Pada tahun ini McDoland’s Malaysia memperkenalkan 2 menu baru yang diinovasikan mengikut selera orang Malaysia berdasarkan dari menu utama makanan mereka. Seperti yang kita tahu, bila sebut pasal McDoland’s je kita mesti terbayangkan burger Big Mac ataupun McChickennya. Kali ini McDoland’s Malaysia membawakan menu baharu iaitu Burger Nasi Lemak dan Nasi McD yang sebaik saja dilancarkan terus mendapat sambutan luar biasa. Yela, ramai orang excite dan nak tahu sendiri macam manalah rasa Burger Nasi Lemak dan Nasi McD tu lebih-lebih lagi ianya diviralkan sebaik sahaja dilancarkan pada hari pertama.
Saya terus ke McD terdekat dan mencuba kedua-dua menu ini sendiri dan ini komen saya.
Nasi McD
Nasi McD dijual mengikut beberapa pilihan set yang terdiri dari pilihan Set A : Nasi McD + Egg, Set B: Nasi McD + Ayam Goreng McD dan Set C: Nasi McD + Ayam Goreng + Telur. Kesemua set ini dijual bermula dari harga RM5.95 sehinggalah kepada set lengkap yang berharga RM12.95. Namun begitu, kesemua set ini tidak didatangkan dengan air minuman. Jadi kalau nak beli air, kenalah tambah duit lain.
Nasi McD ni pada saya adalah rasa seperti Nasi Ayam dan bukan sepenuhnya seperti Nasi Lemak. Sayangnya nasi yang saya dapat pada hari tersebut agak lembik jadi sukar untuk saya memberi penilaian sebenar. Sambal yang disertakan sekali dengan Nasi McD ni pula mempunyai rasa sedikit masam dan manis. Ianya tidak pedas langsung dan sesuai dimakan oleh semua orang. Tetapi bagi yang minat pedas, anda mungkin akan rasa sedikit kecewa dengan sambal Nasi McD ni. Kuantiti sambalnya juga agak sedikit dan tidak balance bila dimakan bersama-sama nasi dan menu yang lain. Walaupun saya dah minta sambal lebih, tetapi saya rasa kuantiti sambalnya masih terlalu sedikit.
Tetapi yang istimewanya Nasi McD juga didatangkan dengan Ayam McD yang memang menjadi kegemaran saya. Ayam McD yang ranggup ni memang sedap dimakan bersama Nasi McD beserta sambal yang disediakan. Walaupun nasi McD ini tidak 100% sempurna, tetapi oleh kerana ada ayam McD ni ianya menjadi pelengkap bagi set nasi ni.
Burger Nasi Lemak Ayam McD
Berbeza pula dengan Burger Nasi Lemak Ayam yang diinspirasikan dari konsep yang sama. Walaupun dipanggil “Nasi Lemak” tetapi Burger Nasi Lemak Ayam McD ni tidak mempunyai nasi. Ianya sama seperti Burger, tetapi disertakan dengan isi ayam yang dimasak bersama jagung yang membuatkan ayamnya extra ranggup. Selain itu, ianya juga disertakan juga dengan telur ala-ala egg muffin yang menyelerakan. Set Burger Nasi Lemak Ayam ini dimakan bersama sambal yang sama namun saya makan bersama sos cili McD yang lebih terangkat.
Secara kesimpulannya, Nasi McD bukanlah salah satu menu pilihan terbaik untuk berbuka walaupun konsepnya agak unik dan menarik. Saya kecewa dengan rasa nasi dan sambalnya yang sepatutnya menjadi indentiti pada hidangan ini. Namun begitu, saya lebih menggemari Burger Nasi Lemak Ayam yang mempunyai rasa “mewah” meskipun boleh diperbaiki lagi. Saya harapkan pada tahun hadapan McD dapat memperbaiki menu ini kerana menu berkonsepkan nasi sememangnya digemari oleh rakyat Malaysia.
2,286 total views, 1 views today







