Jom kita tengok apa ada kat dalam kedai ni.
Bagi yang pertama kali datang ke sini, suasana beratur panjang hingga ke luar kedai adalah perkara biasa. Walaupun restoran Nasi Lemak Cik Chom ni mula beroperasi sekitar jam 5 petang, tapi orang ramai dah mula beratur seawal jam 4 petang lagi. Masa ni, kerusi meja pun belum di susun lagi dan pemilik restoran pun masih tengah goreng kacang lagi.
Walaupun terpaksa beratur sekurang-kurangnya 1 jam, tapi kebanyakkan dari pelanggan di sini tidak merungut kerana rasa berbaloi dengan apa yang mereka tunggu. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.
Terdapat beberapa menu pilihan di sini seperti Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Siakap, Nasi Lemak Ayam dan Nasi Lemak Burung Puyuh. Tapi diantara semua menu ini, yang paling banyak menerima order adalah Nasi Lemak Sotong King. Ini adalah senarai harga:
Nasi Lemak Sotong King = RM10
Nasi Lemak Siakap =RM17
Nasi Lemak Ayam = RM7
Nasi Lemak Burung Puyuh = RM8
Bila restoran dah mula beroperasi, proses order makanan adalah lebih cepat dan sistematik. Menurut pemilik restoran, dari semasa ke semasa mereka akan improvekan lagi sistem order makanan seperti menggunakan sistem nombor dan sebagainya.
Inilah dia Nasi Lemak Ikan Siakap yang dicari-cari. Bagi saya ianya memang kena dengan harga kerana ikannya yang bersaiz besar dan dihidangkan ketika panas-panas. Rasa garing dan rangup pada bahagian ikan memang membangkitkan selera. Keunikan nasi lemak beewarna hijau yang disusun di atas sekali membuatkan nasi lemak ini begitu “cantik”. Walau bagaimanapun, nasi lemak hijau itu sama saja rasanya dengan yang putih.
Dengan saiz ikan siakap sebesar ini, saya rasa boleh juga dikongsi makan berdua.
Seterusnya adalah Nasi Lemak Sotong King yang sangat terkenal di sini. Memang saya tak nafikan, ini adalah diantara menu yang paling sedap saya pernah makan. Sotong gergasinya memang sangat mengiurkan tambahan pula dengan rasa kenyal pada sotong menambahkan rasa yang tidak terkata. Sotongnya walaupun dihidangkan panas-panas, tapi ianya susah di makan kerana bersaiz besar. Tapi jangan risau, kerana pemilik restoran menyediakan gunting supaya kita boleh gunting ikut kesukaan kita. Saya amat suka dengan hidangan ini.
Walau bagaimanapun sambal Nasi Lemak Cik Chom tidaklah begitu pedas dan sesuai dimakan oleh semua orang. Selain itu juga, mereka mengantikan timun dengan epal hijau pada hidangan mereka. Mungkin sesuatu yang unik dan harus dicuba.
Bagi yang ingin mencuba sendiri Nasi Lemak Cik Chom, ini adalah alamat mereka.
Nasi Lemak Cik Chom
No 16, Jalan Kencana 1A/1,
Taman Pura Kencana,
83300 Sri Gading,
Batu Pahat, Johor
Hari Operasi : Buka Setiap Hari (Tutup Isnin)
Waktu Operasi : 5pm – 10pm
Facebook : https://www.facebook.com/nasilemakcikchom/
12,742 total views, 1 views today
dekat dengan rumah kat kampung.. tp tak dapat nak pergi..tengok beratur pon makk aiiii..panjang gilaaa…
yoorin recently posted…CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | MY FaVouRiTe GaDGeT
Sotong goreng tu mmg pergh.. hehe
pergh gedabak besor sotong tu..mmg kenyang la ni..tapi aku teringin nak cuba nasi lemak ikan siakap..apa la rasanya kan..
JMR recently posted…DC Comics Super Heros Cafe – tempat lepak Superheroes